[Video] Peniaga Tak Puas Hati Review Jujur Influencer, Siap Dedah Letak ‘Special Ingredient’ Buat Netizen Tergamam
Jelas pemilik restoran itu, hanya mereka yang bekerja dalam bidang perhotelan sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan dengan bahan khas itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Menjadi seorang ‘content creator’ dalam segmen mengulas makanan (food review) bukan lah sesuatu yang mudah walaupun masyarakat sering kali melihat kerjaya tersebut sebagai sesuatu yang senang dan santai untuk menjana pendapatan.
Jika makanan yang diulas dikatakan sedap walhal pada tekak pelanggan tidak, pasti akan ada sahaja kritikan yang akan diterima.
Namun jika memberi komen jujur dengan mengatakan makanan tersebut tidak sedap, peniaga pula yang akan terasa hati dan memberi kecamannya.
Pemilik restoran mengaku telah special ingredient dalam makanan
Seperti baru-baru ini, tular seorang individu dipercayai pemilik restoran mengaku meletakkan bahan khas (special ingredient) yang didakwa netizen sebagai bahan kotor di dalam makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.
Menerusi perkongsian di laman Twitter @Cikgu_Anep, dia berkongsi tangkap layar satu hantaran yang dimuat naik oleh restoran terbabit di laman Facebook.
Dalam hantaran tersebut, pemilik restoran mengaku telah meletakkan ‘special ingredient’ di dalam makan seorang influencer yang datang ke kedainya sebelum ini.
Kata pemilik restoran itu lagi, hanya mereka yang bekerja dalam bidang perhotelan sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan dengan bahan khas itu.
“Bilalah influencer (pempengaruh) ini nak datang kedai Tom. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena ‘special ingredient’ dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa Tom maksudkan,” tulisnya.
Difahamkan, restoran terbabit membuat hantaran tersebut kerana tidak berpuas hati terhadap seseorang influencer yang memberi ulasan jujur terhadap kedai berkenaan.
“Special Ingredient yang dimaksudkan adalah bahan kotor dan jijik”
Susulan itu, seorang pengguna media sosial membuat pendedahan mendakwa bahan khas dimaksudkan itu merupakan sesuatu yang jijik dan kotor yang sengaja diletakkan oleh tukang masak dalam makanan.
“Special ingredient itu kalau budak hotel maksudnya makanan itu sudah kena ludah atau kahak. Takda maksud tersirat lain dah, memang itu maksudnya.
“Walaupun bukan budak hotel pun tahu, banyak restoran yang buat. Kalau ada pelanggan ‘meroyan’ sikit, makanan diorang akan kena ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki, dan taik telinga.
“‘Special customer’ bermaksud pelanggan banyak bunyi. Jadi dapatlah apa-apa yang jijik untuk kenakan pelanggan yang kurang ajar itu,” jelasnya.

Sementara itu, pendedahan daripada restoran terbabit yang tular di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ramai rasa jijik dan dakwa restoran tersebut tidak boleh terima kritikan
Rata-rata pengguna media sosial mendakwa tindakan tersebut jika benar seperti didakwa merupakan sesuatu perkara yang sangat menjijikan.
Malah segelintir netizen juga mendakwa restoran tersebut sememangnya jenis yang tidak boleh menerima kritikan dari pelanggan mengenai makanannya.
jijik gila. dia memang nak tunjuk kat orang ke dia buat benda jijik macamtu? tah tah orang taknak datang dah kedai dia nanti
— anem hensem 🤏🏼 (@neymanem) May 17, 2023
Kedai ni mmg dari dulu ya. Tk bole terima kritikan. Org tegur sopan je. Trus kena hentam. Delete komen, block. Pstu ckp org dengki dgn dia. Kita ni customer. Buat ape pulak nk dengki dgn dia. Kita byr. Berhak la kita luahkan ape yg tk kena. Kalau bgtau dpn2 kang ajak gaduh pulak.
— Sorrows Sorrows Prayers (@hazlianaazhar) May 17, 2023
Jangan pelik kalau takde komen negatif yg banyak.
— Hariri Din (@hariridin) May 17, 2023
Boleh kata semua dah delete. Lepas tu block.
Bongkak kemain. Masalah betul. Dah berjaya sikit, orang tegur elok2 berlagak nak mampus replynya.
Kecewa jugak la. Selalu pegi ni. Tak sangka pulak teruk perangai owner dia.
KKM ambil maklum dan akan menyusul kes tersebut sewajarnya
Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut terkesan dengan penularan isu kenyataan ‘special ingredient’ dari pemilik kedai terbabit.
KKM menerusi ciapan balas di laman Twitter rasminya memaklumkan pihaknya akan mengambil maklum dan akan menyusul kes tersebut sewajarnya.
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.