Now Reading
Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian

Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian

Pada awalnya, penduduk bernama Tan itu menganggap mungkin kotoran itu datang daripada minuman kopi dan tidak menyangka ianya dari jemuran daging khinzir di tingkat atas.

Farahin Fadzil
Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila hidup berjiran, masing-masing kena ada sifat bertoleransi dan saling memahami antara satu sama lain.

Antara adab berjiran adalah kita tidak boleh membuka muzik atau suara di televisyen terlalu kuat sehingga mengganggu jiran-jiran yang lain terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.

Sebelum ini juga pernah terjadi kes di mana kediaman beberapa penduduk terjejas sehingga dinding berkulat selepas jiran mereka memasang sembilan pendingin hawa di rumahnya.

BACA JUGA: Jiran Buka 9 Aircond Di Rumah, Penghuni Lain Bengang Dinding Tompok Kulat & Lantai Basah

Lelaki-Pasang-9-Aircond-Dalam-Rumah-Jadi-Punca-Kediaman-Lain-Ada-Tompok-Kulat
Sumber: Shin Min Daily News

Jiran Tingkat Atas Jemur Daging Khinzir Sehingga Menitis Terkena Baju Di Ampaian Bawah

Baru-baru ini, seorang penduduk flat di Singapura menceritakan satu kejadian yang berlaku semalam (15 Januari) ketika di sedang melihat jemuran di ampaian rumah.

Menurut sumber Mothership, penduduk tersebut agak terkejut selepas melihat pakaiannya di ampaian mempunyai kototan cecair berwarna coklat.

Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian
Sumber: Mothership

Pada awalnya, penduduk bernama Tan itu menganggap mungkin kotoran itu datang daripada minuman kopi.

Tetapi selepas dilihat semula, cecair itu jatuh dari ampaian jirannya di tingkat atas yang sedang menjemur beberapa keping daging khinzir.

Perkara ini pertama kali berlaku kepada saya sejak 14 tahun saya tinggal di flat ini.

Tan.

Disebabkan sudah lama tinggal di situ, Tan juga sudah mengenali jiran yang bertanggungjawab terhadap perkara tersebut dan ingin menegur mereka.

Namun, Tan hanya memberi teguran kepada jirannya itu tentang perkara lain dan bukan berkaitan titisan air dari jemuran daging khinzir tersebut kerana mereka dilihat seperti individu yang kurang mesra.

Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian
Sumber: Mothership

Walau bagaimanapun, Tan bercadang untuk membuat laporan berkaitan masalah tersebut kepada Majlis Perbandaran Chua Kang yang mengendalikan bandar tersebut pada hari ini (16 Januari).


Sebagai jiran lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di rumah flat atau kondominium, kita tidak boleh melakukan sebarang perkara sesuka hati meskipun di kawasan kediaman masing-masing.

BACA JUGA: Lelaki Didakwa Campak 3 Kucing Jiran Dari Tingkat 15 Kini Ditahan Polis

BACA JUGA: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis

Kalau menjemur baju di ampaian, pastikan ianya sudah diperah sehabis mungkin supaya tidak menitik dan membasahi pakaian jiran di tingkat bawah.

Situasi yang berlaku seperti di Singapura ini iaitu jiran menjemur daging khinzir juga boleh mengganggu jiran beragama Islam kerana dikhuatiri akan menjejaskan pakaian mereka untuk melakukan solat dalam keadaan suci.

Menurut penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, pakaian yang terkena percikan air yang meragukan adalah tidak sah untuk dibawa solat dan wajib digantikan semula jika sudah melakukan solat dalam keadaan teragak-agak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd