Now Reading
“Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit

“Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit

Khairul Aming berjaya meraih lebih RM170,000 dalam tempoh dua minit dengan menjual 13,000 Sambal Nyet di platform Shopee.

"Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun" - Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet 'Habis' Dalam 2 Minit

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun Sambal Nyet mula dijual pada 6 Januari 2021, namun permintaannya sehingga kini masih tinggi.

Umum sedia maklum, Sambal Nyet adalah produk sulung yang dikeluarkan oleh personaliti media sosial Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman.

Percaya atau tidak, jumlah jualan produk ini berjaya mengutip sehingga RM1 juta dalam tempoh tiga bulan terawal. Power kan?

BACA JUGA: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!

BACA JUGA: Sambal Nyet Raih Jualan RM14 Juta, Khairulaming Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan


Khairul Aming Terkejut ‘Restock’ 13,000 Sambal Nyet Dan Habis Dalam Tempoh 2 Minit

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh Khairul Aming di laman Twitter miliknya (@khairulaming), cef selebriti itu memberitahu bahawa dia sudah ‘restock’ 13,000 botol Sambal Nyet di platform Shopee tengah hari semalam (11 April).

Tidak lama selepas itu, notifikasi Shopee di dalam telefon bimbit yang digunakan masuk tak henti-henti. Khairul Aming pun tercengang melihat situasi yang berlaku.

Percaya atau tidak, 13,000 Sambal Nyet yang baru sahaja ‘restock’ itu sudah laris dijual dalam tempoh dua minit dan berjaya meraih jumlah jualan melebihi RM170,000.

2 minit = 13,000 botol. Wow!

Weh jap. Ya Allah. Dah sold out dah 13,000 botol dua minit je. Phone aku pun dah ‘jammed’ dah.

Pengasas Sambal Nyet, Khairul Aming.

Menurut Khairul Aming, tempoh berkenaan merupakan waktu yang paling singkat Sambal Nyet tersebut ‘sold out’ sepanjang tempoh dia menjual produk sulungnya.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang tidak berhenti memberi sokongan dengan membeli produk Sambal Nyet.


Netizen Terkejut Tengok Notifikasi Shopee Jualan Sambal Nyet Dalam Telefon Khairul Aming

Perkongsian video oleh Khairul Aming ketika dia ‘restock’ Sambal Nyet itu mendapat perhatian ramai di media sosial.

Bukan setakat Khairul Aming, malah netizen pun terkejut melihat jumlah notifikasi Sambal Nyet yang masuk tanpa henti. Ada pula yang risau kalau telefon itu ‘meletup’.

Sementara itu, mereka juga berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Khairul Aming dan menjadikannya sebagai inspirasi kerana sentiasa menjaga kebajikan pekerja dengan baik.

Khairul Aming pun memang selalu juga belanja dan bawa pekerja-pekerjanya bercuti untuk merehatkan diri. Siap masakkan untuk mereka lagi ya! Baik betul.

Khairul Aming ini memang sesuai untuk dijadikan idola dalam dunia perniagaan kerana dia tidak menggunakan sebarang ‘marketing’ murahan demi meraih perhatian orang ramai.

Setiap maklum balas dari orang ramai tentang produk Sambal Nyet itu diambil perhatian dan akan diubah suai menjadi lebih baik.

Selain dari caranya mempromosikan Sambal Nyet, kebajikan pekerja yang menjadi kunci utama turut diberikan perhatian. Memang inspiring betul Khairul Aming ini.

BACA JUGA: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

BACA JUGA: KhairulAming Derma RM10,000 Ke Tabung Palestin Dari Keuntungan Sambal Nyet

BACA JUGA: Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai


Khairul Aming Juga Terkenal Dengan Segmen 30 Hari 30 Resepi

Bermula dari awal Ramadan sehingga hari ini, Khairul Aming akan memuat naik video pelbagai resepi yang boleh dicuba untuk juadah berbuka puasa.

Antara resepi yang mendapat perhatian ramai adalah manisan coklat premium ala-ala ROYCE. Guna empat bahan je dah boleh buat.

Antaranya:

  • 1.5 cawan whipping cream
  • 50g unsalted butter
  • 350g bittersweet chocolate
  • coco powder

BACA JUGA: Raih 3.5 Juta Tontonan, Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat Premium Ala ROYCE Bikin Ramai Terliur!

Siapa sangka, video resepi Khairul Aming ini juga telah mencetuskan fenomena sehinggakan sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah menyediakan ruangan khas untuk para pelanggan mereka yang ingin membeli bahan-bahan mengikut resepi influencer tersebut.

BACA JUGA: Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd