Now Reading
99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!

99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!

Pihak 99 Speedmart menasihati orang ramai untuk tidak klik pada mana-mana pautan atau memasukkan data peribadi bagi mengelakkan ianya dicuri oleh scammer.

99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk mengelakkan jenayah penipuan semakin berleluasa, tetapi ada sahaja idea mereka untuk terus mencari mangsa.

Macam-macam taktik yang mereka gunakan. Antaranya dengan membuat panggilan video dan melakukan perkara tidak senonoh untuk ‘umpan’ mangsa.

BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan

Selain itu, taktik scammer yang selalu dilakukan untuk mencuri data mangsa adalah dengan mencipta pautan palsu yang membolehkan mereka mengakses maklumat peribadi seperti akaun bank milik mangsa.

Scammer Buat Promosi Bagi Barangan Di Pasar Mini 99 Speedmart

Baru-baru ini dikatakan tular di laman Facebook bahawa pihak pasar mini 99 Speedmart menawarkan promosi dan pemberian barangan kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, pihak pasar raya tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (99 Speedmart) semalam, 27 Oktober menafikan mereka ada menganjurkan sebarang promosi dan pemberian barangan.

Pihak 99 Speedmart turut menasihati orang ramai untuk tidak mengklik pada pautan tersebut atau memasukkan sebarang maklumat bagi mengelakkan data peribadi pengguna disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, pihak pasar mini tersebut menjelaskan bahawa laman Facebook mereka mempunyai simbol ‘Blue Tick’.

Sumber: Facebook/99 Speedmart

Sekiranya terdapat akaun lain yang menggunakan nama sama tetapi tiada simbol ‘Blue Tick’ itu, bermakna akaun tersebut adalah palsu.

Anda di luar sana perlu lebih berhati-hati ya. Sekarang ini zaman makin canggih, scammer pun makin ‘banyak akal’. Bahaya!

Nak tekan pada mana-mana pautan yang dihantar pun fikir dua tiga kali dulu.

BACA JUGA: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd