Now Reading
Kos Sara Hidup Naik, Majoriti Rakyat Malaysia Pilih Buat ‘Side Income’

Kos Sara Hidup Naik, Majoriti Rakyat Malaysia Pilih Buat ‘Side Income’

Lebih separuh pekerja berpengetahuan (66%) di Malaysia memiliki sumber pendapatan yang kedua. Ia kadar paling tinggi dalam kalangan negara yang terbabit dalam Employment Hero’s Remote Work Report.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, cabaran ekonomi semasa pada ketika ini menyumbang kepada majoriti peratusan rakyat Malaysia mencari/melakukan kerja kedua bagi menjana ‘side income’ untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.

Menurut laporan Berita Harian, lebih separuh pekerja berpengetahuan (66%) memiliki sumber pendapatan yang kedua. Ia kadar paling tinggi dalam kalangan negara yang terbabit dalam Employment Hero’s Remote Work Report, antaranya Singapura (56%), Australia (51%), New Zealand (51%) dan United Kingdom (38%).

Menurut Laporan Kerja Jarak Jauh 2022 yang mengambil maklumat lebih 1,000 pekerja berpengetahuan, golongan Gen Z dan Millenial berusia antara 18 hingga 35 tahun adalah peneraju trend dengan 49% berusia antara 14 hingga 24 tahun dan 42% berusia antara 25 hingga 34 tahun mempunyai dua pekerjaan atau mengendali bisnes.


Kerja Kedua (Side Income) Tingkatkan Kualiti Kehidupan

Apa yang lebih menarik, individu yang mempunyai aliran pendapatan tambahan melihatnya sebagai positif dan 77% turut mengatakan bahawa ia meningkatkan kualiti kehidupan.

Masa tidak terbuang, wang pun boleh dijana. Kan?

Kebanyakan majikan (78%) juga percaya produktiviti golongan ini di tempat kerja tidak terkesan dengan mempunyai aliran pendapatan lain.

38% daripada mereka yang boleh menjalankan sumber pendapatan kedua semasa waktu kerja mengaitkannya dengan fleksibiliti bekerja dari jarak jauh atau secara hibrid.

Meskipun kebanyakan kakitangan bekerja dari rumah atau hibrid bermula dari 2020 hingga 2021 semasa PKP, pada ketika ini kita dapat menyaksikan 55% daripada mereka telah kembali ke pejabat sepenuh masa.

43% daripada mereka menyatakan ia disebabkan oleh arahan majikan.


Majoriti Rakyat Malaysia Pilih Bekerja Secara Hibrid/Jarak Jauh Sekurangnya Sekali Seminggu

Peneraju trend ini adalah golongan Gen Z (83%) yang berusia antara 18 hingga 24 tahun memilih untuk bekerja dari jarak jauh sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kerja dari jarak jauh dan hibrid juga dilihat lebih baik untuk keseimbangan kerja-kehidupan, kewangan peribadi dan mengelakkan perubahan iklim, membolehkan rakyat Malaysia membahagikan masa antara rumah dan kerja, menjimatkan makanan dan pengangkutan, selain mengurangkan pelepasan karbon daripada memandu.

Rakyat Malaysia juga percaya bahawa bekerja dari jauh menyokong kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman.

Mereka yang dikaji dalam kumpulan terpinggir, 60% bersetuju bahawa bekerja dari jauh melindungi mereka daripada diskriminasi dan 40% bekerja budaya di tempat kerja bertambah baik ketika mereka bekerja dari jarak jauh.


Kerja ‘Dipantau’ Oleh Majikan

Walau bagaimanapun, golongan yang berminat untuk bekerja dari jarak jauh dan hibrid turut menyedari bahawa aktiviti mereka dipantau.

61% pekerja berkata majikan menggunakan sistem pemantauan aktiviti atau penjejakan, termasuk algoritma menjejak produktiviti (24%), log rakaman video atau tangkap layar (12%) dan log kekunci (10%).

Gambar sekadar hiasan.

Bagaimanapun, pekerja Malaysia mempunyai pandangan paling positif serta tahap kepercayaan terhadap teknologi serta mesin pembelajaran di tempat kerja, berbanding dengan negara lain yang dikaji.

Ketua Pegawai Insan Employment Hero, Alex Hattingh menjelaskan bahawa terdapat keutamaan yang jelas pilihan pekerja berkemahiran di negara ini supaya dapat menjalankan kerja dari jarak jauh.

Terutamanya menggunakan modal hibrid dan membolehkan mereka memanfaatkan suasana di rumah dan pejabat.

Daripada semua negara yang dikaji dalam laporan kami, menarik disaksikan bahawa rakyat Malaysia menyerlah dengan melihat sumber pendapatan kedua sebagai positif, malah penting, sebagai tambahan kepada kehidupan mereka. Ia mencerminkan kesanggupan mereka mengambil cabaran dan menunjukkan keupayaan untuk mengimbangi pelbagai tanggungjawab tanpa menjejaskan produktiviti di tempat kerja. Majikan perlu bijak untuk mengingatinya, terutama apabila berurusan dengan generasi lebih muda di tempat kerja. Ini adalah generasi bakat muda, rajin yang tidak gentar untuk berhenti dan mencari peluang lain lebih fleksibel seandainya majikan mendesak mereka kembali kepada corak kerja lama yang tidak lagi sepadan dengan keperluan mereka.

Ketua Pegawai Insan Employment Hero, Alex Hattingh.

BACA JUGA: Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd