Now Reading
[Video] Jiran Selamba Buang Najis Kucing Dari Tingkat Atas Kondominium

[Video] Jiran Selamba Buang Najis Kucing Dari Tingkat Atas Kondominium

Difahamkan, wanita itu juga telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kondominium selepas melihat seorang jiran membuang najis kucing ke tingkat bawah.

[Video] Jiran Selamba Buang Tahi Kucing Dari Tingkat Atas Kondominium

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila hidup berjiran, masing-masing kena ada sifat bertoleransi dan saling memahami antara satu sama lain.

Antara adab berjiran adalah kita tidak boleh membuka muzik atau suara di televisyen terlalu kuat sehingga mengganggu jiran-jiran yang lain terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.

Selain itu, bab kebersihan pun penting juga sebab ada sesetengah jiran yang sengaja membiarkan plastik sampah berhari-hari di hadapan rumah dan tidak mahu turun membuang ke dalam tong sampah sehingga menghasilkan bau busuk.

BACA JUGA: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis

BACA JUGA: Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati

Sumber: Sinar Harian

Jiran Campak Najis Kucing Peliharaan Ke Arah Pokok Depan Kondominium Di Beranda

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@tyraulfa1), wanita ini dipercayai tinggal di sebuah kondominium bengang selepas melihat aksi jiran di tingkat bawah yang tidak beretika.

Mana tidaknya, lelaki itu dilihat selamba membuang najis kucing peliharaannya dari tingkat atas ke bawah dengan mencampaknya ke arah pokok berhadapan kondominium tersebut.

Bukan itu sahaja, dia juga sempat menapis pasir di dalam bekas najis kucing itu sambil debu-debu pasir berterbangan ke udara.

Sikap jirannya itu membuatkan wanita tersebut agak risau sekiranya najis berkenaan jatuh ke bawah dan terkena pada mana-mana penduduk lain.

Saya pun bela kucing tapi tak ada pula macam ni. Pergilah buang dalam plastik selepas itu buang dalam tong sampah. Ada ke patut buang najis kucing kat bawah.

Pengguna TikTok, Tyra Ulfa.

Di akhir video tersebut, wanita itu mengajukan persoalan tentang tindakan yang perlu dilakukan terhadap jiran seperti itu.

Video berkenaan telah meraih 47,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai Netizen Bengang Tengok Sikap Jiran Selamba Buang Najis Kucing Dari Tingkat Atas

Di ruangan video tersebut, ramai netizen memberi reaksi kurang senang selepas melihat sikap jiran tersebut yang sesuka hati membuang najis kucing dari beranda rumahnya ke tingkat bawah kondominium.

Boleh tahan ramai juga yang bengang tengok perangai jiran tersebut.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang memberi beberapa cadangan untuk dilakukan terhadap lelaki berkenaan. Antaranya menjirus air dari tingkat atas dan memberi teguran dari tingkat atas.

Difahamkan, wanita itu juga telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kondominium tersebut.


Sebelum ini, kejadian yang hampir sama pernah berlaku di sebuah kediaman bertingkat di Singapura di mana seorang jiran menjemur daging khinzir di ampaian baju.

Namun keadaan menajdi lebih teruk apabila titisan air dari jemuran daging khinzir itu terkena pada pakaian di rumah bawah.

BACA JUGA: Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian


Apa Akan Berlaku Jika Anda Mengganggu Ketenteraman Jiran?

Ada juga sesetengah jiran yang tidak menghormati ketenteraman penduduk di sekeliling. Bila ada jiran seperti ini, kita pun kurang senang dan terpaksa menegur mereka.

Tetapi tidak semua boleh menerima teguran dengan baik. Disebabkan itu juga, berkemungkinan jiran itu akan bermasam muka dan tidak lagi mahu bertegur.

Ada yang siap parking kereta mereka di hadapan rumah jirannya. Paling teruk lagi, ada juga yang menyidai jemuran baju di atas lima pagar rumah yang berbeza.

BACA JUGA: “Kereta Siapa Ni?” – Tuan Rumah Balik, Siap Ada Myvi Parkir Dalam Pagar

BACA JUGA: Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah

Dari segi undang-undang, anda boleh membuat laporan tentang isu tersebut kepada pihak polis di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang membolehkan pesalah dikenakan denda maksimum RM100.

Tetapi untuk penghuni rumah strata pula, anda perlu membuat laporan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.

Sumber: InTtrend

Dalam agama Islam pun, kita diajar untuk saling menghormati jiran dan berbuat baik dengan mereka.

Sebab itu Rasulullah SAW berpesan: Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” (Riwayat Muslim).

Jadi berbuat baiklah dengan jiran-jiran anda, okey?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd