Now Reading
Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’

Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’

Scammer yang berlakon sebagai Tuanku Permaisuri Agong itu cuba untuk memperdaya salah seorang kenalan pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun sudah pelbagai cara dilakukan untuk membanteras jenayah scam di seluruh dunia, tetapi golongan ini masih tidak berputus asa untuk menipu orang ramai. Ada je taktik mereka untuk mencari mangsa baharu.

Salah satu taktik mereka adalah dengan menggunakan nombor telefon pejabat bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untuk meyakinkan lagi mangsa, nombor tersebut juga memberitahu lokasi mereka yang berada di Putrajaya.

BACA JUGA: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Sumber: Harakah Daily

Scammer menyamar sebagai Permaisuri Agong

Terbaharu, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi cerita di laman Instagram miliknya bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya Faizul Surani hampir ditipu oleh seorang scammer.

Disebabkan terlalu ingin dipercayai oleh mangsa, scammer tersebut sanggup berlakon sebagai Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi aplikasi Telegram.

Berdasarkan tangkap layar perbualan mereka, ‘Tuanku Permaisuri Agong’ dikatakan telah meminta tolong Faizul untuk memindahkan sejumlah wang sebanyak RM3,000 kepada invididu dikenali sebagai Khairul Ikhwan.

Namun penipuan tersebut tidak berjaya memperdaya Faizul kerana dia sempat membuat semakan dan mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada Permaisuri Agong yang sebenar.

Berikutan itu, Rizalman menasihati orang ramai untuk berhati-hati dengan taktik scammer yang semakin licik di luar sana.

scammer Tuanku Permaisuri Agong
Sumber: Kosmo

Buat semakan sebelum menjadi mangsa

Walau apa taktik sekali pun yang scammer guna, anda jangan mudah terpedaya okey? Semak dahulu dengan individu yang terlibat sekiranya anda mengenali mereka. Kalau boleh call terus mereka untuk mendapatkan kepastian.

Dalam masa yang sama, anda boleh menyemak di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dengan menggunakan nombor telefon, kad pengenalan atau akaun bank yang diterima oleh scammer.

BACA JUGA: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam


Tips elak kena tipu dengan scammer

Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya pautan pendek bit.ly.
  • Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
  • Jangan kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
  • Muat naik aplikasi true caller untuk mengesan nombor scammer.

Pastikan anda sentiasa berwaspada sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan maklumat peribadi dan juga kewangan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd