KhairulAming Derma RM10,000 Ke Tabung Palestin Dari Keuntungan Sambal Nyet
Dia turut menyeru orang ramai supaya berganding bahu bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan di Palestin.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming iaitu merupakan seorang tukang masak terkenal di media sosial baru-baru ini dikatakan telah menyumbangkan sebahagian daripada hasil penjualan Sambal Nyet iaitu produk sambal miliknya ke Tabung Amal Palestin.
Perkongsian melalui rangkaian tweets tersebut telah dimuat naik pada 15 Mei dan berjaya meraih lebih 11 ribu retweets dan 21 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Menurut Khairulaming, dia berbuat sedemikian bertujuan untuk meringankan beban saudara di sana.
also rm10k dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung palestin. diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana 🙏🏻
— Khairulaming (@khairulaming) May 15, 2021
Malah, dia turut menyeru orang ramai supaya berganding bahu bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan di Palestin.
As recommended by a lot of people, kami dah salurkan derma tersebut ke account Tabung Cinta Gaza Malaysia. Sesiapa yg nak join sekali boleh click link ni. Sama-sama kita bantu 🙏🏻: https://t.co/cl09Kk75oS pic.twitter.com/i5FW0eBRU1
— Khairulaming (@khairulaming) May 15, 2021
Semoga sumbangan Khairulaming ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan saudara kita di Palestin. Apa pun, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana supaya pergolakan di antara negara-negara terbabit dapat dileraikan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



