MILO Beri Respon Tentang Isu Link Palsu, Konon Anjur Peraduan & Menang Wang Tunai
MILO Malaysia menegaskan bahawa syarikat mereka tidak menganjurkan sebarang Peraduan MILO Ramadan yang menawarkan hadiah wang tunai dengan mengisi borang soal selidik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila sebut tentang jenayah penipuan, memang tak terbayang jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa. Jangan terkejut kerana penjenayah ini boleh mencuri duit anda sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Pelbagai jenis taktik yang mereka akan cuba untuk memperdaya mangsa supaya memberikan maklumat peribadi seperti nombor bank akaun, nombor MyKad, alamat rumah dan sebagainya.
Bahaya sekiranya maklumat peribadi kita disalah guna oleh individu tidak bertanggungawab. Boleh jadi orang lain yang buat salah, tetapi anda pula menerima hukumannya kerana mereka menggunakan maklumat diri anda.
BACA JUGA: Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar
BACA JUGA: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya
Scammer Cipta Pautan Palsu Untuk Peraduan MILO Malaysia Dengan Hadiah Wang Tunai
Baru-baru ini, tular tentang satu peraduan didakwa dianjurkan oleh syarikat minuman terkenal iaitu MILO dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada mereka yang menyertainya.
Peraduan tersebut meminta peserta untuk menyebarkan pautan palsu itu dan menekannya untuk mengisi maklumat peribadi serta menjawab beberapa soalan yang dikemukan.
Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Arif Arzhard), lelaki ini dipercayai telah terperangkap dengan taktik scammer apabila wang di dalam akaun bank miliknya ditolak beberapa kali sehingga berbaki RM1 sahaja.
Difahamkan, perkara itu berlaku selepas dia menekan pautan peraduan MILO palsu yang dikongsikan di dalam group WhatsApp.
MILO Malaysia Beri Amaran Supaya Tidak Tertipu Dengan Peraduan Palsu Oleh Scammer
Susulan itu, pihak MILO Malaysia menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram mereka (@milo_malaysia) memaklumkan bahawa syarikat tersebut tidak menganjurkan sebarang Peraduan MILO Ramadan beserta hadiah wang tunai dengan mengisi borang soal selidik.
MILO Malaysia menegaskan bahawa penipuan tersebut dilakukan bertujuan untuk memperdayakan orang ramai.
Dalam pada itu, pihak mereka meminta orang ramai untuk merujuk ke laman web rasmi MILO untuk sebarang peraduan.
Sekiranya anda ragu-ragu dan memerlukan maklumat serta penerangan lanjut, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di talian 1-800-883-433 atau klik [DI SINI].
Tips Elak Kena Tipu Dengan Scammer
Walaupun sudah banyak peringatan dan nasihat diberikan, tetapi masih ramai yang menjadi mangsa scammer sehingga menyebabkan maklumat peribadi terdedah dan wang juga lesap.
Ini kerana kebanyakan scammer menggunakan mesej yang meyakinkan, profil palsu dan taktik pancingan data untuk memperdaya mangsa mereka.
Jadi sebab itulah pentingnya untuk anda sentiasa berwaspada dengan sebarang taktik scammer. Antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti:
- Berhenti dan berfikir sebelum membuat sebarang tindakan.
- Membuat semakan sama ada mesej yang dihantar adalah daripada individu tidak dikenali.
- Block dan laporkan akaun yang tidak dikenali.
- Menetapkan Two-Step Verification.
- Mendapatkan bantuan komuniti setempat untuk bertanya sekiranya ada perkara yang mencurigakan.
BACA JUGA: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!
BACA JUGA: Duit Dalam Bank Kena Curi Dengan Scammer? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula
BACA JUGA: 99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.