Now Reading
Lelaki Ini Kaitkan Hedonic Treadmill Dengan ‘Nafsu’ Selepas Gaji Naik

Lelaki Ini Kaitkan Hedonic Treadmill Dengan ‘Nafsu’ Selepas Gaji Naik

Selalu juga orang lepas naik gaji je mesti terus tukar kereta, beli rumah dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sebut pasal gaji, memang semua orang teruja.

Mana tidaknya, duit-duit itu boleh digunakan untuk membayar segala keperluan dan hutang yang perlu dilunaskan.

Ada yang nak bayar kereta, rumah, telefon dan sebagainya.

Gaji setiap orang pula berbeza-beza ikut jenis pekerjaan dan pangkat. Ada yang diberi rezeki bergaji besar, ada yang bergaji biasa-biasa sahaja.

Tapi, biasa tak anda tengok seseorang yang bergaji besar hidupnya akan semakin ‘upgrade’? Tahu-tahu dah tukar kereta dan tukar telefon baru.

Hedonic treadmill

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Kauthar Rozmal berkongsi ilmu mengenai kitaran hedonic treadmill di laman Twitter.

Menurutnya, kitaran ini terjadi apabila seseorang mula menaik taraf hidup mereka selepas kenaikan gaji.

Boleh dikatakan makin besar gaji, makin tinggi nafsu.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Ramai yang beranggapan hidup mereka akan jadi lebih gembira jika mempunyai rumah dan kereta yang lebih besar.

Tapi, mungkin kebahagiaan itu cuma sementara sahaja.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Bila kebahagiaan itu bersifat sementara, jadi kita akan mula mencari benda lain pula untuk rasa gembira.

Bayangkan jika kitaran ini sentiasa berterusan? Mungkin sampai bila-bila kita akan rasa tidak cukup dan terperangkap di dalam kitaran hedonic treadmill ini.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Untuk mengelakkan daripada terus terperangkap di dalam kitaran hedonic treadmill, anda boleh mengurangkan sikap membandingkan diri dengan masyarakat sekeliling.

Dengan cara ini, anda tidak akan terlalu mengikut cara kehidupan orang lain.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Kalau kemahuan kita lebih tinggi daripada jumlah pendapatan, sampai bila-bila memang tak akan rasa cukup dengan wang yang ada.

Sebab itulah pentingnya juga untuk kita belajar menguruskan wang.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Mungkin anda boleh cuba beberapa cara berbelanja lain yang dapat memberi lebih banyak kepuasan kepada diri sendiri.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Selain itu, cuba amalkan sikap qanaah iaitu rasa cukup dengan apa yang kita ada dan perbanyakkan rasa syukur.

Kredit: Twitter @mohdkautharr

Ada yang upgrade kereta kerana jumlah keluarga bertambah

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen tweet tersebut.

Ada juga yang bercerita bahawa dia terpaksa menukar kereta baharu kerana jumlah ahli keluarganya yang semakin bertambah.

Kredit: Twitter @mohdkautharr
Kredit: Twitter @mohdkautharr

Kesimpulannya, tak salah nak upgrade beli kereta, rumah ataupun telefon baru. Yang penting kena pandai uruskan kewangan dan ikut kemampuan masing-masing.

Kalau boleh, janganlah terikut-terikut dengan orang di sekeliling kalau anda rasa tiada keperluan untuk tukar yang baru.

Biarlah hidup kita sederhana, asalkan kekal bahagia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd