Now Reading
“Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

“Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Khairul Aming telah memenangi anugerah ‘Content of The Year’ dalam majlis TikTok Awards Malaysia 2023 yang diadakan semalam (27 Ogos).

khairulaming tiktok awards malaysia 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat pertama kalinya di negara ini, Anugerah TikTok Malaysia 2023 (TikTok Awards Malaysia 2023) telah mengumpulkan ramai pencipta konten (content creator) dan memberi pelbagai anugerah yang dipertandingkan.

Antara kategori yang direbut oleh ramai ‘content creator’ adalah Pencipta Kandungan Tahun Ini (Creator Of The Year) dan Selebriti Tahun Ini (Celebrity Of The Year).

Berlangsung sekitar jam 9:00 malam semalam (27 Ogos) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), acara itu diraikan dengan penuh gah dan meriah.

Artikel Berkaitan: TikTok Lancar Majlis Anugerah Pertama Di Malaysia, Boleh Undi ‘TikToker’ Favourite!


Khairul Aming Raih Anugerah ‘Creator of The Year’ Di TikTok Awards Malaysia 2023

Kesemua peserta serta penonton Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023 pastinya ternanti-nantikan individu yang bakal merangkul anugerah ‘Creator of The Year’.

Ramai netizen yang menjangkakan bahawa cef selebriti, Khairul Aming akan membawa pulang anugerah tertinggi dalam majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio

Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

Menepati ramalan orang ramai, Khairul Aming diumumkan sebagai pemenang ‘Creator of The Year’ di Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023.

khairulaming tiktok awards malaysia 2023
Sumber: Instagram @khairulaming

Susulan kejayaan itu, Khairul Aming menerusi hantaran di laman Instagram (@khairulamig) mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadap perjalanannya membuat konten selama lapan tahun.

Hey What’s Up Guys! Pertama kali saya ucapkan terima kasih kepada mak saya, arwah ayah saya, keluarga saudara mara, kawan-kawan, cikgu-cikgu saya, TikTok, TV3, team Sambal Nyet dan anda semua yang menyokong saya selama lapan tahun yang lepas. Saya harap sangat arwah ayah saya boleh tengok saya malam ni saya dah kerja keras selama lapan tahun.

Cef selebriti dan influencer, Khairul Aming.

Khairul Aming Seru Anak Muda Habiskan Pembelajaran Jika Mahu Jadi ‘Content Creator’

Dalam ucapan yang diberikan ketika di Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023, Khairul Aming juga menasihati anak muda untuk menghabiskan pembelajaran mereka jika ingin bergelar ‘content creator’.

Tambahnya lagi, mereka yang mahu menjadi ‘content creator’ perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dari segi menyelesaikan masalah serta berfikir secara kritikal.

Yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran. Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat ia bukan sekadar untuk viral tetapi untuk relevan lama dalam industri awak perlu banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab dan common sense.

Cef selebriti dan influencer, Khairul Aming.

Khairul Aming turut berharap agar pelapis ‘content creator’ mampu memajukan Malaysia pada masa akan datang.


Senarai Pemenang Anugerah Di TikTok Awards Malaysia 2023

Majlis berprestij yang pertama kali dianjurkan oleh TikTok Malaysia ini telah menyaksikan ramai pemenang yang merangkul anugerah. Antaranya:

  • Pencipta Kandungan Popular Tahun Ini (Popular Creator Of The Year): Ryan Bakery
  • Bintang Tahun Ini (Rising Star Of The Year): Ikhmal Nour
  • Selebriti Tahun Ini (Celebrity Of The Year): Aeril Zafrel
  • Pencipta Siaran Langsung Tahun Ini (Live Creator Of The Year): Tiger Labu
  • Pencipta Kandungan TikTok Shop Tahun Ini (TikTok Shop Creator Of The Year): Anas Zahrin
  • Akaun Animasi Terkenal Tahun Ini (Popular Animation Account Of The Year): Upin Ipin Official

Tahniah kami ucapkan kepada semua para pemenang!

Sumber: Instagram Khairul Aming | Adi Channel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd