Now Reading
Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!

Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!

Macam-macam jenis pilihan makanan serta minuman yang anda boleh jumpa di bazar Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba bulan puasa, percayalah bazar Ramadan akan ada di mana-mana sahaja sekitar Malaysia.

Sebahagian daripada kita kalau tak pergi bazar waktu bulan Ramadan memang tak sah. Tapi sejak pandemik melanda negara, ada yang sudah kurang mengunjungi lokasi ini.

Ada juga yang langsung tak pernah pergi bazar pun ada!

Sama ada anda golongan ‘veteran’ atau pertama kali, berikut adalah beberapa tips untuk memastikan kunjungan anda ke bazar Ramadan lebih efisien. Tak adalah pulang dengan hampa dan tangan kosong.

Antara tips tersebut adalah seperti:

1. Pergi awal kalau nak cari makanan spesifik

Di bazar, memang akan ada banyak gerai dan makanan. Rambang mata!

Orang pun confirm ramai juga kan? Jadi, kalau anda datang lewat sikit ke bazar, berkemungkinan makanan yang nak dibeli sudah kehabisan.

Bazar Ramadan biasanya beroperasi dari kira-kira jam 4 pm hingga 7.30 pm. Jam berapa yang sesuai kita pergi bazar?

Ada sesetengah makanan kalau kita lambat datang, memang akan kehabisan.

Kalau pergi jam 4 pm mungkin awal sangat pula sebab ada sesetengah gerai yang masih belum buka. Tapi bergantung kepada anda juga.

Rasanya jam 5 pm adalah waktu yang paling sesuai. Kalau nak pergi sejam sebelum berbuka pun okey tapi bila datang pukul 7 pm, memang ikut nasiblah kalau ada makanan lagi.

Selalunya gerai yang menjual makanan berat seperti nasi dan lauk-pauk akan sudah dijual pada waktu itu. Mungkin yang tinggal adalah makanan seperti kuih-muih minuman serta snek bergoreng.

2. Pergi lambat kalau nak dapat diskaun

Orang selalu suruh datang bazar awal, tapi tips kedua ini pula agak bercanggah dengan sinonim rakyat Malaysia. Tetapi sebenarnya ini adalah strategi yang bagus kalau anda nak dapatkan diskaun harga mengikut bajet.

Dari harga RM3 untuk satu minuman, tak mustahil anda boleh dapat RM5 untuk dua minuman. Yang lagi best, ada juga peniaga buat tawaran beli dua percuma satu.

Begitu juga dengan kuih-muih. Dari RM3 atau RM2 sebungkus, harga boleh turun sehingga RM1 sahaja.

Minuman dan kuih-muih yang kebiasaannya mendapat diskaun. (Sumber: @AmniBetty_, @hzlqh / Twitter)

Tak tipu! Memang tawaran seperti ini biasanya akan diberikan apabila masuk jam 7 pm dan kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum berbuka puasa.

Waktu itu, memang kebanyakan peniaga nak menghabiskan stok jualan mereka dan ingin pulang ke rumah. Pada masa ini, anda memang orang yang bertuah!

Namun, tawaran tersebut biasanya hanya diberikan kepada beberapa jenis makanan dan minuman.

Jangan pula anda mengharapkan harga Ayam Percik dan Roti John akan jadi sangat murah walaupun anda datang lewat ke bazar. Of course makanan yang paling laris akan habis dijual dulu.

3. Tahu lokasi bazar

Perkara ini memang penting kepada anda yang pertama kali mengunjungi bazar tanpa seseorang yang sudah ke sini lebih daripada dua kali.

Penting untuk tahu lokasi tapak bazar. Adakah di tepi jalan yang besar dan luas? Atau di ruangan pasar malam seperti di stadium atau tempat letak kereta?

Kiri: lokasi di jalan yang luas. Kanan: lot kedai.
(Sumber: @EllyMdesa, @EleenKasim / Twitter)

Kalau anda pertama kali datang ke bazar, kami cadangkan anda untuk meletak kereta di kawasan yang jauh sedikit dari tapak bazar. Ini bagi mengelakkan anda mencari jalan untuk keluar kerana kawasan terlalu sesak dengan orang ramai.

Kalau ada ruang letak kereta yang disediakan pun lagi bagus. Ingat ya, jangan ‘double park’ melainkan ada individu yang boleh memandu di dalam kereta tersebut.

Selalunya orang ramai tidak akan menghabiskan masa terlalu lama di bazar. Jadi, fikir dulu sebelum anda tak nak dimalukan sebab kena hon lama-lama oleh pemandu lain.

4. Mempunyai bajet yang baik

Masalah yang selalu dihadapi bila datang bazar Ramadan adalah kita akan beli berbelanja secara tamak. Mana tidaknya, semua makan nampak sedap!

Pro tip: Jangan syok sangat beli macam-macam. Tak habis nanti.

Beli apa yang anda perlukan sahaja. Kalau teringin nak makan macam-macam boleh je beli hari lain. Tak lari ke mana pun bazar tu okey?

Kalau ikut secara saintifiknya, memang manusia akan mudah berbelanja dengan lebih banyak bila dalam keadaan lapar. Hati-hati ya!

Selalunya orang ramai akan membeli menu seperti ini dengan banyak.

Kalau anda berbuka seorang diri, cukup dengan satu makanan berat, minuman dan satu atau dua jenis snek. Tapi jika beli untuk sekeluarga, confirm kena beli banyak.

Tapi pastikan menu yang dibeli untuk dibeli mengikut keperluan. Tak perlu rasanya beli tiga jenis kek yang berbeza atau tiga jenis minuman.

Lebih eloknya pantaulah bajet anda kerana harga barang sekarang ini semakin mahal.

5. Bawa duit yang mencukupi

Benda paling wajib dibawa ke bazar adalah wang tunai. Jangan pula nanti penat-penat beratur, sekali tengok duit yang kita ingat ada, rupanya ‘hilang’.

Tetapi zaman sekarang pun dah canggih kerana adanya penggunaan eWallet. Dengan cara ini, anda cuma perlu pastikan akaun e-Wallet yang digunakan mempunyai baki yang mecukupi.

Bazar Ramadan sekarang ini pun dah cashless. Jadi, siap sediakan diri anda dan duit yang mencukupi untuk berbelanja dengan bijak.

6. Pusing dua kali kalau takut terlepas pandang

Ini adalah satu tips yang mudah kalau anda ingin berkunjung ke bazar Ramadan dengan lebih efisien.

Lalu jalan yang sama sebanyak dua kali. Pusingan pertama kita akan tengok menu apa yang dijual manakala pusingan kedua pula anda perlu pastikan sudah ada ‘target’ nak beli apa.

Sepanjang berada di bazar, anda akan nampak macam-macam menu. Antaranya Ayam Percik, Murtabak, Roti John, Tepung Pelita, Kebab, Mee Goreng atau Kuey Teow, Ayam Goreng, Bandung Soda, Watermelon Laici, Mangga, Kathira dan Soya.

Jangan beli semua ya! Tahu tengah lapar waktu tu. Bila dah sampai hujung bazar, cepat-cepat buat keputusan nak beli apa dan pergi semula ke gerai tersebut.

Jangan pula tercari-cari lagi nak makan apa bila dah masuk dua kali ‘tawaf’ bazar tu.

7. Jadi pengguna Mesra Alam

Bila datang ke pasar malam atau bazar Ramadan, mesti ramai yang akan pegang berbungkus-bungkus beg plastik. Selepas makan, plastik itu akan dibuang begitu sahaja. Rasa tak elok pula bila kita buang banyak plastik.

Apa kata anda bawa sendiri beg, plastik atau bekas makanan untuk tapau makanan bawa balik. Kan lagi senang dan mesra alam, betul tak?

Sumber: Anne Dorall/ TRP

Boleh juga tapau Nasi Ayam, Takoyaki, atau Yong Tau Foo dalam bekas yang berasingan.

BACA JUGA: What Kind Of Tupperware Is THE Best To Bungkus Ramadan Dinner?

Ada banyak sebenarnya tips kalau anda nak explore bazar Ramadan. Pelbagai jenis pilihan makanan serta minuman yang anda akan jumpa di bazar yang besar seperti di stadium dan tapak pasar malam.

Yang penting patuhi SOP, pakai pelitup muka, scan MySejahtera dan jaga penjarakan sosial.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd