Now Reading
“Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

“Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

Pengalaman hidup yang dikongsikan oleh Khairulaming dari umurnya 20 tahun sehingga 30 tahun cukup memberi inspirasi kepada orang ramai.

"Pernah 4 Kali Gagal Bisnes" - Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Khairulaming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman bukanlah asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Khairulaming yang kini merupakan cef selebriti mula dikenali ramai selepas sering memuat naik video masakan di media sosial dan terkenal dengan segmen ’30 Hari 30 Resepi’ ketika di bulan Ramadan.

Kalau tengok video resepi masakan Khairulaming waktu bulan puasa, memang terliur lebih-lebih lagi bila dia buat ASMR bunyi tengah kacau ais dalam cawan kaca.

Siapa sangka dengan hanya bermula di media sosial, kini Khairulaming sudah mempunyai dua buah kilang produksi di Kelantan untuk produk Sambal Nyet miliknya.

BACA JUGA: Sambal Nyet Raih Jualan RM14 Juta, Khairulaming Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan

Sumber: Instagram/sambalnyet

Khairulaming kongsi cerita inspirasi jatuh bangun sepanjang 10 tahun

Sempena sambutan hari lahirnya yang ke-30, Khairulaming berkongsi sebuah video khas di laman Twitter miliknya (@khairulaming) memaparkan kisah ringkas tentang perjalanan hidupnya sejak umur 20 tahun sehingga kini.

20 tahun

Ketika berusia 20 tahun, Khairulaming merupakan pelajar tahun kedua di sebuah universiti di Amerika Syarikat dengan menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

Usahawan tersebut dahulunya belajar di Kota Bharu, Kelantan sebelum ditawarkan biasasiswa untuk ke Amerika Syarikat.

21 tahun

Pada umur 21 tahun, Khairulaming membeli kamera DSLR miliknya yang pertama dan mula mempelajari banyak ilmu fotografi. Malah, dia juga pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan International Video Contest di Amerika Syarikat.

Pada masa sama, dia juga bergiat aktif dalam persatuan dan turut dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya. Dari sinilah Khairulaming berjumpa dan berkenalan dengan ramai lagi pelajar dari pelbagai negara.

Sumber: TikTok/khairulaming

22 tahun

Setelah empat tahun di Amerika Syarikat, usahawan ini tamat pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan ‘minor’ Kejuruteraan Sains Bahan.

Tamat pengajian dengan pointer 3.75, Khairulaming juga mendapat anugerah khas selepas dia memperolehi keputusan Dekan bagi setiap semester.

Sumber: TikTok/khairulaming

23 tahun

Selepas habis belajar di Amerika Syarikat, dia pulang ke Malaysia dan mendapat tawaran bekerja dalam bidang minyak dan gas.

24 tahun

Ketika berusia 24 tahun, usahawan ini keluar dari bidang kejuruteraan dan bertukar pekerjaan dalam sektor logistik. Dalam bidang ini, banyak perkara yang dipelajari seperti urusan perniagaan dan juga kewangan.


Bermula dunia perniagaan untuk mencari wang sampingan

25 tahun

Berhasrat untuk mencari wang sampingan atau ‘side income’, usawahan ini mula berjinak-jinak menjual makanan siap pek, baju, dan template resume tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

Sumber: TikTok/khairulaming

Kegagalan dalam perniagaan yang dilakukan sebelum ini tidak mematahkan semangat Khairulaming.

Dia kemudiannya membuat pula video masakan dan memuat naik di Facebook bernama Rasapop.

26 tahun

Akhirnya, video masakan di laman Facebook Rasapop menunjukkan hasil yang positif selepas meraih 500,000 jumlah pengikut.

Perkembangan positif itu membuatkan Khairulaming membuat keputusan untuk menjual produk sendiri iaitu sambal. Boleh dikatakan setiap hari juga dia ke Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk membeli bahan.

Namun, rancangannya itu sekali lagi gagal kerana perniagaan serta wang simpanan mula berkurang. Malah, pengikut di laman Facebook Rasapop juga semakin hilang.

Sumber: TikTok/khairulaming

27 tahun

Mahu tidak mahu, Khairulaming terpaksa mula semula dari bawah dan cubaannya untuk muncul di hadapan kamera dan media sosial agak sukar kerana rasa berdebar serta malu.

Dengan keberaniannya muncul sebagai Khairulaming dan bukannya lagi Rasapop, pengikutnya di laman media sosial miliknya bertambah dari satu ribu kepada tiga juta.

Namun, jumlah pengikut yang semakin bertambah membuatkan Khairulaming berpendapat seolah-olah privasi kehidupannya pula semakin menghilang.

28 tahun

Sekali lagi, Khairulaming berdepan situasi yang memberi kesan kepada diri dan keluarga selepas ayahnya telah meninggal dunia. Selepas apa yang berlaku, pemuda ini mengambil keputusan memberanikan diri untuk keluar dari bidang minyak dan gas.

Dengan hanya bergantung kepada platform media sosial dan simpanan yang ada, usahawan ini nekad untuk mengubah nasib keluarganya.

Sumber: TikTok/khairulaming

29 tahun

Pada usia 29 tahun, Khairulaming kembali menjual produk sambal yang diberi nama Sambal Nyet dan siapa sangka jualan pertama dalam tempoh kurang dari empat bulan telah mencecah RM1 juta.

Siapa yang pernah nak cuba beli waktu awal-awal dulu Sambal Nyet ini dijual memang tahu betapa susahnya nak dapat. Tak sampai lima minit terus ‘sold out’. Memang power!

BACA JUGA: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!

Sumber: TikTok/khairulaming

Malah, Khairulaming juga telah membuka kilang kedua Sambal Nyet di Kelantan untuk meningkatkan lagi penghasilan Sambal Nyet.

Kharulaming juga pernah membuat perjumpaan dengan orang ramai sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini sehingga mampu mencapai kejayaan yang dimiliki.

BACA JUGA: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!

30 tahun

Untuk ‘reward’ diri sendiri, usahawan ini berhasrat untuk melancong ke lebih banyak negara dan membuat konten di pelbagai tempat untuk tontonan pengikutnya.


Kisah tentang pengalaman hidup Khairulaming ini cukup memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk tidak mudah berputus asa.

Hidup ini boleh diibaratkan seperti ‘roller coaster’ kerana pasti akan ada naik dan turun.

Jadi, buat anda di luar sana, terusakan perjuangan dalam apa sahaja bidang dan goodluck! Semoga maju jaya.

BACA JUGA: KhairulAming Derma RM10,000 Ke Tabung Palestin Dari Keuntungan Sambal Nyet


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd