Now Reading
Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan

Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan

Scammer akan menggunakan bukti rakaman panggilan video membuat benda tidak senonoh tersebut untuk mengugut mangsa membayar sejumlah wang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sudah semakin canggih, namun jenayah penipuan masih berleluasa di seluruh dunia. Ada sahaja taktik yang digunakan untuk membuat mangsa ‘jatuh’ di tangan mereka.

Kebanyakan taktik digunakan oleh scammer adalah dengan membuat pautan palsu yang membolehkan mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi seperti bank milik mangsa.

Akibatnya, mangsa terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan ribu ringgit akibat kegiatan scammer.

BACA JUGA: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’

Scammer guna taktik video call sambil buat benda tidak senonoh untuk ‘jatuhkan’ mangsa

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pemilik syarikat konsultansi di laman Facebook miliknya (AMAR), lelaki ini memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak melayan sebarang panggilan video daripada nombor yang tidak dikenali.

Menurutnya, scammer itu akan membuat panggilan video sambil membuat perkara tidak senonoh sebelum merakamnya ketika mangsa mengangkat panggilan tersebut.

Sumber: Bangalore Mirror

Dengan cara ini, scammer akan menggunakan bukti rakaman tersebut untuk mengugut mangsa membayar sejumlah wang sekiranya enggan diri mereka kononnya didakwa mempunyai skandal.

Ramai terkejut dengan taktik baru scammer

Hantaran dimuat naik itu sudah pasti membuatkan ramai pengguna media sosial terkejut dengan taktik baru oleh scammer.

Ada je idea mereka untuk menipu orang ramai.

Ada juga yang mendakwa mereka pernah mendapat panggilan video daripada scammer yang sedang membuat perkara tidak senonoh.

Selepas ini kena lebih berhati-hati kalau nak angkat sebarang panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Nak tekan pada mana-mana pautan yang dihantar pun fikir dua tiga kali dulu.

BACA JUGA: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd