Now Reading
TikTok Lancar Majlis Anugerah Pertama Di Malaysia, Boleh Undi ‘TikToker’ Favourite!

TikTok Lancar Majlis Anugerah Pertama Di Malaysia, Boleh Undi ‘TikToker’ Favourite!

Senarai calon bagi Anugerah TikTok Malaysia 2023 telah diumumkan dan pengundian akan bermula pada 15 Ogos ini.

TikTok Lancar Majlis Anugerah Pertama Di Malaysia, Boleh Undi 'TikToker' Kegemaran Anda!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial utama untuk mendapatkan hiburan, berkongsi maklumat dan mencipta kontenSejak wujudnya aplikasi TikTok ini, lahirnya ramai ‘content creator’ di Malaysia.

Buat pengguna TikTok yang menggemari platform ini, mesti anda akan teruja dengan Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang pertama diadakan pada bulan ini.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Pencipta Kandungan Popular Tahun Ini (Popular Creator Of The Year)

Sumber: TikTok

2. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Pencipta Kandungan Tahun Ini (Creator Of The Year)

Sumber: TikTok

3. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Bintang Tahun Ini (Rising Star Of The Year)

Sumber: TikTok

4. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Selebriti Tahun Ini (Celebrity Of The Year)

Sumber: TikTok

5. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Pencipta Siaran Langsung Tahun Ini (Live Creator Of The Year)

Sumber: TikTok

6. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Pencipta Kandungan TikTok Shop Tahun Ini (TikTok Shop Creator Of The Year)

Sumber: TikTok

7. Anugerah TikTok Malaysia 2023: Akaun Animasi Terkenal Tahun Ini (Popular Animation Account Of The Year)

Sumber: TikTok

Pemenang dari kategori ini akan ditentukan melalui undian awam dari 15 hingga 26 Ogos 2023.

Anugerah TikTok akan berlangsung pada 27 Ogos dan disiarkan secara langsung di platform TikTok pada jam 8:00 malam di akaun @tiktok_malaysia.

Bahagian paling menarik dalam majlis anugerah ini adalah boleh mengambil bahagian dengan berkongsi kisah yang berunsurkan motivasi di TikTok sehingga 14 Ogos menggunakan hashtag #RoadtoTikTokAwardsMY.

Pemenang akan membawa pulang telefon pintar HONOR 90 (12+512GB).

Calon-calon Pilihan Juri serta senarai penghibur, pengacara, dan juri untuk Anugerah TikTok akan diumukan semasa sidang media di Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #RoadToTikTokAwardsMY, klik [DI SINI].


Anugerah TikTok

Anugerah TikTok yang pertama dilancarkan pada 30 Mei 2022 di Eropah dan pemenang dari setiap negara seperti Jerman, Perancis, United Kingdom dan Itali telah dipilih mengikut kategori masing-masing.

Pemenang kemudiannya akan berkumpul di Amsterdam pada 30 November 2022 untuk majlis Grand Prix Anugerah TikTok dengan salah seorang daripada mereka diberi gelaran ‘TikToker Terhebat Eropah’.

Proses yang sama bakal dilakukan di Asia sebagaimana Anugerah TikTok yang berlangsung di pelbagai negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina dan Thailand.

Memandangkan kini ia berlaku di Malaysia, berkemungkinan besar para pemenang akan berpeluang untuk dinobatkan sebagai TikToker terbaik untuk Asia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd