Now Reading
“The End Of An Era” – Tyra Kamaruzzaman Sedih Perniagaan BeauTyra Dipercayai Terpaksa Dihentikan

“The End Of An Era” – Tyra Kamaruzzaman Sedih Perniagaan BeauTyra Dipercayai Terpaksa Dihentikan

Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila hak dirinya telah ditarik selepas bertahun-tahun mengusahakan perniagaan BeauTyra.

_The End Of An Era_ - Tyra Kamaruzan Sedih Perniagaan Beautyra Terpaksa Dihentikan, Dipercayai Alami (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama seorang gadis berusia 24 tahun dikenali sebagai Tyra Kamaruzzaman atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman mula melonjak naik selepas membina sebuah perniagaan bernama ‘BeauTyra’ bersama bekas kekasihnya Aazief Khalid.

Perniagaan ini yang merupakan salah satu syarikat naungan CTDK Holdings telah mendapat sambutan yang cukup hangat dari tahun ke tahun selepas lebih banyak rangkaian produk dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, perniagaan kosmetik yang diusahakan oleh seorang ‘influencer’ bernama Tyra ini dikatakan terpaksa dihentikan operasi. Apa yang berlaku?


Tyra Kamaruzzaman Umum Perniagaan Kosmetik ‘BeauTyra’ Dipercayai Terpaksa Dihentikan Operasi

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram oleh Tyra (@tyrakmrzmn), gadis ini menjelaskan perniagaan yang diusahakannya selama lima tahun kini terpaksa dihentikan.

Sumber: BeauTyra

Sepanjang mengusahakan BeauTyra, dia perlu mendengar segala arahan yang diberikan oleh pihak atasan kepadanya. Namun Tyra percaya bahawa dia tidak boleh selamanya ‘terkurung’ sekiranya ingin meluaskan empayar miliknya.

Selama bertahun-tahun, saya telah mematuhi apa yang perlu dipatuhi. Saya mengikuti apa yang perlu, tetapi saya berpegang teguh pada kepercayaan bahawa untuk saya berkembang, saya tidak boleh terperangkap dalam sangkar dengan orang yang ‘memotong’ sayap saya. Saya perlu terbang, BeauTyra perlu terbang jauh.

Tyra Kamaruzzaman.

Tyra juga menceritakan detik permulaan dirinya memulakan perniagaan BeauTyra dengan menerima banyak cemuhan serta kata-kata negatif bahawa mereka akan mengalami kerugian pada tahun kedua.

Ramai yang cakap kami akan jatuh muflis pada tahun kedua kerana katanya ia sering berlaku kepada jenama tempatan. Malah, ada yang menjangkakan perniagaan kami semasa pandemik akan berakhir, tetapi kami tetap terus berjuang sehingga memasuki tahun kelima dalam industri.

Tyra Kamaruzzaman.
Sumber: Instagram @tyrakmrzmn

Selepas berjuang untuk BeauTyra, perniagaan tersebut kini terpaksa dihentikan atas masalah dalaman dan Tyra juga meluahkan rasa sedih sehingga mengalirkan air mata pada hari di mana hak dirinya telah ditarik.

Dalam Instagram Story dimuat naik oleh Tyra, dia merasakan momen ketika hak dirinya ditarik adalah seperti kehilangan segala usaha yang dilakukan selama ini untuk perniagaan BeauTyra.

Saya sudah hilang harapan dengan segala perkara yang saya usahakan selama ini. Saya hilang semangat, saya hilang perkara yang saya sayang, saya hilang segalanya.

Tyra Kamaruzzaman.

Susulan perkara yang berlaku, Tyra berazam untuk mengembangkan empayar perniagaannya dengan cara tersendiri.

“This isn’t a goodbye, but it’s a see you later”, kata Tyra.

Sumber: Instagram @tyrakmrzmn

Tyra juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama lima tahun dan berjanji akan kembali dengan semangat yang lebih kuat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Tyra juga memberitahu bahawa dia akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya.

Difahamkan, kesemua hantaran mengenai produk jualan di akaun Instagram BeauTyra juga telah dipadam.

Sumber: Instagram: BeauTyra

Netizen Beri Kata-kata Semangat Kepada Tyra Kamaruzzaman

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen terkejut mendengar pengumuman oleh Tyra dan meluahkan rasa sedih tentang perniagaan BeauTyra yang dikatakan terpaksa dihentikan.

Ini kerana ramai pihak yang menggemari produk kosmetik keluaran BeauTyra kerana dijual pada harga agak berpatutan serta berkualiti.

Pada masa yang sama, mereka juga memberikan kata-kata semangat buat Tyra untuk terus kuat menghadapi dugaan ini dan berharap rangkaian kosmetik BeauTyra akan kembali melebarkan sayapnya.


Perniagaan BeauTyra Oleh Tyra Kamaruzzaman

Perniagaan BeauTyra mula diusahakan dengan menjualnya di platform online iaitu Shopee pada pertengahan tahun 2018 ketika Tyra baru sahaja berusia 19 tahun.

Antara produk terawal yang dikeluarkan oleh BeauTyra pada ketika itu adalah rangkaian ‘blusher’ dengan siri yang diberi nama ‘Born To Blush’ dan mempunyai tiga pilihan warna iaitu Mermaid, Feline dan Flamenco.

Bermula dengan ‘blusher’, BeauTyra juga telah mengeluarkan beberapa barangan lain seperti gincu, mascara, minyak wangi dan pewangi rambut.

Sumber: BeauTyra

BeauTyra juga pernah menghasilkan produk gincu dengan berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Disney pada tahun lalu.

Usawahan muda ini turut berkongsi perjalanannya dalam perniagaan BeauTyra yang telah membolehkan dirinya mencapai sasaran jualan mencecah tujuh angka!

Kami tumpang bangga dan gembira apabila melihat anak gadis muda yang berjaya dalam mengusahakan perniagaanya.

Semoga perniagaan BeauTyra mempunyai sinar harapan lebih besar pada masa akan datang.

Sumber: Instagram Tyra Kamaruzzaman | Instagram BeauTyra


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd