Now Reading
Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais

Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais

Pelanggan mendakwa air yang pada asalnya berharga RM5 telah menjadi RM8 kerana dia meminta peniaga itu untuk mengurangkan ais dalam bungkusan minuman.

peniaga caj RM3 bila pelanggan minta kurangkan ais

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bazar Ramadan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai bagi membeli juadah untuk berbuka puasa. Antara hidangan yang popular adalah Roti John, Kuih Tepung Pelita, Ayam Percik dan sebagainya.

Sejak belakangan ini, ramai pelanggan yang pergi ke bazar Ramadan memberi pendapat bahawa sesetengah makanan dan minuman dijual pada hari agak mahal berbanding kebiasaan.

Segelintir pelanggan mendakwa harga murtabak yang dibeli oleh mereka sekitar RM12. Kalau dijual di pasar malam biasa, selalunya ia dijual pada harga RM6 atau RM7 sahaja.

Sumber: MalayMail

Peniaga Caj RM3 Jika Pelanggan Minta Kurangkan Ais Dalam Minuman Jualannya

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@eshamsoda) apabila dia berkongsi kisah ketika membeli bungkusan air minuman strawberi di sebuah gerai ketika mengunjungi bazar Ramadan sekitar Kajang.

Lelaki itu meluahkan rasa terkejut apabila dia dikenakan caj tambahan RM3 oleh peniaga kerana meminta untuk mengurangkan ais dalam bungkusan air yang ingin dibeli.

Pelanggan tersebut mendakwa harga sebungkus air dengan caj tambahan itu yang kini berjumlah RM8 adalah terlalu mahal.

Dia juga sempat menjelaskan kepada peniaga bahawa airnya masih mempunyai ais dan hanya meminta untuk dikurangkan sedikit sahaja. Namun, dia terpaksa juga membayarnya kerana air itu telah siap dibungkus.

Saya cakap kurang ais je, bukan tak ada ais. Tapi bapa dia kata tetap kena tambah RM3. Aku pun fikir bulan Ramadan kan, tengok kedai dia tak ada orang. Anak dia pun kesian tengok.

Pengguna TikTok @eshamsoda.

Pada masa sama, lelaki itu meluahkan rasa kesal terhadap perkara yang berlaku kerana dia menjelaskan bukan mudah untuk mencari duit bagi kelangsungan hidup.

Sedih jugalah bawa motor sambil fikir RM8 kena bayar untuk satu bungkus air ni. Bukan senang nak cari duit, tak apalah.

Pengguna TikTok @eshamsoda.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan meraih 106,100 jumlah tontonan setakat artikeli ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@eshamsoda/video/7215163340400659717

Netizen Kesal Sikap Peniaga Yang Mahu Mengaut Keuntungan Dari Pelanggan

Di ruangan komen video tersebut, ramai pelanggan meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga jualan serta mengenakan caj tambahan seperti yang berlaku kepada pengguna TikTok ini.

Segelintir netizen pula mendakwa mungkin air kordial yang digunakan oleh peniaga itu adalah dari jenama mahal.

Ada juga netizen meminta lelaki berkenaan membuat ‘review’ sama ada air yang dibeli dengan harga RM8 sedap atau tidak. Katanya sedap juga air itu.


Pelanggan Boleh Buat Aduan Kepada KPDNHEP Jika Peniaga Jual Dengan Harga Melampau

Sekiranya mana-mana pelanggan berdepan situasi sama di mana anda dikenakan bayaran agak mahal untuk hidangan yang dijual oleh peniaga, anda boleh membuat laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP untuk tindakan lanjut melalui:

  • WhatsApp: 019-279 4317/019-848 8000.
  • Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre: 1-800-886-800
  • Emel: e-aduan@kpdnhep.gov.my dan Ez ADU KPDNHEP.

BACA JUGA: Kod QR, Letak Tanda Harga & 3 Lagi Tips Untuk Peniaga Di Bazar Ramadan Nanti

BACA JUGA: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd