Now Reading
Individu Dakwa Jumpa Cicak Dalam Bungkusan Roti, Ini Penjelasan Dari Syarikat Terlibat

Individu Dakwa Jumpa Cicak Dalam Bungkusan Roti, Ini Penjelasan Dari Syarikat Terlibat

Roti berkenaan sudah hampir separuh dimakan oleh wanita tersebut sebelum menemui bendasing berwarna hijau gelap di bahagian tengah yang dipercayai seekor cicak.

sunshine bakeries roti ada cicak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebersihan dalam masakan atau pembuatan makanan adalah salah satu aspek yang sangat penting kerana ia berkait dengan kesihatan tubuh badan seseorang.

Bayangkan kalau tiba-tiba ada bendasing yang tidak sepatutnya dalam makanan korang? Mesti ramai yang geli dan loya, betul tak?

Sebelum ini, sesetengah individu pernah berdepan situasi di mana mereka terjumpa bendasing seperti kuku, paku, mata kail dan ulat dalam bungkusan makanan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Didakwa Jumpa Kuku Manusia Dalam Bungkusan Coklat Bikin Ramai Geli. Jijik!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli

Baca Artikel Berkaitan: KKM Minta Trend ‘Nasi Paku’ Di Kelantan Dihentikan Segera


Pelanggan Dakwa Terjumpa Cicak Mati Dalam Bungkusan Roti

Situasi hampir sama berlaku kepada seorang lagi pelanggan apabila dia mendakwa terjumpa seekor cicak yang sudah mati di dalam bungkusan roti dibeli dari kedai serbaneka.

Kejadian itu dikongsikan di laman Instagram (@sgfollowsall) dengan menceritakan tentang seorang wanita di Singapura yang dipercayai tergigit ‘ekor cicak’ ketika sedang memakan roti tersebut.

Sumber: Instagram @sgfollowsall

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, roti tersebut adalah jenis Enriched Butter Sugar Wholemeal dari jenama Sunshine Bakeries.

Kalau korang tengok gambar tersebut, roti berkenaan sudah hampir separuh dimakan sebelum wanita itu menemui bendasing berwarna hijau gelap di bahagian tengah.


Netizen Tengok Pun Sudah Loya!

Hantaran yang dimuat naik itu membuatkan ramai netizen turut berasa loya selepas melihat keberadaan ‘haiwan perosak’ itu berada di dalam bungkusan roti.

Malah, ada juga netizen yang sempat membuat gurauan kononnya cicak tersebut boleh menjadi sumber protein tambahan.

Dalam pada itu, sesetengah netizen berpendapat pihak berkuasa perlu mengambil serius tentang isu ini dan membuat pantauan di kilang jenama roti terbabit.

Sumber: Instagram

Jenama Sunshine Bakeries Beri Penjelasan

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram (@sunshinebakeries), syarikat tersebut peka dengan isu yang berlaku dan tampil memberikan penjelasan secara terbuka.

Menurut Sunshine Bakeries, Ssbuah kedai yang menjual roti jenama tersebut di Singapura telah memaklumkan bahawa seorang pelanggan mereka telah memulangkan produk yang dibelinya dan meminta wang pampasan sepenuhnya selepas menjumpai cicak dalam bungkusan roti.

Kejadian yang berlaku pada 3 November ini membuatkan syarikat berkenaan cuba untuk mendapatkan butiran maklumat pelanggan berkenaan tetapi tidak berjaya.

Susulan insiden terbabit, sampel roti berkenaan telah diambil untuk siasatan lanjut juga pada hari sama.

Namun siasatan yang dilakukan mendapati sample berkenaan sebenarnya adalah lebihan dari doh roti.

Siasatan mendapati bahawa sampel sudah disemak menggunakan mikroskop dan mengesahkan bahawa doh diperbuat daripada campuran air dan yis. Tiada bangkai serangga atau haiwan perosak yang mati dijumpai dalam sampel. Selepas melihat kepada bau dan tekstur, sampel berkenaan adalah lebihan dari doh roti.

Kenyataan dari Sunshine Bakeries.

Jelas Sunshine Bakeries lagi, kilang mereka mempunyai sijil halal dan memegang FSSC 22000, HACCP dan ISO 9001 bagi memastikan keselamatan makanan dan kualiti terjamin kepada pelanggan.

Mereka turut meminta maaf atas kerisauan yang timbul dan sentiasa mengambil serius dengan segala aduan yang diterima.

Baca Artikel Berkaitan: Sunshine Bread Perkenal Roti Pandan Homestyle Terbaharu Untuk Dinikmati Seisi Keluarga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd