Now Reading
Ini Panduan Untuk Anda Yang Mahu Pulang Ke JB Dari Singapura Selepas Konsert Taylor Swift

Ini Panduan Untuk Anda Yang Mahu Pulang Ke JB Dari Singapura Selepas Konsert Taylor Swift

Perjalanan pulang dari Stadium Nasional Singapura ke Johor Bahru menaiki MRT dan bas adalah sekitar satu jam 45 minit.

panduan balik ke JB dari Singapura selepas konsert Taylor Swift

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, banyak persembahan konsert melibatkan artis antarabangsa telah dan akan berlangsung di Singapura.

Sebelum ini, konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour selama enam hari telah diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26, 27, 30, 31 Januari 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Coldplay Tambah Hari Ke-6 Di Singapura, Netizen Mula Beri Reaksi Kelakar

Pada bulan Mac nanti, Taylor Swift pula akan melakukan persembahan selama enam hari di Singapura bersempena dengan konsert jelajah antarabangsa ‘The Eras Tour’.

Baca Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai


Panduan Untuk Pulang Ke Johor Bahru Selepas Tonton Konsert Taylor Swift Dari Singapura

Memandangkan Taylor Swift tidak akan mengadakan konsert di Malaysia, pasti ramai peminat di negara ini akan menonton persembahan tersebut di Singapura.

Kepada anda yang bercadang untuk terus pulang ke Johor Bahru, Malaysia dari Singapura, seorang pengguna TikTok (@graciemgw) telah berkongsi video panduan untuk pulang ke JB menaiki MRT.

Panduan tersebut adalah seperti berikut:

  • Naik MRT di Stesen Stadium dan turun di Stesen Promenade.
  • Selepas tiba di Stesen Promenade, bergerak ke laluan Downtown dan naik MRT Bukit Panjang ke Stesen Stevens.
  • Turun di stesen Stevens, cari papan tanda ke platform Thompson-East Coast Line (TEL) dan naik MRT ke stesen Woodlands North.
  • Selepas tiba di stesen Woodlands North, keluar dari stesen dan cari hentian bas. Pilih laluan menunggu bas yang mempunyai servis bas bernombor 911 ke Woodlands Train Checkpoint.

Wanita ini juga menceritakan perjalanannya dari MRT Stadium bermula jam 10:45 malam dan mula menaiki bas yang tiba di stesen MRT Woodlands North pada jam 11:40 malam.

Selepas tiba di kastam Singapura di Woodlands, boleh turun ke bawah dan tunggu bas kod CW.

Kemudian, wanita ini tiba dengan selamat di JB sekitar jam 12:30 pagi.

https://www.tiktok.com/@graciemgw/video/7330226883432303879

Panduan Untuk Pergi Singapura Menaiki Tren KTM

Perjalanan balik sudah tahu, macam mana pula nak pergi ke Singapura dari JB? Antara pengangkutan yang anda boleh naiki dari Johor Bahru adalah tren KTM.

Perkara penting yang anda kena buat adalah menempah tiket tren KTM. Jom kami beri tunjuk ajar.

  1. Muat turun aplikasi KTMB Mobile untuk memudahkan urusan pembelian tiket kereta api secara atas talian.
  2. Klik pada ‘Shuttle Tebrau’ dan pilih JB Sentral sebagai lokasi berlepas dan Woodlands CIQ sebagai lokasi ketibaan.
  3. Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu kereta api berlepas kerana anda perlu beratur di kaunter untuk membolehkan pasport diimbas sebagai tiket di pintu masuk.
  4. Selepas turun di pintu masuk, bersedia untuk pemeriksaan kastam.
  5. Selesai beratur di bahagian kastam, anda akan keluar turun ke bahagian ruangan ketibaan kereta api.
  6. Pilih mana-mana tempat duduk di dalam kereta api.
  7. Tunggu sehingga kereta api bergerak untuk meneruskan perjalanan anda memasuki Singapura menerusi pintu masuk Woodlands.
  8. Selepas lima minit, kereta api akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint bagi membolehkan penumpang membuat pemeriksaan pasport dan imbasan barangan di bahagian imigresen.
  9. Selesai pemeriksaan imigresen, keluar dari kawasan Woodlands Train Checkpoint dan bergerak ke hentian bas.
  10. Naik bas kod CW01 ke Kranji dengan harga $1SGD (RM3.34) dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di hentian bas MRT Kranji.
  11. Selepas tiba di MRT Kranji, beli kad Ezlink dengan harga $10SGD (RM33.39) untuk membolehkan anda menaiki bas dan MRT di Singapura.

Nota: Kad Ezlink yang dibeli akan mempunyai wang $5SGD di dalamnya.

Difahamkan, pintu stadium untuk konsert Taylor Swift akan dibuka pada jam 6:00 petang. Kalau anda datang ke Singapura dan berjalan-jalan dulu pun okey juga.

Antara tempat menarik di Singapura adalah:

  • Universal Studios Singapore
  • Gardens by the Bay
  • Merlion Park
  • Haji Lane
  • Lapangan Terbang Changi

Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd