Now Reading
Raih 3.5 Juta Tontonan, Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat Premium Ala ROYCE Bikin Ramai Terliur!

Raih 3.5 Juta Tontonan, Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat Premium Ala ROYCE Bikin Ramai Terliur!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat ROYCE ini adalah; 1.5 cawan whipping cream, 50g unsalted butter, 350g bittersweet chocolate, dan coco powder je. Ya, 4 bahan sahaja!

khairul aming royce coklat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebut sahaja nama Khairul Aming (KA), pasti ramai akan mengenali individu ini dengan video-video masakannya yang sudahpun mencipta fenomena di Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

Khairul Aming juga memiliki bisnes tersendiri iaitu menjual SambalNyet menerusi platform Shopee dan tidak dinafikan sambal itu secara automatik menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang menyukai hidangan pedas.

Dan sambal Khairul Aming ibarat hidangan wajib, kalau dah habis, kena ‘stock up’ lagi. Betul hebat penangan Khairul Aming ini!

BACA JUGA: [Video] Resepi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur & Tak Sabar Nak Cuba, Gebunya!

BACA JUGA: Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming


2 Minggu Puasa, Khairul Aming Tampil Dengan Resepi Coklat Ala ROYCE. Terliuq Oi!

Segmen 30 Hari 30 Menu Khairul Aming yang dikeluarkan setiap tahun untuk menyajikan konten masak di Instagram pada bulan Ramadan bagaimanapun telah mengejutkan orang ramai apabila pada puasa ke-14, KA memuat naik sebuah video resepi coklat premium ala ROYCE!

Ya, itu coklat mahal dan premium yang dijual dengan harga yang agak keras (tapi sedap, so okay la). Resepi coklat ala ROYCE ini menurutnya sesuai disajikan selepas waktu berbuka puasa. Masa moreh pun nice juga.

Ada yang nak try buat? Jom lihat resepi dan cara membuatnya di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1.5 cawan whipping cream
  • 50g unsalted butter
  • 350g bittersweet chocolate
  • coco powder

Cara-caranya boleh tengok video di bawah:

Senang je rupanya!

Paling menarik, selepas dimuat naik kurang 24 jam di media sosial, ada pengguna Twitter sudahpun berjaya membuatnya! Jadi pula tu.

Tapi ada pula netizen yang ‘point out’ video kali ini tiada ucapan ‘Hey whatsup gais..’ daripada Khairul Aming yang dikatakan telah popular dan wajib diungkapkan setiap kali video masakan Khairul Aming lalu di ‘feed’ media sosial mereka.

Ramai juga yang dilihat kecewa apabila Khairul Aming tidak menggunakan ungkapan itu.


Khairul Aming Cetus Fenomena, Pasar Raya Di Alor Setar Kedah Sediakan Ruang Khas Untuk Beli Bahan Daripada Resepi KA

Resepi oleh Khairul Aming itu mencetuskan fenomena sehinggakan sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah juga telah menyediakan ruangan khas untuk para pelanggan mereka yang ingin membeli bahan-bahan mengikut resepi influencer tersebut.

Gambar menunjukkan idea bernas oleh pasar raya berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@neyrashazeyra) dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Pelbagai jenis buah tin telah disusun termasuk buah laici, longan dan mata kucing.

BACA JUGA: Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd