Now Reading
Talitha Tan Kesal Tak Sempat Buat Persembahan ‘Tribute’ Untuk Arwah Ibunya Di Good Vibes Festival 2023

Talitha Tan Kesal Tak Sempat Buat Persembahan ‘Tribute’ Untuk Arwah Ibunya Di Good Vibes Festival 2023

Talitha Tan sepatutnya dijadualkan untuk membuat persembahannya pada hari ketiga Good Vibes Festival 2023 (GVF2023).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembatalan serta-merta bagi seluruh Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) yang dianjurkan oleh Future Sound Asia menjadi perbualan ramai selepas vokalis kumpulan British The 1975, Matty Healy melakukan kontroversi.

Ketika melakukan persembahan konsert di GVF 2023, Matty mengeluarkan ucapan yang penuh dengan kata-kata menentang kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang LGBT.

Bukan itu sahaja, Matty selepas itu bertindak mencium pemain bass The 1975 iaitu Ross McDonalds, memegang botol arak dan meludah di hadapan ribuan peminat dari Malaysia.

Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Tindakan itu membuatkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengarahkan pihak penganjur menghentikan acara tersebut untuk hari kedua dan ketiga.

Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023

Artikel Berkaitan: Kementerian Komunikasi & Digital Buat Laporan Polis Terhadap Penganjur GVF2023 Atas Kecuaian Patuhi Peraturan PUSPAL


Talitha Tan Kesal Tak Sempat Lakukan Persembahan Istimewa Bagi Mengingati Pemergian Ibunya

Susulan pembatalan GVF2023, ramai artis tempatan dan antarabangsa yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat melakukan persembahan mereka di Malaysia.

Antara penggiat seni yang tampil meluahkan rasa kecewa dengan pembatalan tersebut adalah seorang penyanyi dan penulis lagu dari Kuala Lumpur iaitu Talitha Tan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories milik Talitha (@talithabe), dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan dilakukan oleh Matty sehingga menyebabkan pembatalan GVF2023.

Jelasnya, dia sepatutnya melakukan persembahan pada hari ketiga GVF2023 dan mahu menyanyikan lagu khas bagi mengingati pemergian ibunya yang baru sahaja meninggal dunia akibat kejadian lemas di Kuala Kubu Baru (KKB)

Kepada semua peminat saya yang mahu menonton persembahan saya pada hari Ahad di GVF, saya minta maaf. Persembahan untuk mengingati ibu saya dan kepada sesiapa yang pernah merasai kehilangan orang tersayang. Saya minta maaf saya tak dapat nak dedikasikan persembahan ini untuk Mummy.

Talitha Tan.

Talita juga telah menghantar pesanan mesej (DM) kepada Healy di laman Instagram (@trumanblack) bagi meluahkan kemarahannya dan berharap vokalis itu menyedari kesan daripada tindakan dilakukannya di GVF2023.


Netizen Beri Kata-kata Semangat Dan Sokongan Kepada Talitha Tan

Kesedihan yang diluahkan oleh Talitha itu turut dirasai oleh netizen dengan memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut.

Malah, mereka juga mengutuk perbuatan yang dilakukan oleh Matty dan menganggap tindakan untuk menegakkan isu LGBT di negara Islam adalah tidak sewajarnya dilakukan.


Matty Healy Dipercayai Tidak Kesal Dengan Kontroversi Dilakukan Di Good Vibes Festival 2023

Selepas melakukan aksi tidak senonoh di atas pentas ketika Good Vibes Festival 2023, The 1975 mengambil keputusan untuk membatalkan juga pesembahan mereka di Jakarta dan Taipei.

Bukan setakat itu sahaja, Matty juga dikatakan tidak menyesal dengan perbuatan yang dilakukan apabila vokalis berkenaan dilihat seolah-olah mengejek Malaysia menerusi gambar ‘meme’.

Sumber: Instagram @trumanblack

Selain itu, dia juga didakwa membalas pesanan mesej yang dihantar oleh seorang influencer Malaysia menerusi laman Instagram (@trumanblack) dengan kata-kata kesat.

Sumber: Instagram @luqmanpodolski

Berikutan itu, seorang peguam iaitu Mathew Thomas Philip menawarkan khidmat secara pro bono bagi mewakili artis tempatan yang mahu menuntut kumpulan The 1975 atas pembatalan disebabkan oleh mereka sehingga menjejaskan penggiat seni yang lain.

Artikel Berkaitan: Barisan Peguam Tawar Khidmat Pro Bono Buat Artis Tempatan & Vendor Untuk Saman The 1975 Kes Pembatalan GVF2023

Para peguam terlibat juga memaklumkan bakal mengadakan penemuan secara bersemuka (townhall) bersama barisan artis tempatan serta vendor-vendor yang terkesan akibat pembatalan konsert berkenaan.


Apa Yang Berlaku Kepada Ibu Talitha Tan?

Ibu kepada Talitha dilaporkan meninggal dunia pada bulan 21 Jun lalu selepas dipercayai hilang di air terjun Kampung Orang Asli Pertak berhampiran Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Memetik laporan The Star, ibu kepada Talitha iaitu Jenny Wong bersama seorang lagi wanita warganegara China bernama Yuan Ling didapati lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa sedang mandi di air terjun itu.

Mayat pertama yang ditemui adalah Ling pada kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian manakala mayat ibu kepada Talitha pula dijumpai 50 meter dari lokasi mayat pertama.

Sumber: Instagram | The Star


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd