‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!
Khairulaming turut mendedahkan ‘post morterm’ di sebalik penjualan Sambal Nyet ini.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Baru-baru ini telah viral di mana seorang tukang masak terkenal di media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman telah mendedahkan tentang penjualan produk sambal miliknya iaitu Sambal Nyet. Paling mengejutkan, jumlah daripada penjualan sambal tersebut kini telah mencecah sehingga RM1 juta dalam masa tiga bulan lebih sahaja.
Perkongsian melalui rangkaian tweets yang dibuat oleh Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming itu telah berjaya meraih lebih 29.6K retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit 🥺🙏🏻. I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today. kalau korang sudi, boleh baca post mortem 1 million ni: pic.twitter.com/Pc5cKn6WLW
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni pic.twitter.com/8ZqAW8qDdB
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
Malah, dia turut menceritakan bahawa dia pernah membuang 3 ribu botol sambal dalam bulan Februari sebab ada yang rosak dan basi. Mereka telah membuat tinjauan dan memang ada isu pada ‘bottling stage’ sebab ada yang ditutup tak rapat.
Namun, isu tersebut telah diselesaikan dan tidak akan ada lagi masalah sama berlaku sebab selepas ini mereka akan menggunakan mesin.
dari segi flavor and kepedasan we take note all the comments and cuba improvekan lagi. sekarang sambal di masak lebih lama, especially garlic utk bagi minyak masak infused dgn garlic and bagi lebih aroma. kepedasan juga dinaikkan utk bagi lagi kick pic.twitter.com/ZeMd2ooTWx
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
Menurutnya, pelanggan hotline yang mereka wujudkan pun sudah banyak membantu untuk mengasingkan inquiry untuk orang yang nak beli sambal dengan inquiry daripada pembeli yang menerima bungkusan yang tidak elok. Jadi bila ada yang mengendalikan customer hotline, makin cepat mereka boleh mengatasi isu yang diterima.
Namun begitu, Khairul turut menjelaskan bahawa banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat. Mereka perlu ubah suai gudang supaya lebih selesa, beli banyak lagi mesin, besarkan lagi team. Selain itu, banyak benda betul dan salah yang telah dilakukan olehnya sepanjang tiga bulan ini dan setiap hari dia akan belajar satu benda baru.
in terms of shopee, our shop “khairulamingbrand” almost nak reach 100 ribu followers. this is interesting sbb mcm boleh jadi new social media kat sini 😅 pic.twitter.com/aAS12YKDvY
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
selepas 73 ribu botol yg terjual dari januari, kita dh received feedback dari 28 ribu buyers di shopee. ini summary of latest feedback rating:
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
5⭐️27,077 (96.7%)
4⭐️644 (2.3%)
3⭐️198 (0.7%)
2⭐️44 (0.2%)
1⭐️32 (0.1%)
Overall rating : 4.9/5 pic.twitter.com/hNBExcczV8
dari segi shipping, kita dh on track utk proses semua order setiap hari. hari ni customer beli, hari ni jgk kita pos. buat masa sekarang satu branch J&T dah sarat nak tampung parcel so kita gabungkan lebih dari satu branch utk make sure 4,000 botol boleh di pos keluar stiap hari pic.twitter.com/xnZ8mT3Qtg
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
Khairul menjelaskan, dari segi permintaan dia sangat bersyukur sebab Sambal Nyet masih lagi dijual habis dan laju seperti kali pertama dilancarkan. Setiap hari mereka akan menjual sambal mengikut pecahan 9 slot dan setiap slot akan terjual habis dalam masa 30 saat hingga 1 minit sahaja!
Walau bagaimanapun, Khairul menegaskan bahawa perkara ini masih tidak bagus. Pusing macam mana pun, penyelesaian paling baik adalah menaikkan pengeluaran dan itu merupakan keutamaan utama. Dengan stock 4 ribu botol sehari (~100K sebulan), dia berharap makin ramai orang yang boleh membeli.
my goal adalah utk make sure the supply is stable and gradually increasing so that we can reach target of 5-7 mil sales this year. once demand for sambal nyet online is stable, then baru aku akan mula go for distributor such as shops, kedai runcit, etc pic.twitter.com/HwCYYo7nva
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
Dia turut menceritakan bahawa sudah berbulan dia tidak pulang ke Kelantan dan dia juga telah mengendalikan bisnes ini secara ‘remote’ dari KL setiap hari. Jelasnya lagi, kalau dia boleh pulang ke Kelantan, dia boleh semak dan lihat apa yang boleh ditambahbaik. Tapi untuk waktu sekarang, dia percayakan teamnya untuk jalankan bisnes ini dengan baik.
Selain itu, Khairul juga harus seimbangkan usahanya untuk mengeluarkan konten-konten pada bulan Ramadan, konten untuk klien dan juga kendalikan bisnes sambal. Ini juga salah satu sebab kenapa semua konten-konten videonya tak dapat disiapkan sebelum bulan puasa.
video 30 hari 30 resepi yang you guys tgk bulan ni kebanyakkanya di edit selepas sahur, and voice over semua di siapkan sblum pukul 12 tgh hari. but video baru juga dibuat everyday sbb time ni aku boleh belajar apa yg blh improve dari video hari pertama ke hari 30 pic.twitter.com/sIbKN1YQ1Z
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
Kesimpulannya, Khairul berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.
It’s been a long journey and i’m happy and grateful to be where i am today. this is for you mama and abah, thank you for believing me to pursue my passion.
Khairul Amin.
Nota untuk semua:
Note : Sambal Nyet dijual setiap hari (kecuali sabtu) dan penjualan di pecahkan mengikut slot di bawah:
— Khairulaming (@khairulaming) April 21, 2021
🌶9.30am🌶10am🌶10.30am
🌶11am🌶11.30am🌶12pm
🌶12.30pm 🌶1pm 🌶2.30pm
link pembelian di shopee : https://t.co/9R2mIKWafr pic.twitter.com/djpb4cxeiW
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.