Now Reading
Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati

Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati

Warga emas berusia 62 tahun mengaku tidak bersalah menembak seekor kucing milik jirannya menggunakan pistol angin sehingga mati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang lelaki warga emas berdepan dua pertuduhan di mahkamah dan salah satu daripadanya membabitkan pembunuhan kucing peliharaan milik jirannya.

Memetik laporan Astro Awani, suspek iaitu Aziz Tambi berusia 62 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, Melaka hari ini (30 November) atas tuduhan menembak mati seekor kucing jirannya menggunakan pistol angin.

Kejadian itu berlaku pada 18 Jun lalu sekitar jam 2:30 petang di sebuah kediaman di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai, Melaka.

Pertuduhan tersebut didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Darmafikri Abu Adam menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Januari 2023.

Tertuduh Juga Didakwa Atas Kesalahan Miliki Senjata

Sementara itu di mahkamah berasingan di hadapan Majistret Nabilah Nizam, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senapang angin tanpa lesen yang sah.

Sumber: Suara Merdeka

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan sebutan semula kes ditetapkan pada hari yang sama dengan pertuduhan terdahulu.

Peguam Ishak Kari mewakili tertuduh dalam kedua-dua kes ini.

BACA JUGA: Lelaki Didakwa Campak 3 Kucing Jiran Dari Tingkat 15 Kini Ditahan Polis

BACA JUGA: Jiran Selamba Langgar Kucing Orang Lain Di Tengah Jalan Sehingga Cedera


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd