Now Reading
[Video] Nyaris Kena Scam Hampir RM10K, Wanita Ini Kongsi Kisah & Pengajaran Buat Orang Ramai

[Video] Nyaris Kena Scam Hampir RM10K, Wanita Ini Kongsi Kisah & Pengajaran Buat Orang Ramai

Menurut wanita dikenali sebagai Shahirah, dia hampir ditipu sebanyak 2,750 SGD (RM9,731) kerana tidak membaca mesej OTP diterima terlebih dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes scam bukan lagi satu perkara asing yang berlaku dalam kalangan masyarakat termasuklah golongan dewasa serta muda.

Menerusi kecanggihan teknologi moden pada masa kini, pihak tidak bertanggungjawab (scammer) telah menggunakan pelbagai taktik penipuan bagi mengaut keuntungan.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki ditipu RM5,000 selepas membeli kasut Nike Air Jordan berharga RM135 menerusi Instagram. Mangsa dikatakan hanya menyedari ditipu selepas penjual terbabit meminta cas tambahan dan mendakwa barang tersebut dirampas oleh polis dan imigresen.

Baca Artikel Berkaitan: Niat Nak Beli Kasut Nike Air Jordan RM135, Sekali Ditipu RM5,000


Wanita Kongsi Kisah Hampir Kena Scam Sebanyak 2,750 SGD (RM9,731)

Namun baru-baru ini, satu lagi jenis scam berlaku melibatkan pautan mesej palsu daripada sebuah pengendali perkhidmatan telefon bimbit.

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@shahirahshahs), wanita dikenali sebagai Shahirah itu berkata dia hampir kena scam sejumlah 2,750 Dolar Singapura (SGD) iaitu bersamaan dengan RM9,731.28.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Taktik scam tersebut bermula apabila Shahirah menerima mesej di telefonnya. Wanita itu pada awalnya menyangka bahawa pesanan berkenaan adalah sahih seperti mesej-mesej biasa yang pernah diterima sebelum ini.

Mesej tersebut memaklumkan bahawa Shahirah mempunyai sebanyak 3022 points terkumpul yang belum ditebus sebelum ia tamat tempoh. Oleh disebabkan mesej yang kelihatan sahih, wanita itu kemudian menekan link berkenaan.

Sumber: TikTok (@shahirahshahs)

Daripada pautan yang dilayari, ia menunjukkan beberapa peranti dan produk yang boleh ditebus olehnya dengan harga serendah RM1 sahaja termasuklah air fryer. Berminat dengan faedah diterima, Shahirah kemudian menyertakan maklumat kad kredit untuk proses pembayaran.


Tak Baca Mesej OTP Diterima

Namun lain pula yang terjadi apabila dia tidak dapat memasukkan nombor OTP (Kata Laluan Sekali Guna) walaupun sudah banyak kali menerima kata laluan yang baru.

Jelas wanita berkenaan, dia terus memasukkan nombor OTP yang keluar pada notifikasi telefon di bahagian atas skrin telefon tanpa membuka mesej dan membacanya terlebih dahulu.

Berasa musykil dengan situasi tersebut, Shahirah membaca mesej OTP diterima dengan lebih terperinci dan menyedari bahawa scammer itu telah mencuba untuk menolak sejumlah wang yang banyak daripada kad kredit miliknya.

I buka balik mesej OTP tu, baca semua. Dia (mesej) kata tolak 2,000 SGD. Sebelum itu, yang saya banyak kali (masukkan nombor OTP) tu, dia tolak banyak Singapore Dollar.

Shahirah.

Tak Berjaya Scam Kerana Jumlah Melebihi Had Kad Kredit

Susulan itu, Shahirah terus menghubungi pihak bank untuk menyekat segala aktiviti daripada akaun miliknya selain mahu membuat kad baru.

Selepas seketika, wanita tersebut menyedari bahawa scammer tersebut tidak berjaya mengaut wang daripadanya kerana jumlah yang mahu ditolak oleh scammer adalah melebihi had dan baki kad kredit berkenaan.

Di akhir perkongsian tersebut, Shahirah mengingatkan orang ramai agar sentiasa cakna tentang mesej OTP diterima dan membacanya terlebih dahulu sebelum memasukkan nombor tersebut di mana-mana pautan.

https://www.tiktok.com/@shahirahshahs/video/7340249928561741076

Tips Elak Kena Tipu Dengan Scammer

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini pernah memberi peringatan kepada orang untuk sentiasa berhati-hati ekoran kes scam yang semakin meningkat pada masa kini.

Sumber: Unsplash

Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya link pendek bit.ly.
  • Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
  • Elak kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
  • Muat naik aplikasi true caller untuk mengesan nombor scammer.

Hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Hati-hati! Teknik Terbaru Scammer, Menyamar Jadi Kurier Untuk Hantar Fail APK Di Aplikasi Perbualan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd