Now Reading
“Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat

“Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat

Demi menyelamatkan orang ramai daripada menjadi mangsa, wanita tersebut turut mendedahkan lokasi sebenar bazar ramadan tersebut iaitu di kawasan Sungai Isap, Kuantan Pahang.

karipap berkulat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kuih-muih kebiasaannya akan menjadi salah satu juadah berbuka puasa yang boleh dikatakan wajib. Zaman sekarang ini pula pelbagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan sehinggakan rambang mata, tak tahu nak pilih dan beli yang mana.

Tetapi, pilihan paling tepat dan ‘common’ akan dibeli adalah karipap.

Siapa je tak makan karipap, kan? Paling suka karipap adalah budak-budak. Bagi satu je memang tak cukup, mereka akan meminta lebih sehinggalah kenyang.


Pelanggan Luah Rasa Kesal, Karipap Dibeli Di Bazar Ramadan Sekali Pakej Berlendir & Berkulat!

Walau bagaimanapun, lain pula kisah yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook (Emma Razali) ini apabila dia telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan kesal tentang apa yang ditemuinya setelah membeli kuih karipap di sebuah gerai di bazar ramadan. Hantaran tersebut dimuat naik sendiri olehnya kira-kira 18 jam lalu menerusi grup Warga Kuantan OFFICIAL.

Demi menyelamatkan orang ramai daripada menjadi mangsa, wanita tersebut turut mendedahkan lokasi sebenar bazar ramadan berkenaan iaitu di Sungai Isap, Kuantan Pahang.

Assalamualaikum. Kepada peniaga-peniaga bazaar Ramadan rasanya dah byk kali viral pasal makanan-makanan yg tak elok, tak sangka harini terkena pada saya juga. Harini saya ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT. Mak dan kakak sy dah termakan sekali gigit, kakak saya bagitahu karipap rasa pahit, bila dibuka tengok inti terkejut tengok inti dah berkulat. Kulit karipap pun berminyak mcm dah byk kali goreng. Bila dibuka satu-satu karipapnya, mmg semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah! Seumur hidup saya ini makanan yg paling teruk yang pernah saya beli. Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat, mcm dah 3 ke 4 hari punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula.

Emma Razali, menerusi Facebook.

Dia turut kesal jikalau makanan tersebut turut dimakan oleh kanak-kanak serta ibu mengandung dan akan membahayakan kesihatan golongan ini.

Bayangkan kalau makanan sampah mcm ni dimakan kanak2/ibu mengandung, berbaloi ke dgn untung jualan karipap tu menyebabkan org lain sengsara keracunan makanan? Nak menjual biarlah ikhlas dan bertanggungjawab.

Emma Razali, menerusi Facebook.

Foto ‘Close-up’ Karipap Berkulat Bazar Ramadan Sungai Isap, Kuantan

“Seeing, is believing”.

Oleh itu, wanita ini bertindak memuat naik gambar-gambar ‘close-up’ karipap yang dibelinya itu bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa perkara itu benar-benar terjadi kepada diri dan keluarganya.

Sumber: Facebook/Emma Razali

Wanita ini juga menegaskan bahawa dia akan datang semula ke gerai tersebut dan menunjukkan sendiri kepada si penjual untuk menilai sendiri tentang tahap kualiti makanan yang dijual buat orang ramai.

Di sini sy sertakan gambar2 close up setiap satu karipap berkulat tu, warga kuantan boleh nilaikan sendiri mcm mana. Sy mmg bkn sejenis suka viral2 kan, tp bg sy isu makanan berkulat dijual pd org ni tahap melampau dan tak boleh diterima akal. Esok sy akan dtg sendiri berjumpa penjual kuih tersebut dan bawa karipap kulat ni utk dia nilai sendiri tahap kualiti makanan yg dijual, harap akak jgn tutup gerai pulak ya.

Emma Razali, menerusi Facebook.

Menjual Makanan Rosak Boleh Didakwa & Pengguna Boleh Buat Laporan!

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasar raya yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Malah, Tan Sri Datuk Noor Hisham Abdullah, selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia beberapa hari lalu juga telah mengeluarkan kenyataan media tentang nasihat keselamatan makanan bersempena dengan bulan Ramadan.

Pihak KKM dalam masa yang sama juga menasihati orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pengguna bagi memastikan produk makanan dibeli adalah bersih dan selamat.

Pengguna disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelak makanan yang rosak atau tercemar.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pertanyaan tentang isu keselamatan makanan boleh disalurkan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui LINK INI atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd