Now Reading
“Saya Tiada Rumah & Kereta Mewah. Aset Saya Cuma Kilang Sambal Nyet Je” – Khairul Aming

“Saya Tiada Rumah & Kereta Mewah. Aset Saya Cuma Kilang Sambal Nyet Je” – Khairul Aming

Khairul Aming mendedahkan dia tidak mengambil sebarang pinjaman dari pihak bank selain untuk membayar kereta jenis Perodua Bezza yang dibelinya.

khairulaming (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu yang bekerja, mesti kebanyakannya pernah mengimpikan untuk mempunyai gaji atau pendapatan yang besar. Maklumlah zaman sekarang ini semua perkara memerlukan duit.

Nak bayar kereta, bayar rumah, bil air, yuran anak sekolah, barang dapur dan sebagainya.

Sesetengah orang diberi rezeki untuk bergaji besar mengikut jenis pekerjaan serta pangkat mereka. Tetapi pernah tak anda dengar ‘gaji besar, nafsu pun besar’?


Khairul Aming Kongsi Pendapat Tentang Budaya Gaya Hidup Mewah Selepas Bergaji Besar

Berbicara tentang naik taraf hidup yang lebih mewah selepas pendapatan bertambah, perkara ini juga pernah dibualkan oleh cef selebriti serta pengasas Sambal Nyet iaitu Khairul Aming.

Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @Januarhaikal), Khairul Aming memberi pendapat ramai golongan yang bercita-cita untuk bergaji besar supaya kehidupan lebih selesa.

Senang kata apabila bergaji besar, kita sudah tidak perlu risau jika tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar segala hutang dan keperluan.

Sumbe: Pesona Pengantin/ Marie France Asia

Namun, Khairul Aming berpendapat sesetengah pihak memilih untuk menaik taraf kehidupan mereka dengan membeli barangan baharu atau yang lebih mahal serta berjenama.

Gaya hidup seperti ini baginya akan membuatkan mereka seperti berpatah balik kepada gaya hidup yang sama sebelum bergaji besar.

Kita kalau boleh nak income yang lebih besar supaya kita boleh tidur dengan tenang. Bila income besar dan kita tambah lagi expenses yang besar kita akan go back to the old ways which kita takkan tidur tenang. Sebab duit takkan pernah cukup.

Khairul Aming.

“Aset Saya Cuma Kilang Sambal Nyet” – Khairul Aming

Jelas Khairul Aming lagi, dia tidak mengambil sebarang pinjaman dari pihak bank selain untuk kereta jenis Perodua Bezza yang dibelinya. Dan difahamkan aset berharga yang dimilikinya hanyalah kilang produksi Sambal Nyet.

Kalau pergi dekat kilang kita, mesin yang juta juta tu itu semua sudah dihabis bayar. Itu semua adalah aset saya. Saya tiada rumah, saya tiada kereta mewah. Adalah kereta yang saya beli untuk mak saya tapi bukan untuk saya. Aset saya cuma kilang.

Khairul Aming.

Artikel Berkaitan: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!

Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit

Artikel Berkaitan: “Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!

Sumber: Instagram @khairulaming

“Kalau jenama Sambal Nyet sudah tidak laku, apa jadi dengan perniagaan dan kilang?”

Menjawab persoalan ini, Khairul Aming melihat aset kilangnya masih boleh digunakan untuk mengeluarkan produk perniagaan syarikat lain sekiranya dia berdepan masalah pada masa akan datang.

Tak apa sebab kilang tu kilang yang betul dan proper so katakanlah satu Malaysia benci Khairul Aming sampai tak ada orang nak beli produk dia. Tak apa sebab kilang tu saya boleh running sebagai kilang biasa jadi oem saya boleh jual produk untuk orang lain pulak.

Khairul Aming.

Walaupun Khairul Aming ini sudah bergelar jutawan dengan keuntungan perniagaan berjuta-juta ringgit, tetapi gaya hidup dan personalitinya tetap merendah diri.


Elakkan ‘Hedonic Treadmill’, Amalkan ‘Delayed Gratification’

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa kaitan ‘Hedonic Treadmill’ dan ‘Delayed Gratification’?

‘Hedonic Treadmill’ merupakan istilah yang diguna pakai apabila seseorang mula menaik taraf hidup mereka selepas kenaikan gaji.

Ramai yang beranggapan hidup mereka akan jadi lebih gembira jika mempunyai rumah dan kereta yang lebih besar. Namun, kebahagiaan sementara ini akan membuatkan seseorang mula mencari perkara lain pula.

Bayangkan jika kitaran ini sentiasa berterusan? Mungkin sampai bila-bila kita akan rasa tidak cukup dan terperangkap di dalam kitaran ‘Hedonic Treadmill’ ini.

Sumber: Harian Post/ WapCar

Untuk mengelakkan daripada terus terperangkap di dalam kitaran tersebut, apa yang anda boleh buat adalah dengan mengamalkan konsep ‘Delayed Gratification’.

‘Delayed Gratification’ ini adalah apabila kemahuan anda ‘ditangguhkan’ bagi meraih ganjaran yang lebih berbaloi pada masa akan datang.

Sebagai contoh, anda menyimpan 20% daripada pendapatan bulanan untuk digunakan semasa tua berbanding ia dihabiskan sejurus selepas gaji.

Dengan cara ‘Delayed Gratification’, anda mempunyai ‘back up’ sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka. Bayangkan sekiranya pada bulan tersebut berlaku perkara kecemasan dan kesemua gaji telah digunakan untuk ‘self-reward’?

Kesimpulannya, elakkan dari terikut-ikut budaya masyarakat di sekeliling. Biarlah hidup besederhana, asalkan kekal bahagia.

Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kaitkan Hedonic Treadmill Dengan ‘Nafsu’ Selepas Gaji Naik

Artikel Berkaitan: Kos Sara Hidup Naik, Majoriti Rakyat Malaysia Pilih Buat ‘Side Income’

Artikel Berkaitan: Soalan Gaji RM10,000 Cukup Atau Tidak Undang Pelbagai Reaksi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd