Now Reading
[Video] Resepi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur & Tak Sabar Nak Cuba, Gebunya!

[Video] Resepi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur & Tak Sabar Nak Cuba, Gebunya!

Seperti yang ditunjukan oleh Khairul Aming, bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan untuk membuat donut susu viral ini amatlah mudah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebut sahaja Nama Khairul Aming, pasti ramai yang mengenali influencer dan usahawan dari Kelantan ini yang mula mendapat perhatian dengan memuat naik video masakannya di media sosial.

Pelbagai jenis masakan yang tidak lokek dikongsikannya, dari makanan yang berat seperti nasi sehinggalah yang ringgan seperti kuih muih dan biskut.

BACA JUGA: Khairulaming Dedah Cara Rakam & Muat Naik Video Kualiti Tinggi Di Instagram Dengan Telefon Je

Kongsi resepi donut susu viral

Terbaharu, menerusi satu hantaran video di laman Twitter miliknya, dia berkongsi pula resepi donut susu yang tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Khairul Aming menunjukan bahan yang digunakan dan cara untuk membuat doh adunan donut viral itu.

Berikut, kami akan senaraikan bahan-bahan yang diperlukan dan langkah-langkah untuk membuatnya agar mudah difahami anda.

Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah

Untuk pengetahuan anda, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat donut susu viral ini amatlah mudah dan senang diperolehi.

Bahan-bahan:

  1. Air Suam – ¼ cawan
  2. Susu Pekat Manis – 6 sudu biasa
  3. Yis – 1 paket kecil
  4. Satu Biji Telur
  5. Garam – setengah sudu kecik
  6. Tepung Gandum – 4 cawan
  7. Marjerin – 3 sudu biasa
  8. Susu Tepung
  9. Gula Ising

Cara penyediaan donut susu viral

Bagi cara penyediaan pula, pertama sekali masukan air suam yang telah disukat kedalam bekas kosong. Kemudian masukan susu pekat manis dan satu paket yis.

Kacau kesemua bahan tadi sehingga menjadi sebati dan tunggu selama lima minit untuk adunan tadi mengembang.

Setelah itu, masukan pula telur bersama setengah sudu kecil garam dan kacau semula adunan tersebut.

Langkah seterusnya, masukan pula tepung gadum dan marjerin yang telah disukat. Kemudian gaul lagi doh sehingga sebati dan tunggu selama 45 minit untuk dough mengembang.

Setelah itu, ambil doh yang sudah kembang itu dan letak di atas permukaan rata yang telah ditaburi tepung (untuk elak dari dough melekat).

Selepas itu gunakan penggelek untuk meleperkan doh dan acuan untuk menekap dough bagi mendapatkan bentuk donut yang sebenar.

Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang kecik (untuk elak dari donut hangit) dan goreng donut.

Akhir sekali, ambil satu bekas dan campurkan susu tepung dengan satu cawan gula ising. Ambil donut yang siap digorengkan untuk disalut bersama.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memahami cara membuat donut susu viral ini.

Puasa dah nak dekat, kepada yang beragama Islam boleh lah korang cuba buat untuk dimakan masa sahur nanti (jangan goreng time tengah hari pula!)

BACA JUGA: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd