Now Reading
“Dugaan Hari Ni” – Sudahlah Kereta Rosak, Barang Niaga Ditinggalkan Bawah Selimut Pula Lesap Dicuri

“Dugaan Hari Ni” – Sudahlah Kereta Rosak, Barang Niaga Ditinggalkan Bawah Selimut Pula Lesap Dicuri

Peniaga yang menggunakan motosikal untuk membawa barangan bisnes meluahkan rasa sedih apabila lauk basah, alat penimbang dan khemah telah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang dunia perniagaan, ia sememangnya bukan satu proses yang mudah untuk ditempuhi.

Bukan sahaja golongan muda, malah mereka yang mempunyai banyak pengalaman dalam bisnes juga tidak lari dari berdepan masalah antaranya kes kecurian, kekangan wang, kos bahan mentah meningkat dan sebagainya.

Situasi perniagaan tersebut boleh dikaitkan dengan satu perumpamaan lama iaitu “air pun ada pasang dan surutnya.”


Pengusaha Bisnes Kecewa Barang Niaga Kena Curi

Seperti baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok milik (@mukhriznasir) menyaksikan barang-barang niaga yang ditinggalkan oleh seorang lelaki telah lesap dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan insiden kecurian itu berlaku di sekitar Ambangan Heights, Sungai Petani, Kedah apabila dia terpaksa meninggalkan barangannya di bawah selimut warna putih semalaman gara-gara keretanya rosak.

Antara barang yang hilang adalah seperti lauk basah udang, ikan, alat penimbang, khemah dan kotak polisterin ais.

Menurut Mukhriz, pada mulanya kereta yang sering dipandu untuk meletakkan barang-barang niaga mengalami kerosakan pada Gear Box.

Oleh itu, dia hanya boleh menggunakan motosikalnya untuk bergerak dari lokasi rumah yang jauh dan tidak mampu membawa barang-barang niaga banyak dalam satu masa.

“Kereta rosak, barang hilang pulak dah,” katanya dengan nada kecewa.

Insiden tersebut menyebabkan dia tidak dapat meneruskan perniagaan pada hari tersebut kerana tidak mempunyai bahan dan alat kelengkapan yang mencukupi.

“Nak berniaga apa? Barang hilang,” ujar Mukhriz lagi.

Sumber: TikTok (@mukhriznasir)

Netizen Beri Kata Semangat Kepada Peniaga Yang Sedih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan sokongan positif kepada Mukhriz dan berpesan untuk tidak berputus asa di kemudian hari.

“Sabar bang, ada rezeki lain Allah SWT nak bagi,” kata seorang pengguna TikTok.

Orang ramai juga sempat menitipkan doa agar perniagaan halal diusahakan oleh Mukhriz sentiasa maju dan berjaya pada masa akan datang.

“Ada pelangi selepas hujan,” ujar seorang wanita.

Lebih menyentuh hati apabila salah seorang netizen yang prihatin telah menawarkan sebuah khemah kepada peniaga itu bagi menolong perniagaanya.

“Meh saya belanja khemah baru, saya suka tengok anak muda rajin,” katanya.

Menerusi lagi satu hantaran yang dimuat naik, Mukhriz mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

https://www.tiktok.com/@mukhriznasir_/video/7290416975484898578

Dia turut mendoakan pelaku yang mencuri dilimpahkan rezeki.

Sumber: TikTok (@mukhriznasir)

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Sewa Kedai Tak Mampu” – Peniaga Indonesia Kecewa Bisnes TikTok Shop Dihentikan

Baca Artikel Berkaitan: “The End Of An Era” – Tyra Kamaruzzaman Sedih Perniagaan BeauTyra Dipercayai Terpaksa Dihentikan

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd