Now Reading
[Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio

[Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio

Khairul Aming sudah memasuki tahun kelapan bergelar seorang ‘content creator’ dan kini menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut Sambal Nyet, nama yang akan muncul dalam setiap minda rakyat Malaysia tak lain tak bukan adalah Khairul Aming.

Sebelum dikenali dengan perniagaan Sambal Nyet, cef selebriti ini mula menjadi perhatian ramai dengan satu segmen yang dihasilkan di media sosial pada bulan Ramadan iaitu ’30 Hari 30 Resepi’.

Kalau tengok video resepi masakan Khairul Aming waktu bulan puasa, memang terliur lebih-lebih lagi bila dia buat ASMR bunyi tengah kacau ais dalam cawan kaca.

Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat Premium Ala ROYCE Bikin Ramai Terliur!

Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit


Khairul Aming Mula Belajar Menghasilkan Video Bermula Dari Umur 14 Tahun

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok Khairul Aming (@khairulaming), dia menceritakan pengalamannya menghasilkan video bermula pada 18 tahun lalu sejak berusia 14 tahun.

Perjalanan untuk menghasilkan video masakan pula mula pertama kali dibuat pada tahun 2016 tanpa kelengkapan mencukupi dan hanya menggunakan barangan sedia ada di rumah.

[Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi 'Content Creator' Sempena TikTok Awards Malaysia
Sumber: TikTok @khairulaming

Tak ada green screen, kita tampal kat dinding. Tak ada meja, kita shoot kat lantai. Tapi tempat shooting, kita cari rumah sewa dan gunakan dapur sedia ada. Pasang lampu LED semua.

Cef selebriti, Khairul Aming.

Disebabkan ruangan dapur dikatakan sudah tidak muat, mereka mengubah suai bilik tidur rumah sewa tersebut menjadi studio kecil yang digunakan untuk menghasilkan video masakan.

Sumber: TikTok @khairulaming

Beberapa tempoh selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke studio pula.

Finally ada tempat yang selesa. Tapi semua ni ambil masa. Kita bukan upgrade overnight. Yang penting kita mula, selepas itu kita improve from time to time.

Cef selebriti, Khairul Aming.
Sumber: TikTok @khairulaming

Khairul Aming Mahu Memberi Semula Kepada Komuniti Di Kelantan

Tambah Khairul Aming lagi, seorang ‘content creator’ bukan hanya perlu menghasilkan video, sebaiknya digalakkan untuk memberi kepada komuniti juga.

Susulan itu, cef selebriti ini telah membuka tempat pemprosesan bagi perniagaan Sambal Nyet bermula di sebuah kedai lot kecil di tempat kelahirannya, Kelantan dan kini telah berkembang kepada dua buah kilang besar di Kota Bharu, Kelantan.

Pembukaan kilang Sambal Nyet ini memberi peluang pekerjaan kepada lebih 80 orang tenaga kerja sehingga kini.

Sumber: TikTok @khairulaming

Kerjaya ‘Content Creator’ Bagi Khairul Aming Kini Memasuki Tahun Kelapan

Pejam celik, Khairul Aming sudah memasuki tahun kelapan bergelar seorang ‘content creator’ dan kini menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Kalau ingat balik sebenarnya kecil ke industri content creator kat Malaysia, tapi bila wujud TikTok, saya happy sangat bila ramai content creator tampil ke depan untuk boleh bertukar pendapat dan idea.

Cef selebriti, Khairul Aming.
Sumber: TikTok @khairulaming

Dalam pada itu, Khairul Aming turut mengucapkan terima kasih kepada platform TikTok yang menyediakan ruangan untuk ‘content creator’ menghasilkan karya kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: TikTok Lancar Majlis Anugerah Pertama Di Malaysia, Boleh Undi ‘TikToker’ Favourite!

Khairul Aming juga berterima kasih kepada masyarakat yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya dari awal sehingga ke hari ini.

Kepada content creator di luar sana, jangan berhenti berkarya untuk sebarkan kebaikan di negara tercinta kita.

Cef selebriti, Khairul Aming.

Ramai Yang Terinspirasi Dengan Perjalanan Khairul Aming Untuk Menjadi ‘Content Creator’

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa bangga selepas melihat pencapaian cef selebriti itu yang semakin berjaya.

Malah, ada segelintir netizen yang menjadikan Khairul Aming sebagai idola dan inspirasi mereka untuk menghasilkan karya selepas mengetahui pelbagai cabaran yang ditangani oleh cef selebriti tersebut sebelum bergelar ‘content creator’ terkenal.

Pengalaman yang dikongsikan oleh Khairul Aming ini boleh dijadikan contoh kepada anak muda di luar sana untuk tidak mudah berputus asa.

Hidup ini boleh diibaratkan seperti ‘roller coaster’ kerana pasti akan ada naik dan turun.

Jadi, buat anda di luar sana, teruskan perjuangan dalam apa sahaja bidang dan goodluck! Semoga maju jaya.

Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

Artikel Berkaitan: KhairulAming Derma RM10,000 Ke Tabung Palestin Dari Keuntungan Sambal Nyet

Sumber: TikTok Khairulaming


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd