Now Reading
Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!

Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!

Jika anda menerima sebarang teks yang mencurigakan, jangan bertindak secara melulu. Berhenti dan ‘take five’ sebelum membalas.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.


Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan peningkatan dalam jumlah penipuan dalam talian, melalui e-mel, telefon, platform pemesejan dan SMS.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penipuan (scam) telah meningkat daripada 17,000 pada 2020 kepada lebih 20,000 pada 2021. Antara bulan Januari dan Julai pada 2022 sahaja, 12,092 kes dilaporkan dengan kerugian RM414.8 juta.

Malangnya, ramai orang menjadi mangsa penipuan kerana scammer menggunakan mesej yang meyakinkan, profil palsu dan taktik pancingan data untuk memperdaya mangsa mereka.

BACA JUGA: Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar

scammer
Scammer juga berkemungkinan besar akan meminta maklumat peribadi seperti kata laluan dan kod pengesahan, butiran kad kredit atau menarik pengguna untuk klik terus pada ‘malicious links’ atau memuat turun lampiran berbahaya.
(Gambar sekadar hiasan)

Oleh itu, adalah penting untuk kita semua agar mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak terjerumus dalam lembah penipuan dan menjadi mangsa scammer di luar sana.

Berikut ialah beberapa petua untuk rakyat Malaysia kekal selamat daripada penipuan pemesejan (melalui SMS, platform pemesejan atau media sosial) dan untuk melindungi rakan serta ahli keluarga.


1. Tips Lindungi Diri Daripada Scammer: Berhenti & Berfikir Sebelum Bertindak.

scammer

Scammer selalunya akan menimbulkan rasa tergesa-gesa palsu dan memperdaya segelintir individu yang tidak curiga supaya menyerahkan maklumat sensitif.

Mereka juga sering menggunakan indentiti palsu (berpura-pura menjadi salah seseorang pekerja syarikat atau organisasi yang anda percayai) dan sering menghantar pautan pancingan data palsu.

Apabila anda menerima teks atau permintaan yang mencurigakan, jangan bertindak secara melulu. Berhenti dan ‘take five’ sebelum anda membalas. Anda juga disarankan untuk berfikir terlebih dahulu jika ini permintaan luar biasa dan elakkan mengklik pautan yang mencurigakan.

2. Tips Lindungi Diri Daripada Scammer: Semak Semula Sama Ada Mesej Yang Dihantar Itu Adalah Daripada Individu Tidak Dikenali.

Menerima teks yang meminta maklumat luar biasa atau dengan permintaan ganjil? Hubungi organisasi atau individu tersebut secara terus untuk mendapatkan penjelasan. Dan sementara itu, elakkan daripada menghantar sebarang wang atau berkongsi sebarang maklumat peribadi.

Jika pengirim tiada dalam senarai kenalan anda, anda masih mempunyai pilihan untuk klik ‘block and report’ dengan segera untuk memutuskan kitaran penipuan.

3. Tips Lindungi Diri Daripada Scammer: Block & Report Akaun Tidak Dikenali.

scam

Melaporkan mesej yang mencurigakan ialah langkah penting untuk memerangi penipuan dengan berkesan. Sebagai contoh, WhatsApp menyediakan cara mudah untuk melaporkan akaun yang mencurigakan.

WhatsApp memiliki ciri ‘end-to-end-encrypted’, atau penyulitan salinan dari hujung ke hujung pengguna ke pengguna di mana bermaksud mana-mana pihak termasuklah pihak WhatsApp tidak dibolehkan untuk membaca mesej anda.

Kecuali jika anda membuat laporan tentang contact (kenalan) yang WhatsApp menerima lima mesej dari akaun yang dilaporkan.

4. Tips Lindungi Diri Daripada Scammer: Tetapkan Two-Step Verification.

Mengaktifkan langkah keselamatan tambahan ialah satu lagi cara terbaik untuk memastikan akaun anda selamat. Ini termasuk langkah seperti mengaktifkan pengesahan dua langkah (Two-Step Verification) pada platform pemesejan seperti WhatsApp. Pengesahan dua langkah melindungi akaun anda daripada serangan pancingan data dan percubaan pengambilalihan oleh scammer.

5. Tips Lindungi Diri Daripada Scammer: Mendapatkan Bantuan Komuniti.

Dengan pelbagai jenis kes penipuan yang wujud sehingga hari ini, ada kemungkinan kenalan anda sendiri mungkin telah menjadi mangsa kes penipuan yang sama. Kaedah yang berkesan untuk menghapuskan penipuan adalah dengan mendapatkan bantuan daripada komuniti dan jangan malu untuk bertanya kepada keluarga, rakan atau kumpulan sosial anda.

BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan

BACA JUGA: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya

BACA JUGA: Salah Transfer Duit Ke Akaun Lain? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd