Now Reading
Ini 3 Online Scam Paling Popular Di Malaysia, Ramai Yang Kecundang

Ini 3 Online Scam Paling Popular Di Malaysia, Ramai Yang Kecundang

Hasil kutipan data daripada PDRM menunjukkan ‘Phone Scam’ adalah modus operandi paling banyak mencatatkan kerugian dalam kalangan mangsa iaitu sejumlah RM321.1 juta dengan melibatkan peningkatan kes sehingga 7,734 berbanding 6,416 kes pada tahun 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenayah ‘scam’ dilihat semakin berleluasa di Malaysia. Malah, golongan tidak bertanggungjawab ini semakin licik apabila tampil dengan modus operandi yang ‘dinaik taraf’ untuk tujuan penipuan sehingga mengelirukan segelintir pihak untuk mempercayai sama ada perkara itu adalah ‘legit’ ataupun sebaliknya.

Sumber: Pexels

3 Penipuan Atas Talian (Online Scam) Yang Sering Berlaku Di Malaysia

#1. Penipuan Pekerjaan (Job Scam)

Kini orang ramai semakin terdesak untuk mencari pekerjaan dan mencuba pelbagai jenis cara untuk ditawarkan bekerja. Oleh yang demikian, ‘job scam’ adalah salah satu modus operandi yang sering berlaku di mana graduan baharu menjadi sasaran mudah (easy target) buat pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Artikel Berkaitan: Pengguna Twitter Ini Dedah Cara Elak Kenal Pasti ‘Job Scam’ Di Internet

Mereka akan menggunakan taktik menghubungi mangsa menerusi media sosial atau WhatsApp dan menawarkan kerja sambilan (part-time job) yang membayar gaji yang tinggi. Pendek kata; too good to be true.

Sumber: Envato

Penipuan seperti ini kebiasaannya berlaku apabila suspek menyamar sebagai ‘recruiter’ dan mendapatkan kenalan menerusi LinkedIn atau website mencari kerja yang lain. Apabila perkara ini berlaku, mangsa akan terjerumus ke lembah penipuan dan akan berasakan diri mereka tidak berharga apabila ditipu saat sedang susah mencari pekerjaan.

#2. Phone Scam (Macau Scam)

Phone scam atau juga dikenali sebagai Macau Scam merupakan salah satu penipuan yang mana scammer akan berpura-pura sebagai penguatkuasa undang-undang ataupun agensi kerajaan, seperti pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Bank Negara Malaysia (BNM). Mereka akan menghubungi mangsa dengan mengatakan mangsa masih belum melunaskan bayaran pada sesebuah agensi dan akan ditangkap ataupun dikenakan denda jika ianya tidak diselesaikan secepat mungkin.

Sebagai contoh, tidak membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Artikel Berkaitan: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam

Sumber: Pexels

Setelah suspek berjaya memerangkap mangsa, mereka kemudiannya akan meneruskan modus operandi dengan meminta mangsa untuk memindah/menghantarkan sejumlah wang yang dikatakan hutang yang belum dilunaskan itu ke dalam sebuah akaun peribadi milik ‘scammer’.

Disebabkan terlalu panik, penipuan ini kebiasaannya berjaya di mana ‘target’ yang selalu terjerat adalah warga emas yang memiliki sejumlah wang persaraan. Seperti kejadian baru-baru ini di mana seorang warga emas berusia 71 tahun dilaporkan ditipu oleh ‘phone scam’ dan mengalami kerugian sebanyak RM202,800 oleh penjenayah yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara.

Sebagai warganegara yang mematuhi undang-undang, ramai di antara kita cenderung untuk hanya mengikut arahan apabila disuruh berbuat demikian oleh pihak berkuasa. Sebab itulah penting untuk mengesahkan kesahihan mana-mana pihak berkuasa rasmi yang menghubungi anda terlebih dahulu.

Sumber: Freepik

Untuk rekod, hasil kutipan data daripada PDRM menunjukkan ‘Phone Scam’ adalah modus operandi paling banyak mencatatkan kerugian dalam kalangan mangsa iaitu sejumlah RM321.1 juta dengan melibatkan peningkatan kes sehingga 7,734 berbanding 6,416 kes pada tahun 2022.

#3. Scam Pautan Meragukan (Dodgy Links)

Pernah tak anda rasa penat untuk berhadapan dengan pautan yang meragukan dan berpotensi tidak selamat jika ditekan?

Bermula dengan dilema takut ketinggalan dengan maklumat terkini, ia boleh mengakibatkan seseorang terjerumus ke dalam jenayah penipuan. Pelbagai taktik yang dilakukan oleh ‘scammer’ untuk mendapatkan maklumat diri mangsa atas tujuan peribadi mereka iaitu menerusi e-mel meragukan, laman web palsu, dan lain-lain.

Pautan seperti ini akan membawa anda ke halaman transaksi bank yang kelihatan rasmi (tetapi palsu) dan begitu serupa dengan laman web sebenar untuk mendapatkan butiran bank dan kata laluan anda. Selain itu, terdapat juga pautan lain yang meminta anda untuk memuat turutn aplikasi bagi mendapatkan perkhidmatan atau produk, lalu aplikasi palsu itu akan menghantar nama pengguna dan kata laluan perbankan mangsa kepada ‘scammer’.


Mangsa ‘Scam’ Alami Kesan Trauma Akibat Kehilangan Wang & Maklumat Peribadi Lain

Mereka yang menjadi mangsa dalam jenayah penipuan ini pastinya akan mengalami kesan dari segi emosi seperti trauma apabila kehilangan wang, maklumat diri dicuri dan reputasi terjejas.

Bagi mengelakkan orang ramai berasa takut kerana tidak mahu terperangkap dalam jenayah penipuan ini, aplikasi Whoscall yang turut bekerjasama dengan pihak PDRM boleh menjadi penyelamat anda.

Whoscall menawarkan perkhidmatan pengenalan pemanggil yang canggih dan penyelidikan inovasi terbaharu mereka telah mewujudkan ‘URL Scanner’.


URL Scanner Oleh Whoscall

Untuk memerangi penyebaran pautan tidak ‘legit’, ciri URL Scanner oleh Whoscall kini bekerjasama dengan Gogolook, pangkalan data Biro Siasatan Jenayah, perkhidmatan Risiko Web Google dan pangkalan data global penyedia perkhidmatan pengesanan risiko URL Scamadviser.

Dengan gabungan kuasa kesemua pihak ini, URL Scanner dapat menganalisis trafik laman  web, tarikh penciptaan, status sijil SSL, Malware Installation dan penunjuk lain untuk membina jaringan perlindungan tiga kali ganda yang memastikan maklumat digital orang ramai kekal selamat.

URL Scanner membantu pengguna memastikan keselamatan pautan dengan cepat dan mudah serta dapat melindungi pengguna daripada menekan pada pautan pancingan data (phishing) secara tidak sengaja. Dengan hanya satu klik, anda boleh menentukan keselamatan laman  web tersebut dengan lebih cepat.

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Guna Ciri URL Scanner Whoscall Ini?

Buat anda yang masih tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mengguna URL Scanner ini, berikut merupakan antara senarai situasi ringkas untuk anda menggunakannya:

#1. Notis Pengesahan e-mel

Sama ada ia notifikasi tempahan restoran atau hotel, atau notifikasi ketidakhadiran akaun yang lebih serius, selagi anda ragu-ragu mengenai keaslian pautan tersebut, anda boleh menghantarnya kepada Whoscall untuk penyiasatan!

#2. Grup Berkongsi Pautan Yang Meragukan

Perkara ini merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan harian. Link atau pautan yang meragukan. Jadi, anda tak perlu risau lagi kerana ciri Scanner URL ini akan melakukan tugasnya agar anda dan maklumat peribadi kekal selamat.

#3. Pautan Dalam Teks Mesej Oleh Penghantar Yang Tidak Dikenali

Scammer seringkali menghantar mesej teks menggunakan nama kerajaan, bank, atau peniaga untuk memperdaya mangsa mereka supaya mengisi maklumat peribadi dan akaun mereka. Oleh itu, anda disarankan untuk sentiasa berwaspada apabila menerima mesej seperti ini. Guna URL Scanner menyemak pautan yang dilampirkan dan klik hanya setelah disahkan selamat supaya ia dapat mengurangkan risiko terjebak dalam penipuan phishing.


Cara-cara Untuk Guna URL Scanner

Anda boleh ikuti langkah-langkah mudah seperti bawah:

  1. Pergi ke halaman URL Scanner.
  2. Masukkan URL yang ingin anda periksa, kemudian klik ‘Scan URL’.
  3. Hasil penyiasatan dan klasifikasi yang berbeza akan dipaparkan untuk membantu anda menilai keselamatan pautan (link) tersebut.

Whoscall, Rakan Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Diperkenal Bagi Membanteras Penipuan Dalam Talian & Scam

Untuk rekod, Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook di mana anda boleh mengenalpasti panggilan telefon scam terkini daripada pangkalan data proprietari Whoscall dengan lebih 1.6 bilion entri nombor telefon dalam masa nyata di seluruh dunia.

Whoscall juga memiliki pangkalan terbesar data di Asia Timur dan Asia Tenggara dengan lebih 100 juta muta turun dan telah dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai rakan strategik bagi memerangi jenayah penipuan online yang serius di mana kerjasama ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM ke sistem data Whoscall menjadikannya aplikasi ID pemanggil yang terkini dan dipercayai untuk rakyat Malaysia bagi melindungi diri mereka daripada jenayah penipuan dalam talian dan scam.

Sumber: Freepik

Jenayah online atau scam tidak boleh dipandang enteng dan orang ramai disarankan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati ketika ingin melakukan apa jua transaksi secara atas talian sama ada melibatkan jumlah wang yang sedikit ataupun sebaliknya.


“Be Smart Stay Alert” dengan memuat turun aplikasi Whoscall dan dapatkan fungsi terbaru – URL SCANNER sekarang secara PERCUMA bermula 1 Ogos 2023 di LINK INI atau layari Facebook mereka!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd