Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!
Penjualan Sambal Nyet telah mencecah RM8.6 juta selepas satu tahun penjualannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila sebut nama Khairulaming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, mesti ramai yang teringat kepada produk jualannya iaitu Sambal Nyet.
Sambal Nyet adalah produk sulung yang dikeluarkan oleh personaliti media sosial ini pada 6 Januari 2021 dan dijual di platform Shopee Khairulaming Brand.
Apa yang mengejutkan adalah jumlah jualan produk ini berjaya memperolehi RM1 juta hanya dalam tempoh tiga bulan. Wow!
BACA JUGA: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!
Hasil berniaga selepas setahun
Menerusi laman Twitter (khairulaming), dia berkongsi pengalaman yang dilaluinya selepas satu tahun Sambal Nyet dilancarkan. Boleh tahan banyak juga cabaran yang ditempuhi.
Menurutnya, jualan Sambal Nyet sehingga ke hari ini telah mencecah 621,800 botol bersamaan dengan RM8.6 juta.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Dari 6 Jan 2021 ke 6 Jan 2022 kita berjaya jual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM 7.5 juta. Sehingga hari ni 2 Mar 2022, jumlah ini telah naik ke 621,800 botol bersamaan dengan sales RM 8.6 Juta. pic.twitter.com/BVFAdqWrDG
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Kilang pembuatan
Hanya bermula dengan penjualan dari rumah, kini Khairulaming telah memiliki kilang pembuatan Sambal Nyet berkeluasan 14,000 kaki persegi walaupun masih belum 100% siap.
Buat masa ini, Sambal Nyet masih menunggu pengiktirafan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (MeSTI) serta sijil Halal.
Bermula dengan R&D memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 sqft ni, banyak benda yang aku belajar. Mula-mula berat hati nak bina kilang sendiri sebab ramai suggest untuk hire OEM untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A-Z, ini risiko yang kena ambil pic.twitter.com/iHe833rg7K
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout etc. Tapi dari situ la kita belajar. Selepas spend lebih dari 1 juta ringgit, ini kilang yang beroperasi pada hari ini pic.twitter.com/MTFVGGDjik
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Pembuatan Sambal Nyet
Pembuatan Sambal Nyet kini beroperasi 50% secara automatik menggunakan mesin-mesin yang canggih untuk menjimatkan masa.
Dari segi pembuatan sambal, kita dah berjaya automate lebih dari 50%. Berbekalkan dengan mesin-mesin ni, banyak masa kita dpt jimatkan untuk production. Mesin terbesar dan termahal yg kita beli adalah custom-made boiler yang panjang lebar ni 😂 pic.twitter.com/qLMFXBHCH1
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Rupa-rupanya, kilang ini dibina untuk kapasiti pembuatan dua produk. Eh ada produk lain ke selain Sambal Nyet? Jeng jeng jeng. Nantikan.
Kilang yang kami bina ni dibuat utk capacity 2 produk. Yes, akan ada second product selepas sambal nyet nanti tapi masih rahsia buat masa sekarang hehe. Mesin-mesin yang kita import ni semua dah ready untuk second product nanti
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Bila produk semakin dikenali, pasti tak boleh lari dengan produk palsu yang banyak dijual di internet.
Jadi untuk menjaga keaslian Sambal Nyet, bekas botol kaca dengan tulisan ‘Nyet’ di bawahnya dihasilkan.
Untuk menjaga keaslian produk, kita juga memperkenalkan custom glass embossing di botol kaca sambal. Kalau anda flip botol tu kat bawah, boleh nampak tulisan “NYET” yang di "emboss" di bawah botol pic.twitter.com/rqRqUxu37U
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Maklum balas dari pelanggan
Sepanjang satu tahun penjualan Sambal Nyet melalui platform Shopee, pelbagai maklum balas yang diterima daripada pelanggan.
Dengan jumlah pengikut sebanyak 273,000 di Shopee Khairulaming Brand, Sambal Nyet memang akan cepat terjual dan selalu ‘sold out’ setiap kali restock.
Seperti yang dimaklumkan dalam video di atas, sepanjang setahun lepas kita terima 212,400 rating dari pelanggan dan ini breakdown untuk rating tersebut:
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
5⭐️ : 208,000 (97.9%)
4⭐️ : 2,900 (1.4%)
3⭐️ : 1,100 (0.5%)
2⭐️ : 226 (0.1 %)
1⭐️ : 239 (0.1 %) pic.twitter.com/TZXJ1dDquT
Sampai ke hari ni alhamdulillah jualan Sambal Nyet masih lagi kekal sold out setiap hari and dah makin ramai orang dapat beli sebab kita dah naikkan daily production berkali ganda dari dulu. Followers shopee khairulamingbrand juga telah naik ke 273K pic.twitter.com/vjg70UcNnE
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Target seterusnya adalah untuk menjual sebanyak 1,000,000,000 botol dalam tempoh terdekat memandangkan sudah hampir tiba bulan Ramadhan.
Namun, mereka kini sedang menghadapi isu harga cili dan juga bawang yang agak mahal dan boleh mempengaruhi modal produk.
Tapi buat masa sekarang kita masih lagi berhadapan isu harga cili dan bawang yang mahal. Yes, benda ni memang makan margin product setiap hari. Dah berbulan dah harga naik and I dont think it will go down soon pic.twitter.com/LNgfk7gFhq
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Terima kasih pembeli Sambal Nyet
Korang tahu tak, antara salah satu inspirasi Khairulaming dalam menghasilkan produk Sambal Nyet adalah melalui sebuah filem tentang seorang pemilik kilang seawood jenama Tao Kae Noi yang anda selalu lihat di pasar raya?
Btw dulu aku selalu tengok movie ni and berair mata bila tengok kisah owner seaweed Tao Kae Noi susah payah nak setup kilang seaweed untuk masuk retail. Aku letak azam nak buat benda sama & alhamdulillah syukur sekarang dah jadi realiti. Kalau korang belum tgk blh cari movie ni pic.twitter.com/ewMPUhwkg5
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Bila tengok balik perjalanan untuk menghasilkan Sambal Nyet sehingga ke peringkat ini, Khairulaming meluahkan rasa syukur serta berterima kasih dengan sokongan yang diterima daripada pasukannya dan juga para pelanggan.
Akhir kata aku nak cakap yang aku tersangat-sangat terhutang budi dengan korang semua dan juga team sambal nyet sebab support yang berterusan macam ni. Tak pernah aku imagine dapat sampai ke tahap ni and I really wish arwah abah dapat tengok semua ni. Thank you so much guys ❤️
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Kami doakan supaya produk Sambal Nyet akan semakin berkembang maju dan boleh masuk dalam pasaran antarabangsa suatu hari nanti.
Goodluck on your business Khairulaming!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.