Now Reading
“LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam

“LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam

Mangsa telah diminta untuk membuka satu akaun bank yang baharu bagi menjalankan siasatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jenayah scam ini ada di mana-mana.

Ianya tidak pernah berhenti dan modus operandi juga sentiasa diperbaharui untuk menjadikannya lebih ‘top notch’ sehinggakan nama pihak/individu atasan turut digunapakai.

Contohnya, yang paling popular adalah; Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BACA JUGA: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Bukan itu sahaja, scammer juga pernah mencipta taktik baharu iaitu dengan menghantar e-mel berkaitan pengisian e-Filing bagi mendapatkan maklumat peribadi mangsa.


Pengurus Lombong Bijih Rugi RM40,000.

Baru-baru ini, satu kes lagi terjadi apabila seorang pengurus lombong bijih di Gua Musang kerugian RM40,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Sabtu (9 April).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof menjelaskan mangsa berusia 36 tahun yang berasal dari Kota Bharu itu menerima panggilan daripada ‘pihak LHDN’ pada jam 5.20 petang.

Pihak ‘LHDN’ memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM98,000 dan kemudian menyambung panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah. Dalam perbualan itu ‘pihak LHDN’ memberitahu mangsa telah terlibat dalam kes penggubalan wang haram dan jenayah berkait dengan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah diminta untuk membuka satu akaun bank yang baharu bagi menjalankan siasatan.

Mangsa telah membuka akaun baharu di Bank Islam Gua Musang sekitar jam 12 tengah hari. Mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM40,000 daripada Tabung Haji ke dalam akaun Bank Islam tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof.

Selepas itu, mangsa telah diberikan satu link aplikasi Bank Negara Malaysia versi 1 dan diminta untuk mengisi kesemua maklumat akaun (Bank Islam) dan pengenalan diri.

Mangsa kemudian diberitahu siasatan akan dijalankan selama tiga hari dan boleh mengambil kembali wang tersebut. Selepas sejam kemudian mangsa yang mula curiga dan segera menghubungi pusat khidmat pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof.

Walau bagaimanapun, mangsa diberitahu bahawa baki wang yang ada dalam akaun tersebut adalah sebanyak RM100.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd