Now Reading
[Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli

[Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli

Menerusi video dikongsikan oleh si perakam, kelihatan beberapa ulat berwarna putih berada di atas nasi goreng berkenaan.

Nasi goreng ada ulat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kebersihan merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan oleh semua peniaga makanan.

Ini kerana, makanan atau premis yang tidak dikendalikan dengan bersih boleh mengundang masalah kesihatan kepada pelanggan.

Lebih buruk lagi apabila pelanggan mengalami masalah keracunan makanan sehingga meragut nyawa disebabkan sikap culas segelintir peniaga yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan.

Tular video pelanggan jumpa ulat dalam nasi goreng

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan pelanggan menjumpai ulat di dalam makanannya ketika berkunjung di sebuah restoran dipercayai di Ampang.

Menerusi video Tiktok dikongsikan oleh Miszzazura, kelihatan pelanggan berkenaan menunjukkan satu hidangan nasi goreng yang dipesannya di sebuah restoran.

Dia kemudian meminta orang ramai yang melihat video berkenaan untuk memerhati nasi goreng tersebut dengan teliti.

Beberapa ulat berwarna putih ditemukan

Tidak lama kemudian kelihatan beberapa ekor ulat berwarna putih dengan saiz yang kecil berada pada nasi gorengnya malah apa yang lebih meloyakan haiwan tersebut masih hidup dan bergerak.

“Perhatikan betul-betul, nampak tak? Kedai mamak lokasi Tasek Permai Ampang,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@miszzazura/video/7242581734565432594?_r=1&_t=8d5fhKuIuEE

Kebersihan masak makanan di rumah lebih terjamin

Melihat di ruangan kapsyen Miszzazura turut menyifatkan lebih baik makanan dimasak di rumah kerana kebersihannya lebih terjamin.

Dia dalam masa sama turut mendakwa penduduk di kawasan ampang pasti tahu di mana kedai yang dimaksudkan itu kerana dipercayai ia kedai makan terkenal.

“Entahlah nak cakap apa.. baik masak dekat rumah sahaja terjamin kebersihannya tak begitu?

“Orang Ampang mesti tahu kedai mana.. sebab terkenal sangat kedai ini,” katanya.

Melihat di ruangan komen, video tersebut turut membuatkan orang ramai berasa geli sehingga ada yang menyatakan mereka tidak lagi mahu makan di luar.

“Allahuakbar macam tu sekali ulatnya”

“Ya Allah kembang tekak rasa macam tak nak makan luar dah”

“Kenapa ulat tak mati walau dah masak.. agak aneh hmm sebab nasi goreng”

“Ini kalau aku jenis tak tengok memang kenyang jelah telan”

BACA JUGA: [Video] Peniaga Tak Puas Hati Review Jujur Influencer, Siap Dedah Letak ‘Special Ingredient’ Buat Netizen Tergamam

BACA JUGA: Aksi 2 Individu Minum Air Di Pasar Raya Dan Letak Semula Buat Ramai Bengang [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd