“Kereta Siapa Ni?” – Tuan Rumah Balik, Siap Ada Myvi Parkir Dalam Pagar
Ramai pengguna Facebook yang merasakan perbuatan tersebut adalah sangat tidak bertimbang rasa dan kurang ajar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Jika orang yang tidak dikenali meletakkan kereta berhampiran dengan rumah anda, perkara itu sebenarnya langsung tidak menyalahi undang-undang.
Malah, walaupun anda bertindak untuk menghubungi polis – mereka tidak akan melakukan apa-apa kerana tiada sesiapa yang melakukan kesalahan dengan meletak kereta di kawasan perumahan.
Tetapi apakah yang perlu anda lakukan apabila kereta orang yang tidak dikenali diletakkan di dalam rumah anda?
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook terpaksa bertanya dalam group WhatsApp kawasan kejiranannya selepas mendapati sebuah Perodua Myvi milik orang yang tidak dikenali diletakkan di dalam rumahnya (dalam pagar, bukan di luar).
Kejadian itu menjadi semakin tular selepas ia dikongsi di Facebook.

Tempat Letak Kereta Sentiasa Menjadi Topik Perbalahan
Netizen mengecam tindakan nekad pemilik kereta itu yang dianggap melampau. Mereka juga menganggap tindakan itu sebagai menceroboh kawasan orang lain.
Ada yang berkata situasi sebegitu kerap berlaku terutamanya jika tuan rumah jarang berada di rumah.

“Bagaimana Cara Untuk Menghalang Orang Lain Daripada Meletakkan Kereta Di Sebelah Rumah Saya?”
Satu cara untuk menghalang seseorang daripada meletak kenderaan di ruang anda atau menyekat jalan masuk anda adalah dengan memasang papan tanda & kon lalu lintas.
Untuk lebih berkesan, anda boleh meletakkan papan tanda “Dilarang Letak Kereta” dan kon lalu lintas untuk bertindak sebagai penghalang kepada orang yang meletak kenderaan di hadapan rumah anda.
Memandangkan jalan awam adalah “awam”, tiada siapa yang berhak untuk menempah ruang (reserve) di hadapan rumahnya.
Meskipun perkara tersebut sememangnya tidak menyalahi undang-undang untuk meletakkan kereta di hadapan rumah orang lain, perbuatan itu sudah tentu menunjukkan kelakukan yang tidak bertimbang rasa.
Sebaliknya, tindakan “chup” tempat letak kereta adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kalau jadi dkt my area , mmg kena sembur chop parking beriya tapi hutang maintenance beribu tak reti nak bayar lol 🙄 https://t.co/v3xnoDIqod
— Syazzy (@syzliena) May 20, 2022
Bagaimana Cara Meminta Jiran Untuk Mengalihkan Kereta Mereka?
Tulis nota peribadi untuk meminta jiran anda dengan sopan memindahkan kenderaan mereka keluar dari tempat letak kereta anda.
Selalunya apabila mereka sudah terbaca nota tersebut, mereka akan mengalihkan kereta dan mungkin berasa bersalah dengan apa yang dilakukan.
Bagi mereka yang ingin membuat aduan, mereka boleh menghantar butiran melalui saluran berikut:
- WhatsApp ke 011-5111 5252.
- E-mel aduantrafik@jpj.gov.my.
- Hubungi 03-88886412.
Selain itu, orang ramai boleh mengemukakan aduan pelanggaran lalu lintas melalui aplikasi e-Aduan@JPJ.
#BuletinBernama: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan sebanyak 245 aduan yang dilaporkan orang ramai melalui aplikasi e-Aduan@JPJ sepanjang tempoh Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu sempena Aidilfitri yang bermula 29 April lepas.https://t.co/1o26ipvV7l
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 9, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.