Now Reading
Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming

Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming

Ramai netizen yang menganggap cara pasar raya menyediakan ruangan khas untuk resepi Khairul Aming itu memudahkan urusan pelanggan.

Pasar Raya Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming Dipuji

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba bulan Ramadan, mesti ramai yang akan teruja untuk melihat perkongsian resepi sepanjang bulan puasa oleh Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman.

Kalau tengok video resepi masakan Khairul Aming waktu bulan puasa, memang terliur lebih-lebih lagi bila dia buat ASMR bunyi tengah kacau ais dalam cawan kaca. Fuh!

Kebiasaannya, cef selebriti ini akan memuat naik video resepinya di media sosial sekitar waktu tengah hari.

Jadi, orang ramai masih sempat untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan dan mencuba resepi baharu setiap hari sebelum tiba waktu berbuka puasa.

BACA JUGA: [Video] Resepi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur & Tak Sabar Nak Cuba, Gebunya!

BACA JUGA: Lebih 9K Retweets, Khairulaming Ajar Tips Mudah Buat Lemang Cara Instant. Ooh, Simple Je!


Pasar Raya Sediakan Ruangan Khas Untuk Bahan-bahan Resepi Khairul Aming

Khairul Aming mempunyai pengaruh sangat besar dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang rajin memasak dan suka mencuba resepi baharu.

Bermula pada awal Ramadan yang lalu, Khairul Aming telah mula berkongsi resepi masakannya. Antara resepi yang mendapat perhatian ramai adalah agar-agar buah pelbagai jenis.

Resepi oleh Khairul Aming itu mencetuskan fenomena sehinggakan sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah juga telah menyediakan ruangan khas untuk para pelanggan mereka yang ingin membeli bahan-bahan mengikut resepi influencer tersebut.

Gambar menunjukkan idea bernas oleh pasar raya berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@neyrashazeyra) dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Kalau anda perhatikan gambar itu, pelbagai jenis buah tin telah disusun termasuklah buah laici, longan dan mata kucing.


Netizen Puji Pihak Pasar Raya Ikut Trend Terkini & Mudahkan Urusan Pelanggan

Ciapan dimuat naik itu mendapat reaksi positif dari orang ramai kerana menganggap pihak pasar raya tersebut bijak dalam mengikuti trend semasa netizen yang kini sedang mengikuti resepi daripada Khairul Aming.

Bahkan, cara ini juga memudahkan pelanggan dengan hanya perlu ke satu ruangan sahaja tanpa perlu tercari-cari bahan berbeza di ruangan berlainan.

Malah, ramai juga yang terkejut melihat penangan Khairul Aming sehingga mempengaruhi jualan barangan di pasar raya.


Tidak dinafikan, pengaruh Khairul Aming memang power betul! Dari hanya berkongsi resepi masakan, kini influencer ini mempunyai produknya yang tersendiri iaitu Sambal Nyet.

Sambal Nyet pun memang laku keras ya. Dulu berebut nak beli, mujur sekarang ini mereka mempunyai sistem lebih teratur yang membolehkan lebih ramai pelanggan berpeluang untuk membeli dan merasainya sambal itu.

BACA JUGA: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!

BACA JUGA: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd