Now Reading
Isu Perlukah Kedai Makan Berniaga Ketika Hujung Minggu & Cuti Umum Jadi Topik Hangat Netizen

Isu Perlukah Kedai Makan Berniaga Ketika Hujung Minggu & Cuti Umum Jadi Topik Hangat Netizen

Menurut lelaki dikenali sebagai Alep, hujung minggu dan cuti umum merupakan waktu puncak untuk para pelanggan singgah ke kedai selain memperoleh keuntungan tinggi buat peniaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bekerja sebagai seorang usahawan, pasti anda akan sentiasa memikirkan strategi dan taktik pemasaran bagi meningkatkan keuntungan jualan.

Mana tidaknya, mendapatkan keuntungan tinggi dalam sesuatu perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikecapi lebih-lebih lagi jika terdapat banyak persaingan di kawasan sama.

Dalam konteks itu, seorang pengguna laman X (Twitter) berpendapat bahawa tindakan sesetengah peniagaan yang tidak beroperasi ketika waktu orang sedang bercuti hanyalah satu kerugian buat para peniaga.


Lelaki Ini Anggap Peniaga Boleh Raih Untung Tinggi Jika Operasi Pada Hujung Minggu & Cuti Umum

Menerusi ciapan di akaun @AlepAdon, lelaki itu memberikan pendapatnya tentang kiosk niaga yang tidak beroperasi semasa cuti hujung minggu atau cuti umum.

Alep yang juga merupakan seorang peniaga warung tepi jalan berkata dia tidak memahami keputusan dilakukan oleh sesetengah peniaga lain untuk bercuti semasa waktu puncak tersebut.

Jelasnya, hari yang dikatakan bakal dipenuhi dengan jumlah pengunjung yang ramai itu akan menyebabkan banyak keuntungan bakal diperoleh jika kedai beroperasi pada hari itu.

“Itulah sepatutnya jadi hari yang boleh ‘pulun’ sales. Kalau (peniaga) cuti ketika hari bekerja lagi syok. Nak berjalan pun tak sesak,” katanya merujuk kepada satu ciapan memperlihatkan sebuah medan selera yang tutup dengan hanya seorang sahaja peniaga beroperasi.


Netizen Tak Setuju Dengan Pendapat Dilontarkan Lelaki Itu

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna laman X tidak bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Alep. Segelintir individu antaranya seorang peniaga berkata ia bergantung kepada faktor, seperti jumlah pelanggan di sesebuah lokasi.

“Bergantung kepada crowd area situ. Akak memang cuti Sabtu Ahad sebab area tempat akak niaga ni tak sibuk macam hari biasa orang bekerja dan budak-budak sekolah.

“Kena kurangkan risiko kerugian. Bahaya juga buka gerai sorang, risiko ragut dan rompak sebab lenggang,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang menggangap bahawa para peniaga memerlukan hari cuti tersebut untuk berehat dan mengumpulkan tenaga selepas ‘pulun’ bekerja.

“Peniaga kecil tak bod*h untuk pulun kerja 24 jam. Selalunya yang berniaga ni dah boleh faham pattern to make money and rest. Kerja kena pandai jangan main ‘pulun’ je,” ujar seorang warganet.

Malah ada juga beranggapan bahawa peniaga yang menjual makanan seperti ‘nasi campur’ akan mengalami kerugian pada cuti hujung minggu kerana para pelanggan dikatakan lebih memasak di rumah.

“Kalau jual makanan seperti nasi campur sebenarnya sales akan susut secara ketara pada hujung minggu. Sebab yang beli setiap hari kebanyakannya keluarga atau individu bekerja. Hujung minggu ramai yang masak sendiri sebab ada masa,” jelas seorang netizen.

Sumber: X

Namun ada juga yang setuju dengan pendapat Alep mengenai peluang mendapatkan lebih banyak sales pada cuti hujung minggu khususnya bagi peniaga yang mempunyai peminat dari kawasan luar.

Sumber: X
Sumber: X

Buat para peniaga yang sedang bergelut untuk meningkatkan ‘sales’ jualan bisnes, jangan cepat mengalah dan kekal semangat okay? Yang penting kena sentiasa berusaha bagi mencapai impian tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Untung Sikit Pun Takpe” – Peniaga Ayam Penyet Tawar Nasi & Sup Free Flow Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Mencurah, Peniaga Popia Syukur Pelanggan Bertambah Lepas Shaheizy Sam Singgah Ke Kedai

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd