Now Reading
Hati-hati! Teknik Terbaru Scammer, Menyamar Jadi Kurier Untuk Hantar Fail APK Di Aplikasi Perbualan

Hati-hati! Teknik Terbaru Scammer, Menyamar Jadi Kurier Untuk Hantar Fail APK Di Aplikasi Perbualan

Menerusi hantaran Najihah, seorang individu yang menyamar sebagai penghantar sebuah syarikat kurier telah memberikan satu fail APK untuk dimuat turun bagi tujuan menghantar parcel ke rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penipuan yang melibatkan data peribadi dan kehilangan duit simpanan dalam akaun bank dilihat semakin membimbangkan.

Malah dengan teknologi yang semakin canggih pada masa kini, golongan ‘scammer’ yang tampil dengan pelbagai taktik membuatkan seseorang itu kurang pasti sama ada ianya sahih ataupun tidak.

Disebabkan itu, ramai di antara mereka menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan ratusan ribu ringgit.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas 74 Tahun Hilang RM225,000 Lepas Terjerat Dalam Love Scam Dengan ‘Lee Min-ho’


Individu Hampir Kena Scam Oleh Seseorang Yang Menyamar Sebagai Kurier

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @najihahshahrel) apabila dia mendedahkan perbualan seseorang yang hampir menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, seorang individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pekerja penghantaran sebuah syarikat kurier telah menghantar beberapa pesanan mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Individu itu kemudiannya bertanya sama ada mangsa berada di rumah atau tidak pada ketika itu kerana ingin menghantar sebuah ‘parcel’.

Sejurus selepas individu itu bertanya tentang parcel apa yang akan diterima, kurier tersebut telah memberikannya sebuah dokumen Android Package Kit (APK) yang merupakan satu format fail untuk aplikasi-aplikasi tersedia bagi peranti Anroid.

Najihah juga telah menunjukkan satu ‘screen shot’ yang memaparkan fail tersebut mahu mendapatkan akses kepada peranti para pengguna.

Antara data yang boleh diakses adalah ‘scammer’ boleh membaca segala kandungan yang terpapar pada skrin peranti pengguna dan mereka mampu menjejaki sebarang interaksi dengan aplikasi lain.

“Seram ya scam sekarang sampai boleh control phone. Untuk kali ke-100 nak pesan, please jangan download file APK yang mencurigakan.

“Kadangkala orang hantar message courier atau kad kahwin. Selepas itu, suruh download file entah apa-apa,” ujarnya.


Reaksi Netizen Terhadap Takttik ‘Scam’ Menerusi Fail APK

Menjengah ke ruangan balas, terdapat netizen yang berkata bahawa taktik sebegitu telah banyak kali berlaku namun orang ramai masih belum mendapat kesedaran untuk tidak muat naik fail berkenaan.

“Banyak yang kena ni. Even phone Android pun ada beri amaran sebelum install. Tetapi tetap juga install. Tak tahu macam mana lagi nak educate,” kata seorang lelaki.

Malah, warganet dari Indonesia turut berkongsi bahawa taktik scam yang sama telah diguna pakai oleh individu tidak bertanggungjawab terhadap rakyat di negara jiran tersebut.

“Scam seperti itu juga terkenal di sini, Indonesia. Pada 1 Januari lalu, kawan saya telah ditipu dan simpanan di akaun banknya hampir kosong,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, seorang wanita telah menasihati orang ramai untuk tidak ‘layan’ panggilan daripada nombor mencurigakan kerana berkemungkinan akan dipukau.

“Kalau notice scammer call jangan layan sebab high chance untuk kena pukau melalui call. Ia berlaku kepada jiran saya. Dia terangkat call (scam) kemudian terus hantar gambar barang kemas kepada scammer,” jelas seorang wanita.

Sumber: X

Tips Elak Kena Tipu Dengan Scammer

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), memuat turun fail APK yang tidak sah akan mengundang bahaya kepada peranti.

Antara kesan buruknya adalah scammer boleh mendapatkan maklumat perbankan mangsa, boleh akses SMS di telefon bimbit dan mampu memperoleh nombor OTP atau TAC yang dihantar kepada peranti.

Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya link pendek bit.ly.
  • Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
  • Elak kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
  • Muat naik aplikasi true caller untuk mengesan nombor scammer.

Hati-hati semua!

Sumber: Instagram (@touchngoewallet)

Baca Artikel Berkaitan: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd