Duit Dalam Bank Kena Curi Dengan Scammer? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula
Talian 997 merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) membolehkan pihak bank menyekat pencurian wang oleh scammer.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila sebut tentang jenayah penipuan, memang tak terbayang jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.
Jangan terkejut kerana penjenayah ini boleh mencuri duit anda sehingga mencecah ratusan ribu ringgit menerusi panggilan telefon.
Macam-macam taktik yang mereka akan cuba untuk memperdaya mangsa memberikan maklumat peribadi seperti nombor bank akaun, nombor MyKad dan sebagainya.
BACA JUGA: 99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!
Pihak Polis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Jika ‘Dicuri’ Oleh Scammer
Disebabkan kegiatan jenayah scammer ini semakin berleluasa dan membimbangkan masyarakat, seorang pegawai polis iaitu Asisten Komisioner Polis (ASP) Rahmat Fitri bin Abdullah telah memuat naik video dengan berkongsi cara sekiranya anda menjadi mangsa jenayah penipuan.
Video tersebut yang dimuat naik semula di laman Twitter (@Hfnz9) menunjukkan pegawai polis itu berkongsi dua langkah untuk mendapatkan semula wang anda sekiranya penjenayah berjaya mengeluarkannya dari akaun bank.
Antara langkahnya adalah:
1. Hubungi Talian 997
Talian ini merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta bank tempatan lain.
Bagaimana talian ini dapat membantu mangsa penipuan?
Anda boleh membuat aduan kepada talian tersebut dengan menceritakan perkara yang terjadi. Kemudian, kesemua akaun bank anda yang terlibat akan disekat bagi menghalang lebih banyak wang dicuri.
Bukan sahaja akaun bank anda, malah akaun milik penjenayah juga akan disekat.
2. Semak MULE CCID
Laman sesawang ini pula merupakan platform yang ditubuhkan oleh pihak PDRM bagi membolehkan orang ramai memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial.Â
Sekiranya seseorang yang agak mencurigakan menghubungi anda atau memberikan nombor akaun bank yang meragukan, anda dinasihati untuk memeriksa di SEMAKMULE terlebih dahulu sebelum segala maklumat peribadi ‘jatuh’ di pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ingat, kalau ada orang minta kongsikan nombor TAC, nombor kad pengenalan atau nombor pin bank, jangan sesekali bagi ya. Bahaya!
Ini cara untuk mendapatkan semula duit mangsa dari scammer. Sebarkan. pic.twitter.com/vLN31o1tWw
— لوق 🇲🇾 (@Hfnz9) November 28, 2022
BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan
BACA JUGA: Salah Transfer Duit Ke Akaun Lain? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Anda
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.