Soalan Gaji RM10,000 Cukup Atau Tidak Undang Pelbagai Reaksi
Ada yang beranggapan gaji RM10,000 sebulan itu memberikan kehidupan yang selesa tetapi tidak kaya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Dalam tempoh di mana beberapa harga keperluan asas seperti minyak dan ayam yang semakin meningkat, pastinya topik tentang kewangan menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.
Hidup bujang pun sudah ‘terasa’ dengan kenaikan harga barang, apatah lagi sudah berkeluarga.
Apabila bercakap soal duit, memang satu hari tak habis berbincang kerana tanpa wang yang mencukupi, agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan.
BACA JUGA: “Nasi & Telur Kongsi 3 Orang” – Ramai Kongsi Kisah Susah Cari Makan Masa ‘Broke’

Rakyat Malaysia Beri Pendapat Tentang Kecukupan Gaji RM10,000 Sebulan Untuk Sara Hidup
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@shannatooth) mengajukan pertanyaan secara terbuka kepada pengguna media sosial sama ada gaji berjumlah RM10,000 sebulan sudah mencukupi atau tidak untuk menampung kehidupan harian seseorang.
Is 10k a month’s earning consider kaya atau just comfortable? What are you guys punya thoughts? And no, gaji i tak sampai 10k. I just nak tanya for the sake of tanya je. Thankies!
— ❄️ شانى چو ❄️ (@shannatooth) December 17, 2022
Pertanyaan wanita ini mendapat perhatian dan ramai yang turut memberikan pandangan mereka tentang hal yang dipersoalkan itu di ruangan komen ciapan tersebut.
Antara pandangan dan pendapat yang dikongsikan adalah:
1. Hidup Selesa Tapi Tak Kaya
Definisi ‘selesa’ bagi setiap orang berbeza-beza. Namun ada yang menganggap maksud selesa adalah apabila segala keperluan diri dan keluarga mencukupi dan tidak perlu tertunggu-tunggu gaji bulan seterusnya.
Pada masa sama, gaya hidup yang diamalkan adalah bersederhana tanpa perlu kerap membeli barangan berjenama.
Just comfortable I think 😅 also depends where you live
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) December 18, 2022


2. Tak Cukup Kalau Sudah Berkeluarga
Dalam pada itu, segelintir pengguna media sosial turut merasakan jumlah itu tidak mencukupi untuk menyara keluarga yang sudah mempunyai anak.
Antara yang dikongsikan adalah mereka menggunakan sebanyak RM11,387 dalam tempoh separuh bulan bagi menyara diri, isteri dan seorang anak.
Seorang pengguna pula berkongsi bahawa dia telah membelanjakan sejumlah RM11,622 dalam tempoh separuh bulan menyara keluarda dengan anak tiga orang.
Gaji aku lebih 10k sebulan – dia sebenarnya bergantung atas orang tu spend, ni aku ni baru anak sorang baru separuh bulan dah 11k spend pic.twitter.com/dyIfbmRObW
— farishaziq (@copydonee) December 17, 2022

bayar yuran sekolah dah habis
— Paul Tan (@paultantk) December 17, 2022
3. Makin Besar Gaji, Makin Rasa Tak Cukup
Tidak dinafikan, ramai mula menukar telefon atau kereta baharu apabila gaji dinaikkan.
Ada pula yang berpendapat apabila gaji semakin banyak, maka komitmen dan tanggungan juga bertambah termasuklah dari segi bayaran cukai.
Really2 tak enough. The more I earn, somehow the more people I need to ‘fund’ haha
— ❄️ شانى چو ❄️ (@shannatooth) December 17, 2022
more income means more tax.
— 🍰 Cake (@trancedisorder) December 17, 2022
bigger salary = bigger tax bracket.
10k but live life not lavish mmg enough. 10K minus deduction semua dlm 8K plus net dpt.
2K ASB, 500RM store in gold, Rumah 2K, Car 1K, 2.5K for the rest
depends on selera you

4. Jangan ‘Upgrade’ Cara Hidup Bila Gaji Makin Banyak
Ada pula yang memberi pandangan supaya tidak menaikkan taraf kehidupan dengan membeli barangan berjenama apabila gaji semakin banyak.
Tips yang betul adalah dengan meneruskan gaya hidup seperti sebelum ini meskipun gaji lebih tinggi daripada dahulu.


Macam-macam pandangan yang dikongsikan oleh orang ramai dan boleh dikatakan setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza.
Apa yang dapat kami simpulkan daripada perbincangan di atas, berbelanjalah mengikut kemampuan anda dan utamakan apa yang penting dahulu.
BACA JUGA: Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’

8 Tips Untuk Capai ‘Financially Stable’ Pada Usia Muda
Nak hidup selesa, bukan senang dan kita pun kena bersedia untuk berkorban. Jom kami kongsikan beberapa tips bagi membantu anda mencapai kestabilan kewangan pada usia muda.
Antaranya:
- Buat keputusan kewangan mengikut keperluan.
- Melabur kepada diri sendiri untuk perkembangan dari segi fizikal dan mental.
- Jana pendapatan sampingan mengikut kemahiran yang dimiliki.
- Ikut bajet yang telah ditetapkan.
- Tidak berbelanja melebihi jumlah gaji.
- Kurangkan hutang terkumpul
- Sediakan wang simpanan kecemasan.
- Buat simpanan untuk aktiviti yang digemari seperti melancong dan membeli-belah.
BACA JUGA: 8 Perkara Ini Penting Untuk Capai Kestabilan Kewangan Di Usia Muda
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.