Now Reading
Aksi 2 Individu Minum Air Di Pasar Raya Dan Letak Semula Buat Ramai Bengang [Video]

Aksi 2 Individu Minum Air Di Pasar Raya Dan Letak Semula Buat Ramai Bengang [Video]

Menurut beberapa pengguna media sosial, kejadian tersebut didakwa berlaku di Brunei dan tindakan yang dilakukan oleh mereka sekadar konten ‘prank’ semata-mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memperlihatkan beberapa individu yang mengambil kesempatan dengan meminum air yang dijual di sebuah pasar raya tanpa membelinya terlebih dahulu.

Namun apa yang menjijikan ialah air tersebut kemudiannya ditutup dan diletakkan semula di tempat asalnya sebelum individu terbabit bersama rakannya beredar dari kawasan itu.

Minum air tanpa membeli dan letakkan semula di tempatnya

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @encikcb, kelihatan jelas seorang lelaki sedang meminum air yang diambil daripada peti sejuk pasar raya tersebut dan meletakkannya kembali.

“Kalau kau orang jumpa mahkluk (manusia) macam ni apa korang buat?” tulisnya di dalam video.

Pada video sama, kelihatan seorang lagi gadis turut melakukan hal tersebut, tanpa rasa bersalah dia meminum air yang berada di situ dan kemudiannya meletakkan kembali serta mengambil minuman yang baharu.

“Lahanat punya orang! Minum terus, lepas itu letak semula! Dia orang ni datang dari planet mana?” tulisnyanya lagi.

Tindakan meminum air tanpa membayarnya terlebih dahulu merupakan satu kesalahan dan apa yang lebih dikesalkan adalah air tersebut kemudiannya diletakan semula.

Pelanggan yang lain mungkin akan terbeli air yang sudah diminum

Hal sebegini pastinya menjadikan ramai orang berasa marah kerana ia boleh menyebabkan pelanggan yang tidak bersalah terbeli air tersebut yang sudah diminum mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan dua individu terbabit serta meminta agar tindakan dikenakan terhadap mereka.

Selain itu, video tular tersebut turut menyebabkan orang ramai menjadi semakin was-was untuk membeli minuman di pasaraya dan harus sentiasa memeriksa penutup botol sebelum membelinya.

Dakwa kejadian berlaku di Brunei, video tersebut sekadar konten

Bagaimanapun, terdapat beberapa pengguna laman TikTok yang mendakwa kejadian tersebut sebenarnya berlaku di Brunei dan tindakan yang dilakukan oleh mereka hanyalah sekadar konten ‘prank’ semata-mata.

Namun akibat kesalahan tersebut mereka dikatakan sudah ditangkap oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd