Now Reading
2 Orang Scammer ‘Kantoi’ Cuba Pukau Pelancong Di Dataran Merdeka, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian

2 Orang Scammer ‘Kantoi’ Cuba Pukau Pelancong Di Dataran Merdeka, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian

Modus operandi dua orang lelaki warga asing di Dataran Merdeka itu adalah dengan meminta mangsa untuk menunjukkan wang tunai dari negara mereka.

kes pukau dataran merdeka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini tidak kiralah pada waktu siang atau malam, individu yang berniat jahat semakin berani untuk melakukan jenayah di tempat awam.

Sebelum ini, mungkin ramai yang pernah mendengar tentang jenayah pukau berlaku kepada pelancong asing di luar negara.

Hati-hati semua kerana kegiatan jenayah itu dipercayai berlaku juga di Malaysia iaitu di kawasan tumpuan pelancong asing.


2 Lelaki Warga Asing Dipercayai Cuba Pukau Pelancong Di Dataran Merdeka

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@mercedes1jz), pengguna ini mendakwa dia terlihat dua orang lelaki dipercayai warga asing yang memakai cermin mata hitam membuat percubaan untuk memukau seorang pelancong.

Dalam video berkenaan, dua lelaki itu cuba berborak dengan seorang pelancong dari negara India dan bertanya tentang pertukaran mata wang di negara India.

Pengguna TikTok ini menjelaskan modus operandi dua orang scammer terbabit yang berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah dengan meminta mangsa untuk menunjukkan wang tunai dari negara asal mereka.

Kemudian, scammer berkenaan akan membuka dompet mereka yang didakwa mengandungi ilmu sihir hitam sebelum memukau mangsa.

Pengguna TikTok itu dilihat berani berdepan dengan dua orang scammer itu dan telah ‘menghalau’ mereka untuk beredar dari kawasan tersebut

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 141,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@mercedes1jz

#klscammers #visitmalaysia2023 #beware #toursimmalaysia kl tourist scammers beware to get scammed in every tourist place in Kuala Lumpur #kualalumpur

♬ original sound – CharlieO – CharlieO

Netizen Puji Keberanian Lelaki Tersebut Berdepan Dengan 2 Orang Scamer Di Dataran Merdeka

Di ruangan komen, ramai netizen yang memuji keberanian lelaki tersebut kerana tidak takut untuk berdepan dengan dua orang scammer itu walaupun secara berseorangan.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka dipukau dengan warga asing sehingga kerugian RM350. Namun, dia tidak mendedahkan di mana indisen berlaku.

Dalam pada itu, sesetengah netizen pula mempersoalkan keberadaan anggota polis yang bertugas di Dataran Merdeka semasa kejadian berlaku.

Meskipun ramai yang memberi pujian dan berterima kasih atas perkongsian, namun orang ramai turut menasihati agar berhati-hati ketika berjalan seorang diri kerana jenayah pukau juga boleh berlaku melalui sentuhan.

Sumber: TikTok

Nasihat untuk umat Islam di luar sana, sebelum keluar rumah, lebih baik untuk mengambil wuduk dan membaca doa serta surah sebagai pendinding agar dilindungi daripada segala perkara yang berbahaya.

Baca ayat Kursi atau surah Al-Ikhlas pun sudah memadai. Semoga kita semua dilindungi dan tidak menjadi mangsa perkara-perkara seperti ini.

Artikel Berkaitan: Pemuda Dedah Detik Cemas Anak Kecil Hampir Diculik 2 Wanita Di Genting Highlands

Artikel Berkaitan: Wanita Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Rugi RM1.06 Juta Dalam Tempoh Kurang Setahun

Artikel Berkaitan: Ini 3 Online Scam Paling Popular Di Malaysia, Ramai Yang Kecundang

Sumber: TikTok @mercedes1jz


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd