Now Reading
Ini 11 ‘Chants’ Yang Swifties Kena Hafal Sebelum Sertai Konsert Taylor Swift Di Singapura

Ini 11 ‘Chants’ Yang Swifties Kena Hafal Sebelum Sertai Konsert Taylor Swift Di Singapura

Konsert jelajah dunia Taylor Swift iaitu ‘The Eras Tour’ akan diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 2, 3, 4, 7, 8 dan 9 Mac 2024 ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mulai minggu ini, Singapura akan mula dibanjiri dengan para peminat penyanyi lagu ‘All Too Well’ iaitu Taylor Swift bersempena dengan konsert jelajah dunia yang bakal diadakan selama enam hari di negara republik tersebut.

Konsert jelajah dunia ‘The Eras Tour’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 2, 3, 4, 7, 8 dan 9 Mac 2024.

Siap ada yang rajin buat ‘friendship bracelets’ untuk saling bertukar-tukar dengan peminat yang lain semasa konsert nanti. Bestnya!


11 Jenis ‘Chants’ Yang Swifties Perlu Tahu

Selain anda menyanyi bersama-sama ketika berada di konsert ‘The Eras Tour’, ada beberapa jenis ‘chants’ yang dipraktikkan oleh para peminat untuk menjadikan persembahan konsert artis ini lebih menarik.

Kalau anda masih belum hafal ‘chants’ tersebut, masih ada masa lagi. Jom kami ajarkan beberapa ‘chants’ mengikut jenis lagu berbeza seperti berikut:

#1. Tepuk Dua Kali
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘You Belong With Me‘.

Lirik: ‘Oh, I remember you driving to my house / In the middle of the night / I’m the one who makes you laugh / When you know you’re ’bout to cry.’

Chant peminat: *tepuk dua kali*

#2. ‘Summon The Demons’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Willow‘.

Lirik: ‘But I come back stronger than a ’90s trend.’

Chant peminat: ‘Summon the demons, b*tch.’

#3. ‘1, 2, 3, Let’s Go B*tch’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Delicate‘.

Lirik: ‘This ain’t for the best / My reputation’s never been worse, so / You must like me for me / We can’t make any promises / Now can we, babe? / But you can make me a drink.’

Chant peminat: One, two, three, let’s go b*tch!’

#4. ‘F*ck The Patriachy’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘All Too Well (10 Minutes Version).

Lirik: ‘And you were tossing me the car keys…’

Chant peminat: ‘F*ck the patriarchy!’

#5. ‘How’d That Make You Feel?’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘All Too Well (10 Minutes Version).

Lirik: ‘You said if we had been closer in age maybe it would have been fine.’

Chant peminat: ‘How’d that make you feel?’

#6. ‘What Time Is It?’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Style’.

Chant peminat: ‘What time is it?’

Lirik: ‘Midnight / You come and pick me up, no headlights.’

#7. ‘Sydney’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Black Space‘.

Lirik: ‘Boys only want love if it’s torture.’

Chant peminat: ‘Sydney!’

#8. ‘You Forgive, You Forget, But You Never Let It Go’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Bad Blood‘.

Lirik: ‘Band-Aids don’t fix bullet holes / You say sorry just for show / If you live like that, you live with ghosts.’

Chant peminat: ‘You forgive, you forget, but you never let it go.’

#9. ‘Hey, Stop’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Bad Blood‘.

Lirik: ‘Cause baby, now we’ve got bad blood.’

Chant peminat: ‘Hey, stop!’

#10. ‘Taylor, You’ll Be Fine’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Anti-Hero‘.

Lirik: ‘Did you hear my covert narcissism I disguise as altruism / Like some kind of congressman?’

Chant peminat: “Taylor, you’ll be fine.”

#11. ‘Karma Is The Guy On The Chiefs’
Sumber: Instagram @taylorswift

‘Chant’ ini akan dilakukan semasa persembahan lagu ‘Karma‘.

Lirik: ‘Sweet like justice, karma is a queen / Karma takes all my friends to the summit.’

Chant peminat: ‘Karma is the guy on the Chiefs.’


Kalau anda nak tengok contoh bagaimana ‘chants’ itu dilakukan, boleh tonton video di bawah:


Persediaan Sebelum Bergerak Ke Konsert The Eras Tour Di Singapura

Bagi memastikan pengalaman anda di Singapura sempena konsert ‘The Eras Tour’ menjadi kenangan yang indah, berikut adalah beberapa persediaan yang perlu dilakukan:

Pakaian Mengikut Tema
Sumber: Eras Tour Wardrobe

Kepada para Swifties yang akan ke konsert The Eras Tour nanti, jangan lupa untuk rancang ‘outfit’ anda mengikut tema dalam mana-mana muzik Taylor Swift.

Nak pakai macam dalam album ‘Midnights’ pun cantik juga.

Tapi kalau anda masih keliru dan tak tahu nak menggayakan pakaian, jangan risau! Ada satu laman web yang anda boleh rujuk untuk mendapatkan inspirasi.

Dengan hanya klik [DI SINI], confirm anda dah tak pening nak pilih ‘outfit’.

Destinasi Pelancongan Dengan Tema ‘The Eras Tour’
Sumber: Farahin Fadil/ TRP

Alang-alang sudah berada di Singapura, pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersiar-siar di lokasi pelancongan seperti Haji Lane. Boleh ambil gambar dengan tema ‘The Eras Tour’ di studio gambar di sana.

Bukan itu sahaja, terdapat ‘pool party’ di Adventure Cove Waterpark bertempat di Resort World Sentosa yang boleh menjadi lokasi anda berkenalan dengan Swifties yang lain sambil bersama-sama menyanyikan lagu Taylor Swift yang dipasang.

Tapi kalau anda tengah dalam bajet yang rendah, ada juga lokasi yang membolehkan anda rasa seolah-olah berada di dunia ‘The Eras Tour’ iaitu di sekitar Gardens By The Bay dan Marina Bay Sands.

Pengangkutan
Sumber: Nothing Familiar

Beberapa hari sebelum bergerak menuju ke Singapura, pastikan anda memuat naik aplikasi MyICA dan mengisi maklumat untuk ‘Arrival Card’.

Untuk memudahkan lagi pergerakan menggunakan pengangkutan awam di Singapura, anda boleh membeli pas pelancong di mana-mana kaunter stesen MRT.


Kepada Swifties yang tidak sabar untuk menonton persembahan Taylor Swift di konsert ‘The Eras Tour’ tidak lama lagi, jangan lupa rakam video dan ambil gambar banyak-banyak okey?

Have fun!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Untuk Anda Yang Mahu Pulang Ke JB Dari Singapura Selepas Konsert Taylor Swift

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura

Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd