Now Reading
Wanita Terharu Pekerja Alam Flora Bantu Tukar Tayar Rosak Di Tepi Jalan Bawah Terik Matahari

Wanita Terharu Pekerja Alam Flora Bantu Tukar Tayar Rosak Di Tepi Jalan Bawah Terik Matahari

Pemandu wanita itu berdiri di bawah terik matahari selama 10 minit sambil melambai di tepi jalan raya tetapi tiada sesiapa yang datang membantunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa bersiap sedia dengan apa jua keadaan sekiranya berlaku perkara tidak dijangka seperti kerosakan, kemalangan dan sebagainya.

Jika anda berdepan dengan keadaan ini, jangan panik dan kekal bertenang supaya dapat berfikir dengan lebih rasional.

Kemudian, cuba sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan dengan menghubungi pihak yang boleh membantu atau meminta pertolongan dari pengguna jalan raya yang berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga


Wanita Luah Rasa Syukur Pekerja Alam Flora Baik Hati Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Baru-baru ini, seorang pemandu wanita berdepan situasi kurang menyenangkan selepas tayar kereta yang dipandunya secara tiba-tiba pecah dan menyebabkan dia tersadai di tepi jalan raya.

Kisah ini yang dikongsikan di laman Facebook Wow Online Shop menceritakan bahawa wanita berkenaan tidak mempunyai capaian Internet dan hanya mempunyai ‘line’ untuk membuat panggilan telefon sahaja.

Situasi berkenaan menyebabkan pemandu itu berdiri di bawah terik matahari sambil melambai ke arah jalan raya untuk meminta bantuan.

Namun selepas 10 minit berbuat demikian, difahamkan tiada sesiapa pun yang berhenti dan bertanya tentang situasinya.

Ada yang perlahankan kereta mereka dengan jarak yang dekat, kemudian mereka pergi meninggalkan saya. Ada juga yang tengok sahaja.

Pemandu wanita.

Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas seorang pekerja pembersihan Alam Flora bertindak memberhentikan kenderaan dan bertanya situasi yang berlaku kepada wanita berkenaan.

Sumber: Facebook Wow Online Shop

Selepas mengetahui perkara yang berlaku, lelaki tersebut memanggil beberapa orang rakannya untuk turun dari kenderaan dan membantu wanita itu untuk menukarkan tayar keretanya di bawah terik matahari.

Ada satu abang keluar dari kenderaan dan tanya kepada saya apa yang berlaku. Kemudian dia panggil kawan-kawan dia datang untuk tolong saya tukar tayar kereta di bawah cuaca panas.

Pemandu wanita.

Lebih menyentuh hati lagi, mereka juga menasihati wanita itu untuk memandu secara berhati-hati ketika meneruskan perjalanan.

Wanita berkenaan juga mengucapkan terima kasih dan menghargai pertolongan dari pekerja-pekerja Alam Flora tersebut yang baik hati untuk membantunya dalam situasi tersebut.


Netizen Puji Sikap Baik Hati Pekerja Alam Flora Itu

Perkongsian di Facebook tersebut telah meraih banyak reaksi positif dari netizen di ruangan komen apabila rata-rata daripada mereka memberikan pujian kepada sekumpulan pekerja Alam Flora yang baik hati untuk menghulurkan bantuan.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat bahawa masyarakat tidak seharusnya memandang rendah kepada pekerja pembersihan kerana mereka mungkin adalah ‘penyelamat’ anda tanpa disangka-sangka.

“Kadangkala kita jangan pandang rendah terhadap pekerjaan mereka. Kita juga perlukan bantuan mereka pada hari yang tak dijangka. Jadi lebih baik kita hormat antara satu sama lain,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, seorang netizen pula memberi cadangan supaya terus menghubungi syarikat insurans kenderaan di talian yang tertera pada pelekat kenderaan sekiranya berdepan situasi seperti ini.

Sumber: Facebook

Apa Perlu Buat Jika Tayar Keret Pancit Ketika Memandu?

Tidak dinafikan, situasi di mana tayar kereta pancit atau pecah secara tiba-tiba boleh berlaku tanpa dijangka ketika sedang memandu di jalan raya.

Sekiranya anda berdepan keadaan seperti ini, berikut adalah panduan seperti yang dikongsikan di laman web Carsome:

  1. Kekal bertenang.
  2. Kawal stereng dengan kemas dan brek perlahan-lahan.
  3. Berhenti di lokasi yang selamat dan rata.
  4. Hidupkan lampu kecemasan.
  5. Letakkan segi tiga amaran atau warning triangle sekurang-kurangnya 45 meter dari belakang kereta.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Selepas selesai melakukan perkara di atas, anda boleh menggantikan tayar baharu dengn cara seperti berikut:

  • Menyediakan alatan yang diperlukan seperti jack kereta, spanar, tayar ganti dan kunci nat tayar.
  • Longgarkan nat tayar menggunakan spanar untuk menanggalkan skru tayar.
  • Letakkan jack kereta di kedudukan yang berhampiran dengan tayar.
  • Keluarkan nat kereta dengan melawan arah jam dan tarikh keluar tayar daripada kereta.
  • Gantikan dengan tayar baharu dan ketatkan semula nat tayar.
  • Kemudian, turunkan kereta dan pijak spanar untuk memastikan cengkaman skru kuat dan selamat.

Selepas menukar tayar ganti, anda disarankan untuk menukar tayar baharu di bengkel dengan segera kerana tayar ganti hanya boleh bergerak dalam lingkungan 80 hingga 113 kilometer sahaja dengan kelajuan maksimum 80km/j.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Perodua Akhirnya Setuju Beli Semula Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd