Now Reading
“Jangan Tekan Link Tu” – Neelofa Dedah Scammer Guna Artikel Palsu Tentangnya Untuk Curi Duit Mangsa

“Jangan Tekan Link Tu” – Neelofa Dedah Scammer Guna Artikel Palsu Tentangnya Untuk Curi Duit Mangsa

Dalam artikel palsu oleh scammer yang disunting dari template The Star, terdapat pautan yang dikatakan digunakan oleh Neelofa untuk meraih pendapatan.

scammer guna nama neelofa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang jenayah penipuan, namun golongan scammer dilihat tidak henti melakukan taktik berbeza untuk memperdaya mangsa.

Selain tidak memberi maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali, orang ramai juga dinasihati untuk berhati-hati sebelum klik pada sebarang pautan atau mengangkat panggilan telefon dari nombor meragukan.


Scammer Buat Artikel Palsu Berkaitan Neelofa Sebagai Perangkap Mangsa Jenayah Penipuan

Dalam satu hantaran terbaharu dimuat naik di laman Instagram selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dengan nama Neelofa, usahawan dan pelakon ini telah mendedahkan satu taktik dilakukan oleh scammer melibatkan dirinya.

Selebriti tersebut memberitahu bahawa dirinya telah digunakan oleh scammer melalui satu artikel palsu yang kononnya diterbitkan dari The Star serta ia disiarkan menerusi hantaran berbayar di Instagram Story.

Sumber: Instagram @neelofa

Artikel berkenaan mendakwa dirinya telah disaman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dalam siaran program televisyen seolah-olah di studio Astro Awani.

Lebih membimbangkan lagi, terdapat pautan yang diselitkan dalam artikel berkenaan yang dikatakan digunakan oleh Neelofa untuk mendapatkan wang.

Sumber: Instagram @neelofa

Bimbang sekiranya ramai yang terpedaya dengan taktik itu, Neelofa meminta orang ramai agar tidak mengklik pada pautan dalam artikel itu bagi mengelakkan dari menjadi mangsa scammer.

Tolong jangan tekan link kat dalam artikel tu. Satu, sebab interview ni memang totally mereka buat naratif sendiri dan mereka nak cuba tipu orang Malaysia dengan kes interview ni yang sangat fake. Link tu link scam untuk curi duit korang. Jangan terpedaya dengan kandungan artikel ni, semuanya palsu.

Neelofa.

Di akhir video, Neelofa meminta agar masyarakat berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik mereka yang cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa pautan yang disertakan itu adalah cara yang digunakan oleh Neelofa untuk meraih pendapatan.


Beberapa Artis Tempatan Yang Terlibat Menjadi Mangsa Scammer

Terdahulu, pelakon wanita tempatan Dynas Mokhtar berdepan detik mengejutkan apabila hampir kesemua wang di dalam bank miliknya lesap dicuri oleh scammer.

Menurut Dynas, dia tidak ada mengangkat sebarang panggilan tidak dikenali, tidak menekan apa-apa pautan dan juga tidak memberikan kad bank kepada individu lain.

Terkejut dengan apa yang berlaku, Dynas terus menyemak penyata kewangan dari bank tersebut dan mendapati terdapat beberapa transaksi yang meragukan termasuklah matawang dari negara lain seperti Hong Kong Dollar.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dynas Mokhtar Dedah Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Kesan Ada Transaksi Pelik Guna Matawang Asing

Selain insiden tersebut, scammer juga telah menggunakan kecanggihan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk mengelirukan masyarakat.

Seperti baru-baru ini, ada individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan teknologi AI bagi memalsukan suara milik penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelakon Datuk Aaron Aziz untuk kepentingan perniagaan mereka.

Video palsu menggunakan suara teknologi AI itu membuatkan ramai netizen di media sosial meluahkan rasa bimbang selepas melihat sikap sesetengah individu yang sesuka hati membuat iklan palsu untuk tujuan menipu.

Baca Artikel Berkaitan: “Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online

Baca Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Buat Laporan Polis Lepas Scammer Salah Guna Foto Untuk Skim Pelaburan Palsu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd