Now Reading
Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar

Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar

Wanita beragama Islam yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan turut dipaksa tidur dengan ramai lelaki dengan berpakaian seksi jika tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sindiket penipuan kerja melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara seperti Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja merupakan perkara yang kini mula dipandang serius selepas banyak kes dilaporkan.

Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia dipercayai ‘hilang’ sejak Februari lalu selepas dikatakan ke Bangkok, Thailand kerana mendapat tawaran pekerjaan di sana.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar selepas didera dan ditinggalkan di pusat rawatan berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Zhan Feng didakwa menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan telah diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja untuk sindiket berkenaan.

BACA JUGA: Ibu Bapa Cari Anak Di Bangkok, Rupanya Anak Meninggal Dunia Akibat Sindiket Penipuan Kerja

Mangsa penipuan sindiket penipuan kerja dedah dipaksa menjadi pelacur

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang mangsa berusia 30 tahun yang hanya ingin dikenali Elyn menceritakan pengalamannya dipaksa tidur dengan ramai lelaki dengan berpakaian seksi kerana tidak berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa wanita beragama Islam yang diperdaya dengan tawaran kerja bergaji lumayan telah dicabul serta dijamah dengan lauk daging khinzir.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: XTRA)

Malah jika mereka tidak menepati prestasi, mangsa bakal berdepan hukuman sehingga ada yang dijual kepada sindiket lain sebagai pelacur.

Bukan itu sahaja, mangsa juga dipaksa menjadi kurus untuk menjadi pelacur dan organ mereka turut diambil oleh sindiket untuk dijual dalam pasaran gelap.

Rakan perdaya mangsa dengan tawaran gaji hampir RM5,000

Satu lagi kisah yang dikongsikan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim apabila seorang lelaki ini dikatakan menerima tawaran bekerja oleh rakannya di syarikat pelaburan forex dengan gaji ASD 1,100 (RM4,991).

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Global News)

Rakan mangsa mendakwa mereka akan bekerja dengan syarikat pelaburan forex tetapi apabila tiba di sempadan Vietnam, mangsa dipaksa bekerja sebagai scammer.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim.

Lelaki berkenaan menceritakan dia telah diseksa, dipukul sehingga hidung berdarah, mata lebam, kepala bengkak dan hampir terputus tiga jari.

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dan bergegas ke kedutaan Malaysia sebelum dibawa pulang semula ke negara ini.


Kerajaan Malaysia segera bantu selamatkan mangsa sindiket penipuan pekerjaan

Sumber: Facebook/Wisma Putra

Kementerian Luar dalam kenyataannya menerusi laporan Berita Harian pada 21 September lalu memaklumkan pihak mereka telah menerima 301 laporan berkaitan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Sehingga kini, seramai 168 mangsa berjaya diselamatkan dibawa pulang semula ke Malaysia dan 99 orang lagi masih cuba dikesan.

BACA JUGA: Shopee & PDRM Kini Bekerjasama Banteras Sindiket Penipuan Pekerjaan Online


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd