Now Reading
Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua

Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua

Antara perkara yang perlu dititik beratkan oleh peniaga bazar adalah dari aspek kualiti makanan dan minuman yang dijual.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang dari sebulan, umat beragama Islam akan bertemu kembali dengan bulan yang paling ditunggu-tunggu iaitu Ramadan.

Itulah masanya di mana umat Islam akan melakukan ibadah berlipat-lipat kali ganda bagi mendapatkan keredaanNya. Bukan itu sahaja, orang ramai juga berkesempatan mengunjungi bazar Ramadan yang akan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara.


Pesanan Ringkas Public Health Malaysia Buat Peniaga Bazar

Sudah tentu ramai di antara anda berasa tidak sabar untuk membeli pelbagai jenis makanan, namun banyak juga kes di mana pembeli membuat aduan tentang kesilapan sering dilakukan oleh peniaga bazar.

Sumber: MKN

Kalau anda lihat di media sosial pada setiap tahun menjelang bulan Islam tersebut, sudah tentu ada sahaja pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis atau produk oleh peniaga.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman X (Twitter @arfdy12) telah berkongsi ciapan mengenai pesanan Public Health Malaysia (PHM) terhadap peniaga yang akan beroperasi di bazar Ramadan. Antaranya adalah memastikan air dimasak terlebih dahulu bagi penjualan Air Balang.

Selain itu, buat mereka yang menjual Murtabak, anda harus menjaga kebersihan dengan membasuh terlebih dahulu salah satu bahan utama iaitu telur.

Sumber: X

Hantaran itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai di mana golongan netizen juga mengambil peluang menitipkan beberapa pesanan kepada usahawan yang akan berniaga di bazar Ramadan.


Pesanan Netizen Buat Peniaga Bazar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata daripada mereka dilihat meminta para peniaga untuk membaiki servis bisnes. Pesanan yang diberikan dipercayai daripada pengalaman orang ramai itu sendiri.

Berikut kami sertakan pesanan daripada golongan warganet. Buat anda yang akan berniaga di bazar nanti, take note!

#1. Inti Karipap Harus Padat
Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat

#2. Jangan Jual Makanan Sudah Lama
Sumber: X
#3. Atur Sistem Niaga
Sumber: X
#4. Jangan Jual Air Guna Akuarium
Sumber: X
#5. Jangan Guna Glove Sentuh Makanan Untuk Perkara Lain
Sumber: X
#6. Dapatkan Suntikan Typhoid
Sumber: X
#7. Pastikan Makan Sedap & Secukup Rasa
Sumber: X
#8. Elak Bungkus Makanan Terlalu Awal
Sumber: X
#9. Kawal Harga Makanan
Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais

#10. Sediakan Perkhidmatan Bayaran Secara ‘Cashless’
Sumber: X

Kepentingan Suntikan Typhoid Buat Para Peniaga

Untuk info, setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran, kafe, kantin sekolah dan bazar harus melengkapkan tiga perkara iaitu Kursus Pengendali Makanan, suntikan typhoid dan menjalani saringan kesihatan.

Sekiranya peniaga bukan warganegara, FOMEMA dan permit yang sah diperlukan sebagai tambahan.

Vaksin anti-typhoid adalah satu kewajipan dalam golongan peniaga bagi mengelakkan penyakit demam kepialu daripada merebak.

Sumber: Pexels

Demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi. Bakteria tersebut terdapat di dalam darah, air kencing dan najis pesakit serta najis pembawa.

Oleh disebabkan itu, peniaga harus cakna tentang pengambilan vaksin berkenaan kerana ia makanan yang dijual mampu memberikan kemudaratan.


Peranan Pembeli Di Bazar Ramadan

Kepada para pelanggan pula, ada juga beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa mengunjungi ke bazar Ramadan. Antaranya:

Sumber: Lazada/Pexels
  • Elakkan pembaziran dan jangan beli makanan mengikut nafsu.
  • Jangan buat sampah merata-rata.
  • Beratur apabila hendak membeli di sesebuah gerai.
  • Bawa mangkuk tingkat bagi mengurangkan penggunaan bungkusan plastik.
  • Digalakkan memakai pelitup muka di tempat yang sesak.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd