Now Reading
Warga Emas 74 Tahun Hilang RM225,000 Lepas Terjerat Dalam Love Scam Dengan ‘Lee Min-ho’

Warga Emas 74 Tahun Hilang RM225,000 Lepas Terjerat Dalam Love Scam Dengan ‘Lee Min-ho’

Penjenayah yang berlakon sebagai ‘Lee Min-ho’ itu menjerat seorang wanita warga emas berusia 74 tahun menjadi mangsa ‘love scam’ selepas berkenalan di laman Facebook sejak setahun lalu.

scammer berlakon jadi lee minho

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenayah penipuan atau ‘scam’ adalah salah satu kegiatan yang semakin berleluasa dengan pelbagai teknik dan tipu daya yang cuba dilakukan bagi memperdaya mangsa.

Antara taktik scammer adalah dengan ‘berlakon’ menjadi ahli keluarga mahupun kenalan dan berpura-pura terdesak mahu meminjam sejumlah wang.

Baca Artikel Berkaitan: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’

Walaupun masyarakat kini sudah cakna dengan modus operandi scammer, namun ada juga segelintir individu yang masih terjerat dalam penipuan penjenayah ini sehingga mengakibatkan kerugian harta benda.


Pesara Guru Tertipu Dengan Scammer Yang ‘Berlakon’ Sebagai Lee Min-ho

Memetik sumber Kosmo, seorang pesara guru di Kelantan baru-baru ini dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM225,000 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘love scam’.

Difahamkan penjenayah tersebut telah berpura-pura menjadi pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Lee Min-ho sebelum cuba menjerat wanita warga emas berusia 74 tahun sebagai mangsanya.

Pelakon Korea Selatan, Lee Min-ho. (Sumber: Instagram @actorleeminho)

Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa telah mengenali penjenayah berkenaan menerusi laman Facebook sejak setahun lalu dan sering berhubung melalui ‘Messenger’.

Namun pada Oktober lalu, suspek dipercayai mula meminta wang daripada mangsa dengan memberikan alasan terpaksa menggunakan wang tersebut bagi kes perbicaraan di mahkamah.

Suspek mula meminta mangsa memasukkan wang kepadanya dengan alasan dia mempunyai kes perbicaraan di mahkamah. Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia memerlukan jumlah wang yang banyak untuk lepas daripada kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Mohd Adli Mat Daud.

Oleh kerana bersimpati dengan nasib ‘artis pujaan’, mangsa telah melakukan transaksi sebanyak enam kali ke dalam satu akaun bank sepanjang tempoh dua bulan ini.

Sumber: Harian Metro

Mangsa Buat Laporan Polis

Selepas melakukan beberapa transaksi berkenaan, mangsa mula menyedari bahawa dia telah ditipu dan segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Kelantan.

Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan sindiket yang terlibat dan kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Jenayah Sama Pernah Berlaku Kepada Mangsa Lain

Sebelum ini, kejadian hampir sama dilaporkan pernah berlaku kepada mangsa lain iaitu seorang wanita berusia 50 tahun di Sarawak selepas mengenali scammer menerusi laman Facebook.

Gambar sekadar hiasan.

Sama seperti modus operandi dalam The Tinder Swindler, suspek yang dikenali sebagai Thomas Yeng Leong menyamar sebagai seorang yang kaya dengan mendakwa dia bekerja sebagai seorang jurutera di London, United Kingdom.

Jenayah ‘love scam’ ini telah mengakibatkan wanita berkenaan mengalami kerugian sehingga RM1.06 juta selepas melakukan sejumlah 64 transaksi dalam tempoh kurang satu tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Rugi RM1.06 Juta Dalam Tempoh Kurang Setahun


‘Love Scam’ Jenayah Penipuan Tertinggi Di Malaysia

Modus operandi ‘Love Scam’ bukan sesuatu yang asing di Malaysia.

Sejak tahun 2018 sehingga Februari tahun ini, sebanyak 7,286 ‘Love Scam’ dilaporkan di Malaysia yang melibatkan kerugian sehingga RM365 juta dan menjadikannya sebagai jenayah penipuan tertinggi.

Menurut pemangku Timbalan Pengarah Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad, beliau mendedahkan sebanyak 82.5% mangsa adalah wanita termasuklah doktor, pengarah syarikat, kakitangan institut pengajian tinggi dan pelajar.

Berikutan itu, pihak Polis Diraja Malaysia menasihati orang ramai supaya berwaspada apabila berkenalan dengan seseorang dalam talian dan tidak memberikan sebarang maklumat peribadi atau kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: 2 Orang Scammer ‘Kantoi’ Cuba Pukau Pelancong Di Dataran Merdeka, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Online Scam Paling Popular Di Malaysia, Ramai Yang Kecundang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd