Now Reading
“Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!

“Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!

Khairul Aming mengumumkan sebanyak 2.4 juta botol Sambal Nyet Berapi telah terjual iaitu bersamaan dengan RM33.5 juta.

khairul aming sambal nyet

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila bercakap tentang Sambal Nyet, pasti ramai yang kenal pengasas produk terkenal ini iaitu Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA.

Khairul Aming merupakan seorang influencer dan cef selebriti yang telah memberikan inspirasi kepada ramai individu di luar sana untuk mencuba memasak melalui segmen ’30 Hari 30 Resepi’ yang dilakukannya sepanjang bulan Ramadan.

Selepas bertahun-tahun membuat video masakan, Khairul Aming akhirnya memperkenalkan produk buatannya sendiri pada awal tahun 2021 iaitu Sambal Nyet Berapi.


Jualan Sambal Nyet Cecah RM33.5 Juta Kurang Dari 3 Tahun Beroperasi

‘Hard work paid off’. Inilah ungkapan yang boleh dikaitkan dengan kejayaan influencer ini dalam dunia perniagaan yang telah diterokainya.

Hari ini (6 September), Khairul Aming berkongsi berita baik bersama pengikutnya menerusi sebuah video yang dihantar di seluruh akaun media sosialnya. Khairul Aming mengumumkan bahawa sebanyak 2.4 juta botol Sambal Nyet Berapi telah terjual iaitu bersamaan dengan RM33.5 juta.

Menerusi hantaran yang sama, video yang dikongsi telah menyaksikan perkembangan perniagaan dan kilang pembuatan Sambal Nyet yang terletak di Kelantan.

Setakat ini, kedua-dua kilang yang sudah beroperasi sepenuhnya sedang melalui proses renovasi untuk membawa lebih banyak mesin moden bagi menghadapi fasa ketiga bisnes tersebut iaitu ‘automation’.

Fasa ini merupakan salah satu kaedah bagi menaikkan produksi Sambal Nyet itu sebanyak 7,000 botol sehari.

Sumber: Instagram (@khairulaming)

Dalam pada itu, fasa ini juga berfungsi untuk memantau dan menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh team mereka. Antara masalah yang diperjelaskan adalah, ‘filling’ secara manual telah mengakibatkan nisbah sambal dan minyak dalam satu botol kurang konsisten.

Tambahnya lagi, mesin baharu yang menggunakan kaedah auto ‘filling’ dapat memastikan jumlah nisbah kedua-dua campuran itu adalah sebati dan sama.


Khairul Aming Kembangkan Bisnes Melalui Live Commerce

Menggunakan ilmu perniagaan sedia ada, Khairul Aming memutuskan untuk meneruskan jualan Sambal Nyet melalui live di akaun TikTok bagi menambah rating jualan.

Seperti yang disangka, jualan tersebut meningkat dan sebanyak 76 peratus daripada keseluruhan pembeli datang daripada ‘livestream’ yang dilakukannya.

Sumber: Instagram (@khairulaming)

Atas pencapaian yang memberangsangkan melalui kaedah pemasaran ini, Khairul Aming memutuskan untuk meneruskan live TikTok bagi menjual Sambal Nyet dan produk kedua yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


Kerjaya ‘Content Creator’ Bagi Khairul Aming Kini Memasuki Tahun Kelapan.

Pejam celik, kini Khairul Aming yang bermula dengan kelengkapan yang tidak mencukupi telah menceburkan diri dalam dunia ‘content creator’ selama lapan tahun bermula sejak usia 14 tahun.

“Sungguh memberi inspirasi”, kata seorang netizen di ruangan komen hantaran tersebut.

Susulan pencapaian yang menakjubkan ini, Khairul Aming mengucapkan terima kasih buat mereka yang telah menyokong perjalanan bisnes Sambal Nyet bermula hari pertama berniaga di lot kedai yang kecil sehinggalah berkembang ke dua buah kilang.

Khairul Aming turut berharap bisnes yang diterajui olehnya dapat menyumbang lebih banyak kepada pertumbuhan ekonomi di kampung halamannya Kota Bharu, Kelantan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit

Sumber: Instagram Khairul Aming (@khairulaming)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd