Duit Dalam Bank Boleh Dicuri Oleh Scammer Di Facebook, Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa
Difahamkan ramai yang menjadi mangsa apabila duit di dalam akaun bank mereka ditolak beberapa kali dipercayai selepas maklumat di Facebook digodam oleh scammer.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai taktik baharu yang cuba digunakan oleh scammer untuk mencuri maklumat serta wang orang ramai di dalam akaun bank. Tahu-tahu je duit dalam bank tinggal dua angka, memang merisaukan!
Sangat bahaya ya sekiranya maklumat anda sudah terdedah kepada scammer kerana mereka boleh melakukan apa sahaja dan menyebabkan hidup anda terganggu.
Nak transfer duit secara atas talian pun kadang kala agak ‘paranoid’ kerana wujud laman web palsu yang dicipta sendiri oleh scammer untuk mengambil maklumat mangsa.
BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan
BACA JUGA: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’
Cara Untuk Tutup Tetapan Di Facebook Supaya Data Tidak Dicuri Oleh Scammer
Baru-baru ini, ramai yang dikatakan menjadi mangsa scammer selepas transaksi di dalam akaun bank mereka menunjukkan wang ditolak beberapa kali menerusi platform Facebook.
Kejadian ini dipercayai berpunca daripada scammer yang mencuri data daripada pengguna Facebook
Berikutan itu, seorang pengguna TikTok (@dinosdono) yang juga menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini memberi panduan kepada orang ramai untuk menyahaktifkan beberapa tetapan di Facebook supaya tidak menjadi mangsa scammer.
Cara-caranya adalah:
- Klik pada ‘Setting’.
- Cari ‘Media and Contacts’
- Klik pada ‘Device Setting’.
- Cari tetapan ‘Browser’ dan klik ‘Clear Data’.
- Tutup butang tetapan ‘Auto-fill contacts form’ dan ‘Autfo-fill payment forms’.

Cara Untuk Dapatkan Semula Duit Dalam Bank Jika Dicuri Oleh Scammer
Bila tengok baki duit dalam akaun bank tiba-tiba berkurang tanpa mengetahui punca sebenar, mesti ramai yang akan risau, betul tak? Lebih-lebih lagi jika ekonomi anda tidak berapa stabil dan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Oleh kerana kegiatan jenayah scammer ini semakin berleluasa, seorang pegawai polis iaitu Asisten Komisioner Polis (ASP) Rahmat Fitri bin Abdullah telah berkongsi cara untuk mendapatkan semula wang anda sekiranya penjenayah berjaya mengeluarkannya dari akaun bank.
Cara-caranya adalah:
- Buat laporan di talian 997.
- Talian 997 amat berguna untuk anda membuat laporan dengan menjelaskan perkara yang terjadi.
- Selepas aduan dibuat, kesemua bank akaun anda akan disekat termasuklah akaun milik scammer bagi mengelakkan lebih banyak wang dicuri.
- Semak MULE CCID
- Semak nombor akaun bank atau nombor telefon meragukan yang menghubungi anda di SEMAKMULE bagi memastikan sama ada pihak tersebut adalah penjenayah atau tidak.
Ingat ya, paling penting jangan kongsikan nombor TAC, nombor kad pengenalan atau nombor pin bank kepada sesiapa. Bahaya!
BACA JUGA: Duit Dalam Bank Kena Curi Dengan Scammer? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula

Langkah Penting Untuk Elak Ditipu Oleh Scammer
Pengetahuan tentang menjaga keselamatan maklumat peribadi sangatlah penting supaya anda tidak menjadi mangsa scammer sehingga menyebabkan wang anda dicuri untuk tujuan tidak sepatutnya.
Ini kerana kebanyakan scammer menggunakan mesej yang meyakinkan, profil palsu dan taktik pancingan data untuk memperdaya mangsa mereka.
Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan anda ditipu oleh scammer adalah:
- Berhenti dan berfikir sebelum membuat sebarang tindakan.
- Membuat semakan sama ada mesej yang dihantar adalah daripada individu tidak dikenali.
- Block dan laporkan akaun yang tidak dikenali.
- Menetapkan Two-Step Verification.
- Mendapatkan bantuan komuniti setempat untuk bertanya sekiranya ada perkara yang mencurigakan.
BACA JUGA: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!
BACA JUGA: MILO Beri Respon Tentang Isu Link Palsu, Konon Anjur Peraduan & Menang Wang Tunai
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.